Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pandangan Ridhuan Tee tentang himpunan 'Baju Merah' yang geng 'Baju Merah' patut baca..

Posted: 21 Sep 2015 08:44 AM PDT


Maka, benarlah kata Hans J. Morgenthau, apabila kebenaran mengancam kuasa, kuasa mengancam kebenaran, truth threatens power, and power threatens truth, maka segala cara akan dicari untuk menghalalkannya.

Inilah dilema Melayu. Mereka telah ditimpa masalah. Tetapi jalan keluar masih tidak dicari. Terus menyalahkan orang lain, hasil masalah yang dicipta sendiri.

Saya tidak nafikan orang lain turut menimbul dan memberikan masalah, seperti ultra kiasu.

Terbaru, gara-gara pilihan raya kampus, seorang pemimpin pelajar, 22 tahun, mengalami kecederaan selepas diserang menggunakan senjata tajam dan disimbah cat, dalam kawasan kampus sendiri. Apa sudah jadi dengan Melayu, kerana kuasa, sehingga dalam kampus pun mereka masih 'tikam-menikam'.

Adakah troli yang disamak boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu?

Perhimpunan Baju Merah 16 September 2015 adalah perhimpunan Melayu. Seramai mana pun baju merah turun, sehingga menenggelamkan bandar raya Kuala Lumpur, ia masih belum meyakinkan saya kekuatan Melayu yang sebenar, kerana realitinya Melayu tidak kuat akibat perpecahan.

Jika sekadar mahu menunjukkan bilangan baju merah yang turun lebih ramai daripada kuning, memang tidak ada masalah. Kerahkan mereka turun, bagi bas dan sedikit habuan, melambak mereka turun. Apa yang kita dapat selepas itu?

Apa guna merah kelihatan banyak jika tidak bersatu, berbanding kuning yang lebih sedikit tetapi bersatu, realitinya? Kuning tidak akan takut kepada merah selagi merah tidak bersatu.

Air mata saya mengalir membaca kata-kata Musli Oli dalam Facebooknya. Saya hadir dua himpunan. Kuning dan Merah. Hasil pemerhatian, peserta Kuning ramai kalangan anak muda elit dan golongan profesional minum di Starbucks, makan di Subway dan Nandos.

Manakala peserta Merah ramai orang veteran parti yang sarapannya nasi dagang, nasi lemak dan ubi rebus. Mereka telah berjuang sekian lama pertahankan kerajaan tetapi cuma dapat tapak gerai untuk berniaga di bulan Ramadan.

Sedih tengok pakcik dan makcik terhincut-hincut berarak dari PWTC. Saya merayu kepada pemimpin-pemimpin Melayu, perjuangkanlah nasib mereka dengan ikhlas dan jujur kerana golongan ini sanggup bergadai nyawa dan harta pertahankan kuasa kamu.

Ni sebahagian saja ni.. artikel penuh bacalah kat ( SINI )

Isu 1MDB harus dijawab dahulu sebelum ringgit boleh pulih - Zeti

Posted: 21 Sep 2015 04:56 AM PDT


Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan sebelum susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

"Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini," tambah Zeti.

Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.

A video posted by AstroAwani (@501awani) on

Ohh.. patutlah anak dia kahwin dengan orang Indonesia...

Posted: 20 Sep 2015 11:00 PM PDT


Banyak masalah yang melibatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan bukannya melalui saluran diplomatik, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian berikutan banyak persamaan antara kedua-dua negara yang membuat masalah di antara mereka unik.

"Kami telah menyelesaikan masalah dengan Indonesia melalui pendekatan tidak rasmi dan peribadi dan bukan sahaja melalui saluran rasmi, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Jakarta.

JAKARTA: Many problems involving relations between Malaysia and Indonesia can be resolved in the family spirit rather than through diplomatic channels, said Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi. 
He said this followed the many similarities between the two countries which made the problems between them unique."We have been resolving problems with Indonesia through informal and personal approaches and not only via formal channels," he said. 
He was speaking at a media conference after attending a gathering with Malaysian citizens in Jakarta. 
Earlier, when speaking to the Malaysian community at the Malaysian Embassy here, he said, "Informal relations can help resolve many problems which sometimes cannot be settled formally. When the border issue cropped up such as in Ambalat previously, continuity (informal relations) had eased the tension," he said at a gathering. 
As such, he urged government officers at the Malaysian Embassy here and government agencies to get closer to Indonesian government officials as this personal relationship was better when trying to resolve problems. 
Zahid said informal ties must also be established by students, businessmen and representatives of the Malaysian corporate sector in the republic. 
Meanwhile, Zahid called on Malaysian nationals abroad to obtain actual facts concerning the current situation in Malaysia and that they must only make their decisions based on these facts. 
"For Malaysians abroad, please don't rely on information obtained from anti-establishment groups, get your facts from the mainstream for balanced information. 
"Now, about 87 per cent of the information is channelled by the social media…in fact the mainstream media has already used social media. So, we must look at all angles in making our decision," he said. 
Zahid also reminded groups that frequently criticised the government to be prepared to accept criticism in return. "If we can criticise, we must also be prepared to accept criticism. Only then is there freedom of opinion. In this matter, they must be open. 
"If they can demonstrate four times, don't get angry if others do it once. Don't say four times is not racist, once is racist," he said referring to the Bersih rally on August 29 and 30 and the 'Himpunan Rakyat Bersatu' on September 16, which were both held in the federal capital. 
The deputy prime minister also reminded those that frequently criticised the government to look at the developments cropping up in other countries especially in neighbouring countries ~ Free Malaysia Today


Ohh.. patutlah anak dia kahwin dengan orang Indonesia...

Terasa macam sedang tengok cerita-cerita zaman dulu pulak.. banyak cerita yang menunjukkan Raja-raja zaman dulu tu kalau nak berbaik dengan negara musuh dia kahwinkan anaknya dengan kaum kerabat Raja yang dimusuhi tu..

Tapi tak sangka pulak aku ada pemimpin yang hidup dizaman IT ni boleh keluarkan kenyataan macam ni..


Pensyarah UM kecewa Dr M dianggap wira

Posted: 20 Sep 2015 07:41 PM PDT


Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom kelu apabila secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai wira ekoran kemunculannya dalam perhimpunan BERSIH 4.

Mengeluh pada rakyat Malaysia yang mempunyai memori pendek, Azmi mendakwa bekas perdana menteri itu yang menyebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara hari ini. 

"Penampilannya sebanyak dua kali dalam perhimpunan BERSIH amat pendek, tetapi secara tiba-tiba dia menjadi seorang wira.

"Mengapa kita berada dalam situasi yang kita sedang lalui ini? Mahathir. Siapa yang menghancurkan badan kehakiman kita, menakut-nakut media massa kita? Mahathir. Yang membinasakan institusi demokrasi kita? Mahathir.

"Semuanya disebabkan Mahathir, tetapi tiba-tiba Mahathir menjadi seorang wira. Saya tidak tahu apa yang hendak kata," katanya pada forum di Sidang Kemuncak Freedom Malaysia di Petaling Jaya lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...