Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nak pertahan himpunan 'Baju Merah'.. Annuar Musa hina Islam..

Posted: 19 Sep 2015 08:30 AM PDT


Tiga hari yang lalu, dalam mempertahankan perhimpunan berbaur perkauman yang diadakan oleh macai-macai berbaju merah, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak sesuatu kaum tanpa menzalimi pihak lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan bahawa orang Melayu sebenarnya melakukan toleransi dengan kaum lain di negara ini.

"Perkauman dituntut dalam Islam selagi tidak melakukan kezaliman pada orang lain. Kita (orang Melayu) kongsi negara ini, kerakyatan dan segala hak.

"Prinsip pelbagai kaum, toleransi, hidup bersama, terima kebebasan agama dan kaum, itu orang Melayu akan terus junjung," kata Annuar Musa kepada pemberita selepas selesai perhimpunan 'baju merah' di Padang Merbok..

Mana punya hadis atau ayat Al-Quran yang dia guna untuk mempertahankan perhimpunan berbaur perkauman itu aku tak tahu..

Dan kenyataannya itu boleh dianggap sebagai menghina Islam menurut MAPIM..

Baca ni..

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa Tan Sri Annuar Musa menarik balik kenyataannya yang memberi implikasi dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Pengerusinya, Mohd Azmin Abdul Hamid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.

"Dari mana Annuar mendapat fahaman ini. Dengan menyatakan pendirian tersebut seolah-olah beliau mendakwa dalam Islam ada fahaman rasisme. Apakah asas beliau untuk mengatakan wujud rasisme dalam Islam?

"Lebih berat lagi ialah beliau telah menghina kesucian Islam sebagai agama yang mengajar sikap saling menghormati antara kaum," katanya, lapor Harakah.

Annuar, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu dilaporkan berkata, sikap perkauman dituntut dalam Islam untuk mempertahankan hak asalkan tidak menzalimi kaum lain.

Mohd Azmi menjelaskan, perasaan marah kepada satu pihak yang kebetulan adalah satu kaum, tidak boleh dijadikan alasan untuk Annuar mengisytiharkan adanya rasisme dalam Islam.

"Kami amat kesal keghairahan beliau untuk mempertahankan perhimpunan yang berbau rasis tersebut dengan alasan kononnya ada rasisme Islam," tegasnya.

Mohd Azmi berkata, untuk mengelakkan kekeliruan, MAPIM menyeru agar pihak berkuasa agama dan golongan alim ulama mengeluarkan kenyataan supaya sikap ini perlu dibetulkan dan pernyataan Annuar itu ditolak lapor Free Malaysia Today

Fahaman Annuar ialah fahaman Assobiyah dan itu adalah fahaman jahilliyah dan bukan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Bukan aku memandai-mandai tapi itu apa yang Dr. Maza sampaikan di ( SINI ) .. bacalah!

Ini bukan zaman silat kata Pak Samad kepada Najib

Posted: 19 Sep 2015 06:55 AM PDT


Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.

Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.

"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya lapor Malaysiakini


Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba guling kerajaan..

Posted: 18 Sep 2015 11:00 PM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di kediamannya di sini, lewat petang semalam.

Penahanan Khairuddin telah disahkan oleh peguamnya Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.

"Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan," kata Chang secara ringkas.

Menurut isterinya, Datin Seri Umie Aida ketika dihubungi Astro AWANI, Khairuddin ditahan di kediaman mereka di Mont Kiara, di sini kira-kira pukul 7.30 petang tadi.

"15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

Menurut Umie, polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Portal berita The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, pegawai kerajaan telah menuduh Khairuddin membuat laporan 'palsu' dan 'bermotifkan politik'

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin turut memaklumkan beliau dan peguamnya, Mathias Chang telah telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Khairuddin memberitahu, beliau terpaksa meleburkan segala kos persiapan untuk ke New York dan London berikutan larangan tersebut.

"Saya sepatutnya berlepas ke New York serta London jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat) tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan PDRM lapor AstroAwani


Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula..

Posted: 18 Sep 2015 07:50 PM PDT


Betullah kata Wanita UMNO Langkawi tu.. Najib ni kaki kencing.. apa saja yang dia cakap lebih banyak auta dari fakta, hanya yang bodoh akan mempercayainya bulat-bulat..

Riuh rendah macai-macai yang berbaju merah bertempur dengan FRU di hadapan Petaling Street dia boleh kata "walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman."


Amanlah sangat.. sebab aman itulah tiga anggota Polis cedera..

Dalam masa yang sama Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Berucap yang merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka malam tadi, Najib pada masa sama menyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.

Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.

Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.

"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"

"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara lapor AstroAwani

Kenapa agaknya Najib menjadi satu-satunya Presiden UMNO yang dikutuk begini rupa?.. Bukan saja oleh pembangkang malah oleh veteran UMNO sendiri.. macai-macai fikirkanlah..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:

  1. Apa-apalah. Semua kena kencing. Kesian orang Melayu dibahalolkan. oleh Satu Mad Dah Bahalol. {1 MDB}

    ReplyDelete

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...