Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lepas salahkan Pembangkang, Jamal salahkan Peniaga di Petaling Street pula..

Posted: 17 Sep 2015 07:26 AM PDT


"Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini," katanya kepada pemberita selepas himpunan 'baju merah' di Padang Merbok semalam..

"Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.

"Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil," katanya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).

"Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin 'merampas' program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.

"Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami," katanya...

Itu kata Jamal bila sekumpulan peserta perhimpunan 'baju merah' di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka..

Tapi itu semalam.. hari ini pula dah lain alasannya..

Jika semalam dia salahkan Pembangkang hari ini dia salahkan peniaga pula.. kononnya ada peniaga yang menjual produk tiruan dan bahan lucah sebab itulah macai-macainya merusuh..

Kah.. kah.. kah.. apa punya alasan ni??.. budak-budak tu turun ke KL sebab nak demo atau shopping?

Bukan semua rakyat Malaysia bodoh dan boleh diperbodohkan Jamal..

Baca ni..

Insiden kecil yang berlaku di Petaling Street oleh sekumpulan lelaki memakai baju merah semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan barangan yang dijual di situ.

Pengerusi Himpunan Rakyat Bersatu, Datuk Jamal Yunus berkata, majoriti barangan yang dijual adalah produk tiruan termasuk CD dan VCD lucah serta cetak rompak.

Katanya, kebanyakan peniaga di situ pula bukan warganegara, sebaliknya dimonopoli oleh warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

"Ini punca insiden semalam. Peserta baju merah ini ke Petaling Street untuk membeli belah, tetapi mendapati barangan yang dijual adalah tiruan dan peniaga pula bukan orang Cina tempatan atau Melayu.

"Ketika kejadian itu saya bersama 300,000 peserta baju merah di Padang Merbok. Saya terima panggilan dari Balai Polis Dang Wangi dan Bukit Aman minta saya hadir ke tempat insiden.

"Saya tidak kenal kumpulan yang membuat kekecohan ini, tapi saya dengar apa masalah mereka. Mereka tidak puas hati dengan produk yang dijual dan kenapa kebanyakan peniaga asing yang bolot perniagaan di situ," katanya pada sidang media di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden semalam yang menyebabkan anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan meriam air untuk menyuraikan kekecohan itu.

Menurut Jamal, beliau berjanji dengan kumpulan itu untuk mengangkat masalah mereka kepada kerajaan dan menganggap kejadian sebagai kes terpencil.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, beliau mengunjungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya pagi tadi untuk menyampaikan masalah yang dibangkitkan kumpulan berkenaan. - MalaysiaGazette

Sejak bila Kerajaan dah berikan kuasa kepada macai-macai untuk membenteras produk tiruan dan VCD cetak rompak ni?

KPDNKK kan ada kenapa tak buat laporan?


Pemimpin UMNO peralat orang Melayu untuk jadi jahat - Bekas Wanita UMNO

Posted: 17 Sep 2015 03:00 AM PDT


UMNO diperalatkan untuk mencetuskan semangat perkauman walaupun niat asal penubuhan parti itu adalah untuk menjaga orang Melayu dan menjamin kehidupan harmoni antara kaum.

Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin dengan menyifatkan sesetengah pemimpin UMNO yang gilakan kuasa sebagai parasit-parasit yang cuba menjahanamkan parti.

"Jangan salahkan UMNO. Apa yang berlaku hari ini bukan salah UMNO tetapi salah pemimpin yang rakus dan jahat.

"Saya tidak akan berhenti dari berusaha untuk menegakkan kebenaran. Walaupun saya kononnya dilucutkan keahlian, kasih sayang saya pada UMNO yang luhur tidak akan padam," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebooknya pada Khamis.

Jelasnya, orang Melayu kini telah diperalatkan untuk menjadi jahat semata-mata ingin mempertahankan pemimpin yang jahat serta gilakan kuasa.

Dia juga mengingatkan bahawa musuh sebenar dalam UMNO adalah pemimpin UMNO yang kini sedang berkuasa dan bukan pihak luar lapor Free Malaysia Today


AMANAH tampil jelaskan isu logonya yang serupa IMAYAM TV

Posted: 17 Sep 2015 01:00 AM PDT


Selepas pelancaran gilang gemilang semalam, kini Parti Amanah Negara (Amanah) berdepan dengan masalah baru apabila logonya didakwa menyamai logo stesen TV di India.

Serangan tentang logo Amanah menyamai Imayan TV kini mula memenuhi laman sosial khasnya Facebook dan dibincangkan dengan hangat dalam kumpulan WhatsApp.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata soal menyamai logo tidak berbangkit langsung kerana ia dicipta sendiri kumpulan pereka bentuk logo parti itu.

"Kami menerima pelbagai cadangan logo kami. Ada yang cadang pokok, payung dan sebagainya. Akhirnya kami cadang ia huruf 'A' yang menjadi pangkal kepada nama Amanah.

"Dari situ, beberapa rekaan logo dibentangkan kepada jawatankuasa pusat dan kami pilih logo ini," kata Anuar kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Anuar berkata, logo itu tidak ada implikasi undang-undang kerana ia hanya dilihat seiras dengan logo pada sebuah stesen TV di India.

"Saya yakin tidak ada implikasi undang-undang kerana daripada segi warnanya tidak sama, geografinya tidak sama, satu di Malaysia dan satu lagi di India, bahkan industri juga tidak sama, sana stesen TV, kami parti politik.

"Ia berkemungkinan berlaku secara kebetulan dan pihak kami mengambil maklum. Kami sangat menghargai pandangan serta komen orang ramai dan akan berbincang dengan pihak berkaitan," kata bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

Amanah dilancarkan semalam di pusat persidangan di Shah Alam. Lebih 3,000 perwakilan dan pemerhati hadir di majlis itu.

Amanah adalah nama baru kepada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang diambil alih Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah kumpulan pecahan daripada PAS.

Nama parti, logo dan bendera parti itu kini sedang dikaji oleh Perdaftar Pertubuhan (RoS) selepas Amanah menyerahkan kepada mereka.

Sebelum ini, pegawai kanan Amanah sudah berjumpa dengan pegawai RoS untuk membincangkan isu ini sebelum majlis pelancaran semalam lapor The Malaysian Insider


"Ini semua kerja pembangkang" kata Jamal mengenai rusuhan di Jalan Petaling

Posted: 16 Sep 2015 11:00 PM PDT


Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa insiden kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling dan Bukit Bintang dicetuskan pihak pembangkang.

"Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini," katanya kepada pemberita selepas himpunan 'baju merah' di Padang Merbok di sini, Rabu.

Beliau yang sudah menjangkakan insiden seumpama itu akan berlaku pada perhimpunan itu telah memaklumkan perkara tersebut lebih awal kepada polis.

"Saya percaya pihak polis dapat tangani perkara ini secara baik dan menjadikannya sebagai iktibar kepada mereka yang lain supaya jangan melanggar undang-undang.

"Kalau langgar undang-undang, kita minta pihak polis gunakan akta yang ada untuk menghukum mereka," katanya.

Dilaporkan, sekumpulan peserta perhimpunan 'baju merah' di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka, manakala di Bukit Bintang pula kumpulan sama dikatakan merempuh sekatan selepas dihalang memasuki kawasan berkenaan.

Jamal turut menafikan peserta di kalangan NGO pimpinannya terlibat dalam kekecohan di Jalan Petaling dan Bukit Bintang di sini.

"Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.

Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menggunakan laluan ke Jalan Petaling untuk berarak ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street bukan daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).

"Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin 'merampas' program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.

"Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami," katanya lapor mStar


Wanita Felda dedah sebab hadir himpunan 'Baju Merah'

Posted: 16 Sep 2015 08:31 PM PDT


Sekumpulan wanita yang menyertai Perhimpunan Rakyat Bersatu hari ini mendakwa mereka mendapat wang saku sebanyak RM30.

Mereka yang berasal dari Felda Lembah Kelau, Pahang itu berkata, pemberian wang saku itu sebagai bonus untuk makan dan minum sepanjang menyertai perhimpunan itu.

Salah seorang ahli kumpulan itu berkata, mereka datang dengan sebuah bas seramai 40 orang dan bertolak pukul 8.30 pagi.

"Kami datang sini macam makan angin sahaja. Hendak bagi nampak ramai peserta.

"Sempat juga dapat jalan-jalan Pasar Seni tadi cuma terkilan tak dapat pergi melawat KLCC.

"Dapat datang ke Kuala Lumpur percuma sambil dapat wang saku lagi. Okey lah," katanya yang ditemui berkumpul di depan Masjid Negara.

Wanita itu juga mendakwa ramai lagi masyarakat Felda yang hadir dari Pahang untuk menyertai perhimpunan itu yang turut dikenali Himpunan Baju Merah.

Sementara itu, jalan masuk ke pusat bandar raya lengang sebelum menjadi sesak menuju masuk ke Masjid Negara akibat jalan ditutup.

Sepanjang jalan masuk ke sana, kelihatan puluhan bas yang meletakkan kenderaan itu di tepi jalan yang melibatkan bas-bas sekolah, persiaran dan Jabatan Khidmat Latihan Negara.

Pada masa sama, peserta Himpunan Baju Merah itu dihadiri pelbagai lapisan umur termasuk warga emas.

Dalam pada itu, terdapat ramai pelancong asing yang mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar Masjid Negara dan bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad tanpa mempedulikan peserta perhimpunan.--MalaysiaGazette

Ini pesanan dari anak Peneroka..




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...