Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


USD600,000 perlu dibayar Malaysia bagi setiap anak Panda yang lahir..

Posted: 20 Sep 2015 09:00 AM PDT


Siapalah yang dah tandatangani perjanjian 'Malaysia-China Giant Panda International Conservation' ni.. nampak macam dah diperbodohkan oleh Kerajaan China saja..

Nak pinjam mak bapak Panda tu, Malaysia dah habis entah berapa puluh juta RM untuk menyediakan kandangnya di atas tapak seluas 1.6 hektar lengkap berhawa dinigin..

Maintenance setiap bulan pulak hangus RM60,000.. dah tu pulak bila Panda kesayangan Najib dan Rosmah itu beranak, kena bayar lagi kepada China..

Kalau sikit tak apa jugak tapi setiap anak yang dilahirkan oleh pasangan Panda itu Malaysia wajib membayar sebanyak USD600,000 kepada China..

Walaupun negara kita membayar USD600,000 anak Panda yang dilahirkan itu bukanlah milik negara kita, ianya perlu dihantar pulang ke Chengdu, China apabila berusia 2 tahun..

Dahlah negara kita bayar USD600,000.. nak bagi namapun kena dapat ersetujuan China..

Perkara ini termaktub dalam perjanjian antara Malaysia dan China yang mana turut menyebut dua ekor panda, Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang), dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun, kata Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jadi apa untungnya?.. kalau nak dikatakan ianya membawa keuntungan dari segi publisiti yang diterima negara oleh dunia luar.. publisiti yang negara terima dari skandal 1MDB tu lebih hebat..

Perkara ini dilaporkan oleh The Sun Daily

KUALA LUMPUR: Malaysia has to pay US$600,000 to China for each panda cub that is born here after 12 months and return the cub to China when it is two years old, Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar said.

This is stated in the Malaysia-China Giant Panda International Conservation Agreement programme, in which two giant pandas, Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang), were loaned to Malaysia for 10 years, he told a press conference at the Giant Panda Conservation Centre here at Zoo Negara after making an official visit to the zoo.

"No, the pandas do not belong to Malaysia, even if it was born in Malaysia.

"We have to return the panda cub to Chengdu, China, after two years. We also have to give a gift for the birth of the panda, that is pay US$600,000 for each panda cub that is born here," he added.

"Even to name the panda cub, we need China's approval as per the agreement," Wan Junaidi said, adding that the ministry will organise a naming contest for the cub like the one held to name its parents.

The cub will only be displayed to the public once its mother releases her and the baby is able to move freely.

At the moment Liang Liang is still clutching her cub.

The total cost of maintenance of the pandas still remains at an average of RM60,000 a month.

He said the point to note is that Malaysia is able to keep "unique animals" and take care of them.

The birth of the cub has reportedly set a world record by being the first pair to naturally reproduce within 15 months while in captivity, beating Japan's record of 18 months.

Xing Xing and Liang Liang arrived in Malaysia on May 21 last year and are housed in a 1.6 hectare air-conditioned complex at the national zoo.

China agreed to loan them to Malaysia to mark 40 years of diplomatic ties this year.

Wan Junaidi said Malaysia is the eighth country that breeds panda among 18 countries that has pandas in the world.

Meanwhile Zoo Negara's upgrading works will be completed by end of 2016.

The ministry has allocated RM700million for the total upgrading works that are ongoing in the zoo.

USD600,000 tu kalau digunakan untuk membantu rakyat yang kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang lagi berfaedah..

Nampaknya jadi Panda lebih untung dari jadi macai.. rumah ada air-cond beranakpun dapat USD600,000.. macai yang demo baru-baru ni pun tak dapat banyak macam tu.. ha..ha..


Kenapa lawatan rasmi Zahid sama dengan tarikh persandingan anaknya di Indonesia?

Posted: 20 Sep 2015 07:02 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam iaitu hari Jumaat, telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia.

Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai lepas.

Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri.

Bagaimanapun pada Sabtu malam pula, iaitu hari kedua lawatannya itu, telah berlangsung majlis persandingan anak lelakinya dengan seorang gadis negara tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.



Di laman sosial sejak malam tadi telah tersebar gambar dan rakaman video pendek persandingan itu yang boleh dikira dilangsungkan dengan meriah sekali.

Ramai pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk yang berjawatan menteri dan timbalan menteri dilaporkan turut sama menghadiri majlis persandingan itu.

Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?

Apakah ianya sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan?

Bilakah sebenarnya tarikh majlis persandingan anak lelakinya di Jakarta itu ditetapkan dan bilakah pula lawatan rasmi ke Indonesia direncanakan?

Berapa ramaikah pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya ikut serta dalam lawatan rasmi itu?

Bagaimanakah dengan perbelanjaan Zahid dan keluarganya ke Indonesia ini?

Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?

Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya "ditanggung beres" oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?

Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka.

Di ketika negara berada dalam suasana getir, rakyat sedang kesusahan dan dibebankan dengan macam-macam kesengsaraan seperti GST misalnya, tentulah tidak wajar beliau sebagai pemimpin, jika didapati tiba-tiba menikmati seenaknya wang kerajaan, termasuk untuk acara yang bersifat peribadi dan kekeluargaan.

Oleh itu, hanya penjelasan selengkapnya daripada Zahid sendiri dapat memadamkan segala tanda tanya ini.


br />Lebih-lebih lagi, tidak lama sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak juga ketika menghadiri majlis persandingan anak perempuannya di sebelah pihak lelaki di Almaty, Kazashtan pada 17 hingga 19 April lalu, turut mengadakan kunjung hormat dan pertemuan rasmi dengan Presiden negara tersebut, Nursultan Nazarbayez.

Sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata Dr Mahathir

Posted: 20 Sep 2015 01:30 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.

"Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

"Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata negarawan itu dalam satu video yang dimuatnaik blog "Din Turtle".

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata demikian pada satu pertemuan dengan Kumpulan Melayu Berani Bersatu di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dr Mahathir berkata, undang-undang dunia kini berbeza daripada dahulu di mana sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negara ini, hanya undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.

"Tetapi, kalau jenayah itu ada kaitan sedikit dengan luar negeri, negara lain itu mempunyai kuasa (menyiasat dan mendakwa)," katanya.

Dr Mahathir memetik kes Presiden Sudan Omar al-Bashir yang kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, waran ICC ke atas Omar mesti dilaksanakan oleh negara yang menandatangani Statut Rom.

"Dia (Omar) sudah didapati bersalah dan akan ditangkap kalau dia pergi ke mana-mana negara yang bersetuju dia bersalah," kata Dr Mahathir.

Beliau yang bertukar daripada penyokong kuat Najib kepada pengkritik paling tegar perdana menteri itu, sejak kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion, merasakan Najib tidak akan meletak jawatan tetapi hanya berkemungkinan melalui pendakwaan di luar Malaysia.

Seorang lagi pengkritik Najib, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan, dilaporkan pergi ke beberapa negara di Eropah dan Asia sebelum ini, mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan 1MDB, dana pelaburan negara sarat hutang itu.

Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Khairuddin turut menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland pada 20 Ogos dan menggesa pihak berkuasa itu menyiasat aktiviti 1MDB yang melibatkan bank Switzerland dan bank antarabangsa.

Beliau menegaskan yang beliau hanya bertindak demi kepentingan negara.

Khairuddin dijadual bertemu ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat pada Isnin tetapi ketika hendak mengambil penerbangan pada Jumaat, mendapati ada sekatan dikenakan atasnya daripada meninggalkan negara.

Beliau kemudiannya ditahan polis pada hari yang sama atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan dan polis mendapatkan perintah tahanan reman 6 hari terhadapnya lapor The Malaysian Insider


FBI mulai siasat kes 1MDB lapor WSJ

Posted: 19 Sep 2015 11:00 PM PDT


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dilapor telah memulakan satu siasatan berhubng dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB.

Menurut harian kewangan The Wall Street Journal (WSJ) pagi ini, satu sumber melaporkan perkembangan tersebut, di tengah-tengah penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin dilarang keluar Malaysia minggu ini, menggagalkan rancangannya untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bertemu FBI mengenai aduan terhadap 1MDB, dan beliau kini ditahan reman.

WSJ melaporkan bahawa skop siastan terkini FBI belum diketahui lagi dan biro tersebut tak mendedahkan sebarang makluman berhubung rancangan lawatan Khairuddin itu.

"Seorang jurucakap kepada pejabat FBI di New York berkata tiada agen dalam pejabat itu yang mennguruskan untuk bercakap dengan Khairuddin atau ada menghubungi beliau sebelum ini," tulis WSJ.


Najib sekat kenaikan pangkat saya kata bekas Hakim

Posted: 19 Sep 2015 08:54 PM PDT


Beliau mungkin boleh dinobatkan sebagai sinar harapan dalam badan kehakiman Malaysia tetapi beliau tidak pernah mendapat kenaikan pangkat seperti rakannya yang dilantik sebagai Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali baru-baru ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang bersara awal bulan ini, mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya ke Mahkamah Persekutuan..

Mohd Hishamudin menjelaskan bahawa perkara itu berlaku pada 2013, apabila Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mencadangkan namanya kepada PM untuk pelantikan ke Mahkamah Persekutuan..

"Malangnya, PM tidak memihak kepada kenaikan pangkat saya ke Mahkamah Persekutuan. Saya rasa fakta ini adalah pengetahuan umum, "katanya kepada Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif..

Dibentuk melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, suruhanjaya itu diusulkan pada masa bekas perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi..

Peranannya untuk memastikan pemilihan tidak berat sebelah bagi pelantikan hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di mana suruhanjaya itu akan menimbang dan membuat syor kepada PM..

Suruhanjaya itu dibentuk selepas suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video kontroversi Lingam pada 2007 yang melibatkan campur tangan politik dalam pelantikan hakim..

Banyak keputusan penting Hishamudin ini sepanjang kerjaya beliau semalam 23 tahun, boleh memberi kesan kenaikan pangkatnya..

Antara pengahakiman yang diingati adalah keputusan pada 2001, melepaskan pemimpin PKR N Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon daripada tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan keputusan terbaru mengenai pendakwaan terhadap kes lelaki berpakaian perempuan dan sebaliknya, yang tidak berperlembagaan lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...