Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir cabar Kerajaan saman Al Jazeera jika dokumentari Altantuya itu fitnah..

Posted: 14 Sep 2015 03:00 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan menyaman Al Jazeera jika dokumentari berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang disiarkannya tidak benar. 

"Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.

"Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.

"Semata-masa berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar."

Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mempertahankan diri, Najib mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.

Bersihkan nama negara

Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.

Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan berkata "tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula".

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa pemimpin kerajaan juga telah menafikan perkara itu.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata kerajaan Najib perlu bertanggungjawab membersihkan nama negara.

"Bukti mesti diberikan bahawa pembunuhan itu, penutupan kes itu, penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali terlibat dalam jenayah teruk itu," kata Mahathir.

Beliau juga berkata, badan kehakiman, termasuk Jabatan Peguam Negara, juga harus membersihkan nama masing-masing lapor Malaysiakini




Demi agama, bangsa dan negara, UMNO Kota Baru Bakar patung Guan Eng dan Kit Siang..

Posted: 14 Sep 2015 12:45 AM PDT


Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini.

Dalam sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu.

Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu.

"Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi.

Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu.

"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini.

"Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir). Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu.

Himpunan baju merah atau dikenali Himpunan Rakyat Bersatu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Najib sebelum ini berkata, Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertainya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider pada hujung minggu lalu mendedahkan mengenai notis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno yang mengerah ahli-ahli di bahagian untuk turun ke himpunan tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan himpunan baju merah pada 4 September lalu.

Rauf mengesahkan mengenai mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider tetapi berkata surat itu sudah "overtaken by events" dan menyifatkan ia sebagai persediaan jika terdapat jemputan daripada pihak penganjur.




Kenapa pembida paling mahal dianugerah projek LRT3 ini?

Posted: 13 Sep 2015 11:00 PM PDT


Tujuan diadakan tender terbuka ialah untuk mendapatkan harga yang paling rendah, selain dari harga, latarbelakang serta pengalaman syarikat yang membida projek berkenaan juga diambil kira..

Tapi lain pulak jadinya dengan projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang ini..

Yang membida pada harga yang tinggi serta telah terbukti gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang menjadi pilihan..

Mengapa agaknya??

Laporan berkaitan..

Putrajaya perlu menimbang semula keputusan melantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri. 
Menurut sumber, walaupun Prasarana Malaysia Berhad sudah mengumumkan pelantikan MRCB - George Kent pada sidang media 4 September lalu, ia menimbulkan banyak persoalan memandangkan syarikat berkenaan menawarkan harga lebih tinggi daripada ditetapkan Prasarana iaitu sebanyak RM9 bilion. 
Berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, konsortium MRCB - George Kent memasuki harga tender sebanyak RM11.5 bilion dengan menduduki tempat ketiga terendah daripada 6 penender. 
Manakala konsortium UEM memasuki harga tender berjumlah RM9.88 bilion dan pembida paling rendah pula menawarkan harga paling rendah iaitu RM9.5 bilion. 
Sumber rapat dengan pemilihan LRT3 berkata, pengumuman melantik MRCB - George Kent amat mengejutkan industri pembinaan sistem transit aliran ringan negara memandangkan George Kent sememangnya diketahui mempunyai masalah dengan pembinaan projek LRT jajaran Ampang yang terlewat setahun daripada dijadualkan. 
"Walaupun, syarikat berkenaan mendakwa masalah kelewatan berkenaan bukan berpunca daripada mereka tetapi ia tetap memberikan imej kurang baik kepada Prasarana sebagai pemilik LRT negara. 
"Tambahan pula, pemilihan MRCB sebagai rakan kongsi George Kent bagi membentuk konsortium membida projek LRT ini juga amat pelik memandangkan MRCB lebih terkenal sebagai pemaju dalam bidang pembinaan bangunan komersial bukannya dalam industri pengangkutan," kata sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan. 
Menurut sumber itu, pada awal proses pemilihan syarikat PDP itu, ramai penganalisis beranggapan UEM mempunyai lebih kemampuan dan pengalaman untuk dipilih sebagai PDP dalam LRT3 kerana banyak terbabit dalam projek LRT. 
Pada masa sama, UEM adalah anak syarikat kepada Khazanah Nasional, iaitu syarikat milik kerajaan sepenuhnya dan seharusnya mempunyai peluang lebih baik berdasarkan rekod baik dalam pembinaan LRT. 
"Kumpulan PDP UEM yang berusahasama dengan semuanya terbabit dalam projek pembinaan LRT dan MRT termasuk penyambungan jajaran LRT Ampang serta jajaran LRT Kelana Jaya," katanya. 
Selain itu, konsortium UEM juga sudah terbukti berjaya melaksanakan agenda Bumiputera seperti yang terbukti dalam projek LRT sebelum ini. 
Sumber itu berkata, sekiranya konsortium UEM terpilih untuk projek LRT3 ini, 45% daripada pakej kontrak berkenaan akan diserahkan kepada kontraktor Bumiputera. 
Selain itu menurut satu sumber lain yang rapat dengan istana Selangor, kegagalan kumpulan UEM mendapat kontrak berkenaan juga mendapat perhatian istana memandangkan salah satu syarikat dalam usahasama UEM iaitu ISY mempunyai kebolehan dalam urusan pengambilan tanah di Selangor. 
Katanya, kebolehan ISY amat penting dalam proses untuk mengambil alih tanah di Selangor memandangkan keseluruhan projek itu berada dalam negeri berkenaan selain ia juga akan berakhir di Klang iaitu Bandar Diraja ~ The Malaysian Insider



Tragedi Mekah: Korban kelima dari Malaysia dikenalpasti

Posted: 13 Sep 2015 07:33 PM PDT


Tabung Haji mengesahkan seorang lagi jenazah jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadi korban dalam tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram Jumaat lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, mangsa yang terkorban adalah Zainun Taha, 69, dari Maktab 90 Al Wafideen dan dari Ampang, Selangor.

Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Mekah.

Dengan perkembangan terbaharu ini, angka korban jemaah Malaysia meningkat kepada lima manakala seorang lagi yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Felda Besout 2, Perak tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Turut hilang tiga lagi jemaah Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.

Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain lapor AstroAwani


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...