Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bung Mokhtar ni cuba nak 'kencing' rakyat atau di 'kencing' macai?

Posted: 16 Sep 2015 09:00 AM PDT


Asalnya gambar ini telah dirakamkan ketika Perhimpunan Bantah GST yang diadakan di Dataran Merdeka tahun lepas..

Oleh kerana ramai kelihatan berbaju merah maka ada macai yang telah memuat naik semula gambar ini ke laman Facebook mereka untuk menunjukkan betapa ramainya yang hadir dalam perhimpunan 'Baju Merah' itu..

Selain dari menunjukkan betapa ramainya yang hadir tujuannya juga adalah jelas iaitu menimbulkan rasa benci dan meluat penyokong PKR, DAP dan juga AMANAH terhadap Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh.

Sebabnya kebanyakkan caption dalam gambar ini yang terdapat dalam laman Facebook macai dinyatakan Nik Abduh turut hadir dalam perhimpunan 'Baju Merah' yang mantan Presiden UMNO, Tun Mahathir pun tak faham apa tujuannya..

Kebencian terhadap Ketua Pemuda PAS dan PAS sendiri amnya akan membolehkan penyokong PKR, DAP dan AMANAH terus menolak PAS dari menyertai PAKATAN 2.0 sekaligus memudahkan BN untuk kekal berkuasa selepas PRU14.

Kerana sebarang pertandingan 3 enjuru dalam PRU14 ini hanya akan menguntungkan BN/UMNO dan ini telah terbukti di Sungai Acheh dan Damansara..

Malangnya ada juga beberapa Facebooker yang menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini termakan propaganda macai itu.. mereka menggunakan gambar yang dimuat naik oleh Facebooker macai itu untuk terus menyerang Nik Abduh dan PAS..

Kononnya Nik Abduh hadir ke demo itu sedangkan pihak PAS telah menafikan kehadiran Nik Abduh dalam demo racist yang didalangi oleh pemimpin UMNO itu..

Tapi lebih malang lagi bila ada Ahli Parlimen yang turut percaya fitnah macai itu malah memuatnaik gambar tersebut kelaman Twitter miliknya..


Samada beliau cuba untuk 'kencing' rakyat atau beliau dah di 'kencing' oleh macai aku kurang pasti..

Rentetan dari itu.. Bung Mokhtar diserang puluhan komen orang ramai kerana menyebar fitnah itu..

Antaranya..  "@MyKinabatangan tak usah la tipu.. Himpunan Rakyat Bersatu kumpul di Padang Merbok. Itu gambar Dataran Merdeka siap ada Nik Abduh. Lulz" tulis Amir Adlan

Shafizan Johari ‏@shafizanjohari "@MyKinabatangan Kenapa ada Unit Amal PAS dalam ini gambar? Ini bukan gambar Bantah GST tahun lepas ke? @SKMM_MCMC"

Didi Andrä ‏@xdidiandrax menulis "@MyKinabatangan curi gambar orang dari perhimpunan lain! Saman kau baru tau! Bangang"

Amirul Hafiz ‏@AmirulSaysHafiz "MyKinabatangan kahkahkah si bodoh !!!!

Paling best komen dari bôb nizam ‏@sufferfly "MyKinabatangan kah kah maen tangkap muat je ko... harap bini jer cantek.. ko tu da la bodo.. hodoh lak tu... hahaaa..."

Dan.. Bruce Lee. ※ ‏@leevono "MyKinabatangan hahaha you drunk bro. Go home!

Serta.. Rashid Jamaludin ‏@rashidd93 "MyKinabatangan kahkahkahkah menteri malaysia semua tak boleh pakai , semua nak tunjuk kebodohan masing2.

WeWillNeverSurrender ‏@Maisurie "MyKinabatangan kahkahkah.. Tepi tu mata MB selangor YB azmin la doll!! Kahkah sakit kuat yb nih..

Yang ni pun best jugak.. Keqayyiman ‏@sayaQayyim "MyKinabatangan Hai saya menjual kismis minda, terbukti berkesan, kami ada testimoni drpd ahmad maslan..

Lagi kutukan yang Bung Mokhtar terima tu lihatlah di ( SINI )


Oh!! Macam ni rupanya perhimpunan paling aman yang Najib kata tu..

Posted: 16 Sep 2015 07:29 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini.

Menyampaikan mesej itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, Najib juga terkejut serta terharu dengan apa yang berlaku pada Himpunan Rakyat Bersatu tadi.

"Saya baru lepas bercakap dengan perdana menteri. Beliau terkejut dan terharu dengan himpuman seaman ini," katanya kepada peserta perhimpunan di Padang Merbok.

Perhimpunan hari ini diadakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk menyatakan sokongan kepada Najib serta menunjukkan kemarahan mereka apabila "bangsa Melayu dihina".

Mereka juga marah dengan insiden peserta BERSIH 4 memijak gambar Najib bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Malaysiakini

Ohh.. perhimpunan paling aman rupanya.. Tengok video kat bawah ni..


Kerana terlalu aman 3 anggota Polis cedera..

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling, kata Timbalan Pengarah Jenayah Komersial dan Risikan SAC Roslan Abdul Wahid.

Katanya, ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital dan hanya cedera ringan. Selain itu, beliau juga memberitahu, polis terpaksa mengguna meriam air kerana peserta himpunan ingin merempuh kawasan perniagaan di kawasan itu.

"Kami perlu gerakkan aset, FRU (Unit Simpanan Persekutuan) dan tambah halangan keselamatan. Ketika itu kami cuba bercakap dengan mereka jangan rempuh halangan.

"Ada lima, enam kumpulan kecil tanpa pemimpin dan tiada kawalan. "Apabila FRU tiba, kami cuba kekalkan supaya mereka tidak berlaku ganas," katanya kepada pemberita.

Polis antirusuhan petang tadi menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara setelah terdapat peserta enggan berganjak dari Jalan Petaling.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka "barua Cina". 

Aman lah tu.. sebab tu hanya 3 anggota Polis cedera..kalau tak aman habis semua Polis yang bertugas tu cedera..

Malaysiakini juga melaporkan..

Berbeza daripada kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Annuar berkata perhimpunan tadi dihadiri seramai 250,000.

Noh berkata, seramai 200,000 orang hadir hari ini. Annuar menganggap perhimpunan yang diadakan tadi adalah "perjuangan awal orang Melayu".

"Jangan kedudukan kita sebagai Melayu, hak (kita) dipertikaikan dan dipersendakan.

"Ini bukan pesta biasa. (Ini) suara 250,000 jadikan ini sebagai peringatan... negara ini bertuan. Harap ia tidak berakhir di Padang Merbok, sebaliknya sebagai satu permulaan," katanya.

250,000 ke 200,000 orang ke... kalau gambar dari atas stage tu memang nampak ramai sangat.. tapi cuba tengok dan kira sendiri gambar dari udara atau aireal view ni.. ada berapa orang?

Pemimpin UMNO selagi boleh kencing.. semua dia nak kencing..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...