Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bila dah Kantoi sponsor baju demo 'Baju Merah', Kamalanathan kata dia tak sedar dah sponsor baju itu..

Posted: 15 Sep 2015 02:35 AM PDT


Sebelum ini Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah menyatakan pendirian bahawa MIC melarang anggotanya untuk menyertai himpunan baju merah dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli yang menyokong dan menyertainya.

Beliau berkata himpunan baju merah adalah himpunan berasas kaum dan percaya himpunan tersebut akan menimbulkan gangguan dan memberi impak negatif kepada kestabilan politik, ekonomi dan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini..

Tiba-tiba viral di laman sosial seperti WhatsApp  ucapan terima kasih penganjur kepada Kamalanathan kerana menaja 220 helai baju untuk demo baju merah itu..


Bila dah kantoi melanggar arahan Presiden MIC mengenai himpunan 'Baju Merah' itu Kamalanathan cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan beliau tidak sedar dan tahu menahu tentang majlis itu.. 

"Berdasarkan semangat membantu NGO dan muhibah, pegawai-pegawai di pusat khidmat saya telah memperuntukkan sumber dan ruang pejabat, tanpa mengetahui majlis apa yang bakal diadakan.

Apa punya bodoh alasan dia ni.. sumbangkan dana, berikan ruang pejabat untuk digunakan tapi tak tahu nak digunakan untuk majlis apa..

Kah.. kah... kah..

Laporan berkaitan..

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan tidak tahu yang beliau dalam diam telah membantu penjualan baju merah Himpunan Rakyat Bersatu di kawasan parlimennya, baru-baru ini. 
Mesej-mesej penganjur himpunan itu mengucapkan terima kasih kepada beliau, kerana "menaja" kira-kira 200 helai baju merah, tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan menjadi viral di laman media sosial, 
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Kamalanathan untuk tajaan 220 baju Himpunan Maruah Melayu kepada kami di kawasan Bukit Sentosa. 
"Kepada mereka yang telah tempah, tetapi belum dapat baju itu, boleh datang ambil baju itu di pejabat Parlimen Hulu Selangor," demikian kandungan satu daripada mesej yang tersebar di WhatsApp. 
Kamalanathan ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pejabatnya memberi peruntukan tanpa mengetahui aktiviti apa yang bakal diadakan. 
Tegasnya, beliau menentang sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum. 
Jelasnya, seperti kawasan parlimen lain, beliau turut menerima permintaan untuk memberi bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain. 
"Pejabat saya turut menerima permohonan untuk menggunakan ruang (pejabat) kami untuk mengadakan mesyuarat dan majlis-majlis kecil. Ini adalah perkara yang dilalui semua ahli parlimen dan kami berikan sokongan dengan penuh kepercayaan. 
"Satu-satunya niat kami adalah untuk memberi bantuan kepada organisasi-organisasi ini untuk menjalankan program dan aktiviti mereka. 
"Berdasarkan semangat membantu NGO dan muhibah, pegawai-pegawai di pusat khidmat saya telah memperuntukkan sumber dan ruang pejabat, tanpa mengetahui majlis apa yang bakal diadakan. 
"Kami akan lebih berhati-hati pada masa depan, bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini ~ The Rakyat Post



Al Jazeera pertahan laporan “Murder in Malaysia”

Posted: 15 Sep 2015 01:00 AM PDT


Al Jazeera mempertahankan laporan wartawannya Mary Ann Jolley mengenai kes pembunuhan Altantiya Shaariibuu yang menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Jurucakap ibu pejabatnya di Doha, Qatar juga menafikan mereka mempunyai agenda tertentu dengan penyiaran dokumentari 30 minit berjudul "Murder in Malaysia" (Pembunuhan di Malaysia) itu.

"Murder In Malaysia memperincikan dan menelusuri laporan kes pembunuhan misteri yang terus mengundang persoalan tidak terjawab.

"Filem itu berdasarkan fakta-fakta di samping membangkitkan persoalan baru, terutamanya berhubung Sirul Umat Azhar, yang kini berada dalam tahanan rumah di Australia," kata jurucapanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sirul salah seorang daripada dua bekas polis elit yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati.

Jurucakap Al Jazeera berkata mereka mengambil berat kebebasan sidang redaksi organisasi itu dan mempertahankan hasil kerja wartawan yang menunjukkan teladan dengan laporan adil pada setiap masa.

"Semua usaha sentiasa diambil bagi memastikan hak menjawab diberikan kepada semua pihak yang disebut dalam laporan itu.

"Kami ingin tegaskan bahawa kami sebuah badan berita bebas antarabangsa yang tiada agenda apa pun seperti juga dalam laporan lain yang kami hasilkan," katanya.

Al Jazeera bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat laporan itu.

Jolley pada Jumaat diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia itu.

Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.

Beliau bertegas bahawa isu ditimbulkan adalah berita lama kerana ia berlaku Jun, tiga bulan yang lalu.

Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006berdasarkan dakwaan tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam lapor Malaysiakini


Warga Felda dikerah untuk ramaikan himpunan 'Baju Merah'?

Posted: 14 Sep 2015 11:00 PM PDT


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberi penjelasan mengenai perhimpunan warga Felda sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, jika ianya ada kaitan dengan himpunan baju merah, Anak menggesa agar ianya dibatalkan.

"Felda tidak harus terlibat dengan aktiviti yang mengundang risiko keselamatan dan mengeksploitasi warga Felda untuk agenda politik pihak tertentu.

"Jika ia menggunakan bajet Felda, ia adalah salah guna kuasa yang pihak polis atau SPRM mesti menyiasatnya,"katanya.

Anak kata Mazlan juga mahu penjelasan mengenai maksud `perhimpunan yang melambangkan kebersamaan dan kebersatuan warga Felda turut disertai pertubuhan dan badan badan bukan kerajaan'?

Menerusi anggaran 20,000 peserta dan menggunakan 500 buah bas, adakah kosnya di tanggung Felda, tanya beliau lagi.

"Di saat warga Felda sedang tertekan dengan berbagai isu seperti FGV, KPF, hutang tanam semula, perumahan generasi kedua, kadar perahan gred dan kos sara hidup; aktiviti yang membazirkan wang rakyat mestilah dihentikan.

"Bahkan, kejatuhan harga komoditi sawit dan getah, telah menambah derita peneroka dan pekebun kecil di seluruh negara.

"Fokus menangani kehidupan rakyat adalah keutamaannya, bukan mengheret rakyat kepada kegiatan yang memudaratkan negara,"kata Mazlan lapor Berita Daily


Wah! Jadi Tok Bomoh la pulak si Jamal ni..

Posted: 14 Sep 2015 08:29 PM PDT


Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunus yang terlibat secara langsung dalam penganjuran 'Himpunan Maruah Melayu' ataupun lebih dikenali sebagai 'baju merah' yakin bahawa keadaan berjerebu pada masa kini akan hilang menjelang tengah malam sebelum perhimpunan tersebut berlangsung pada Rabu ini.

Katanya, keajaiban itu berlaku kerana perhimpunan tersebut akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa.

"Hari ini saya rasa akan berlaku satu keajaiban kerana perhimpunan tersebut disertai dengan solat hajat, doa dan kebaikan.

"Saya rasa esok udara langit akan terang benderang. Tak kan ada jerebu lagi. Jerebu sampai tengah malam ini sahaja", katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, penganjur perhimpunan tersebut juga tidak akan menyediakan topeng muka untuk diedarkan kepada peserta yang hadir.

"Kita tak akan sediakan. Kita juga sudah beritahu bahawa sesiapa yang hadir tidak diberikan baju, makan sendiri dan semuanya ditanggung sendiri oleh peserta.

"Jadi yang datang ini hanya berbekalkan semangat sahaja. Semangat perpaduan orang Melayu ini adalah maruah Melayu. Itu sahaja yang kami bekalkan".

Manakala, ketika diminta mengulas mengenai Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang menghalalkan perhimpunan tersebut kerana mengikut undang-undang di bawah akta Perhimpunan Aman.

"Pihak polis sentiasa menegakkan dan menjaga undang-undang yang telah dibuat", kata Jamal merujuk kepada Akta Pehimpunan Aman.

"Pihak penganjur telah pun mematuhi syarat untuk berhimpun tersebut setelah mendapat kelulusan daripada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok.

"Kita juga menjangkakan penglibatan rakyat seluruh negara yang telah dibangkitkan oleh Bersih 4", katanya lagi lapor Berita Daily


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...