Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kalau Najib Hadir Persidangan Anti Rasuah Tu.. Mana Dia Nak Letak Muka Agaknya Isu Derma RM2.6 Billion Dibangkitkan?

Posted: 02 Sep 2015 05:20 AM PDT


Nampak macam nak cover Najib saja kenyataan Paul Low ni.. alasannya jelas satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat..

Kononnya menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya menarik diri daripada merasmikan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya hari ini kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang "ganas".

Beliau berkata sebagai menteri, beliau perlu memberi nasihat kepada Najib selepas mengambil kira keadaan dan pandangan terhadap isu yang membabitkan dirinya secara peribadi.

"Beliau dinasihatkan jika datang, mungkin terpaksa berdepan dengan aktivis yang garang.

"Saya terpaksa menasihati beliau. Saya kata saya boleh pergi tetapi jika anda mahu..anda boleh. Tetapi apa yang saya lihat di sini khalayak agak sivil," kata Low di Putrajaya hari ini.

Bercakap kepada perwakilan persidangan itu, Low berkata beliau menasihatkan Najib sedemikian kerana suasana semasa dan atas alasan keselamatan untuk perdana menteri... laporan penuh bacalah di ( SINI )

Mustahil 'Pahlawan Bugis' takut menghadapi aktivis yang garang dalam persidangan tu.. lagipun body guard dia kan ramai.. apa yang Najib nak takutkan?

Mungkin dah diketahui oleh Najib isu 'Derma RM2.6 Billion' yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu akan dibangkitkan kot?

Jadi mengelak dari hadir lebih baik dari malu kerana gagal memperbodohkan perwakilan dari seluruh dunia itu..

Ketua-ketua Bahagian UMNO bolehlah diperbodohkan oleh Najib..

Laporan berkaitan..

Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya, hari ini. 
Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan. 
"Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri belum dijawab," kata Ugaiz. 
Beliau berkata demikian pada acara pembukaan rasmi Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, hari ini. 
Perwakilan dari 130 negara yang berada di dalam dewan memberikan tepukan gemuruh terhadap kenyataannya itu. 
"Tiada pihak yang berada di Malaysia tidak menyedari dakwaan rasuah ini sejak beberapa bulan lalu dan bagaimana ianya merosakkan negara.

"Ada krisis rasuah di sini," kata Ugaiz. 
Beliau berkata, dalam tempoh beberapa minggu, peguam negara yang 'kritikal terhadap kerajaan' digantikan, pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung tugas, penyiasat ditangkap dan akhbar digantung.

"Ini bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah," katanya.

"Mungkin kita mendengar janji pembaharuan. Bukan ini yang diperlukan ketika ini. Dan janji semata-mata tidak akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan," tambahnya.

Ugaiz merupakan peguam di Peru dengan sejarah membasmi rasuah dan berkata, hanya 'seorang individu' mampu memberikan jawapan, iaitu Najib.

Beliau bagaimanapun berkata, jika individu itu enggan ke hadapan, hanya badan penyiasat bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan campur tangan politik boleh mencari kebenarannya.

"Sehingga itu berlaku, tiada dakwaan daripada kerajaan berkenaan anti rasuah akan kredibel," katanya.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Najib akan memberikan ucaptamanya.

Persidangan di Putrajaya itu dihadiri lebih 1,000 perwakilan akan tamat Jumaat ini lapor The Malaysian Insider


Cuba bayangkan bagaimana muka Najib bila Presiden Transparency International memintanya secara terbuka menjelaskan mengenai derma itu..


Detik Akhir Najib Semakin Pasti, Kata Akhbar Indonesia

Posted: 02 Sep 2015 01:46 AM PDT


Akhbar harian berpengaruh Indonesia menyamakan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir.

"Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'.

"Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini.

Akhbar itu membuat perbandingan antara reaksi Najib dengan Suharto semasa demonstrasi "reformasi" di Jakarta yang memaksa diktator paling lama berkhidmat itu meletakkan jawatannya pada Mei 1998.

"Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri semakin kuat dan beliau nampaknya gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah," kata akhbar itu.

"Seperti Suharto, Najib cuba meredakan kesan bantahan awam dengan mengatakan beliau tidak akan mendengar kepada penunjuk perasaan yang digambarkan sebagai 'berfikiran cetek dan semangat kebangsaan yang lemah."

Najib, bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu berkumpul di Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30, menyifatkan penunjuk perasaan sebagai "cetek dan miskin" dalam semangat patriotik mereka.

"Tidakkah mereka faham, adakah semangat patriotisme dan kecintaan mereka begitu cetek dan miskin? Tidakkah mereka memahami negara ini dibina atas darah dan keringat pejuang kemerdekaan kita?" katanya kepada perwakilan Umno pada mesyuarat hari pertama perhimpunan tersebut.

Perhimpunan, yang ke-4 anjuran kumpulan gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 diadakan ekoran hubung kait Najib dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan pendedahan beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Najib sejak awal menafikan sebarang salah laku dengan berkata wang itu diterima daripada seorang penderma dari Timur Tengah atas dasar mempercayai Umno.

Sambil berkata tiada apa yang baharu bagi mendiamkan perbezaan pendapat rakyat, The Jakarta Post berkata Najib kini semakin sukar memandangkan terdapat pembangkang dari dalam Umno dan juga mentor bekas politik, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir secara terbuka menyokong bantahan dan menggesa "kuasa rakyat" untuk menjatuhkan Najib.

"Malaysia hanya boleh mengamalkan demokrasi sebenar jika Perlembagaan menjamin hak-hak dan tanggungjawab yang sama untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Selagi negara menentang pemikiran revolusi ini, ia akan kekal sebagai negara berasingan.

"Pemergian Najib hanya satu langkah dalam usaha Malaysia untuk mencapai wawasan yang masih jauh," tambah akhbar itu lapor The Malaysian Insider


Anak Zahid hanya mahu mahu raih populariti

Posted: 01 Sep 2015 09:00 PM PDT


Serikandi KEADILAN menyifatkan tindakan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabel peserta Bersih 4 sebagai kerja bodoh sekadar mahu meraih populariti.

Ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, Nurul Hidayah sepatutnya mengkaji terlebih dahulu apakah yang mendorong rakyat Malaysia hadir ke himpunan itu dan bukan dengan membuat tuduhan melulu.

Nurul"Kepada anak Zahid Hamidi jangan terlalu cepat menghukum dan melabel mana-mana pihak kerana kamu tidak tahu punca dan asas apa yang diperjuangkan oleh rakyat.

"Dia hanya mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti sahaja tetapi tidak memahami (rakyat)," katanya ketika dihubungi.

Nurul Hidayah pada 30 Ogos lalu menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh dan sia-sia dalam satu status di laman sosial Facebooknya.

Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pengguna laman sosial di Facebook dan Twitter.

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah juga ada mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa apabila menyertai demonstrasi untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Siti Aisyah berkata, Nurul Hidayah turun ke jalan raya ketika itu semata-mata kerana bapanya yang merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat dan dipenjarakan.

Katanya, ia berbeza dengan peserta himpunan Bersih 4 yang mahukan hak mereka sebagai rakyat dikembalikan dengan menuntut perubahan kerajaan.

"Dia (Nurul Hidayah) bercakap seperti budak yang tidak tahu apa-apa dan tidak ada pengalaman. Dulu atau ketika ini dia tetap budak hingusan yang tidak tahu apa-apa.

"Saya sarankan balik dan belajar dulu. Tanya bapa dulu mengenai 1MDB dan masalah-masalah negara lain," kata Aisyah lapor KeadilanDaily


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...