Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pakatan baru dibentuk tanpa PAS

Posted: 22 Sep 2015 01:53 AM PDT


Gabungan baru pembangkang membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dibentuk secara rasmi hari ini dengan nama Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan dibuat di Kuala Lumpur hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ketiga-tiga parti yang menyertai persidangan meja bulat mencapai persetujuan berkenaan.

Pada masa sama, kata Dr Wan Azizah, gabungan itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

"Sebuah jawatankuasa diwakili setiausaha agung setiap parti akan ditubuhkan bagi memperhalusi terma penubuhan Pakatan Harapan, termasuk dasar bersama dan etika kerja," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut hadir.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas Naib Presiden PAS datang hanya sebagai "wakil ahli parlimen pembangkang".

"Saya datang kerana saya dijemput dan saya tahu PAS tidak ada wakil datang," katanya.

Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu PAS menghantar surat makluman untuk menyatakan parti itu tidak menghadiri sesi hari ini lapor Malaysiakini

Pemimpin Malaysia, Najib Razak berdepan siasatan rasuah US lapor The New York Times

Posted: 21 Sep 2015 07:58 PM PDT


Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan "syarikat bayangan".

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan "syarikat bayangan" daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai "syarikat bayangan".

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli "syarikat bayangan" dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut NYT.

Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terlibat dalam apa-apa urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhbar itu juga memetik bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott yang menyatakan Najib "benar-benar menghargai imej antarabangsa" dan mempersoalkan jika perdana menteri kini "dipulaukan".

Najib berada di bawah tekanan yang besar berhubung skandal 1MDB, yang beliau selia sebagai menteri kewangan, dan pemindahan wang ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga merombak Kabinet pada Julai, menggugurkan seorang timbalan perdana menteri dan seorang lagi menteri kerana mengkritik cara beliau mengendalikan syarikat sarat hutang itu, dan menukar peguam negara yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan pemindahan dana ke dalam akaun peribadinya lapor The Malaysian Insider




Macai tentu bangga.. Hampir 10 negara siar laporan 'FBI siasat 1MDB'..

Posted: 21 Sep 2015 05:30 PM PDT


Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Najib yang juga Presiden UMNO kerana 1MDB yang diilhamkan olehnya itu diberikan publisiti meluas oleh beberapa media dari seluruh dunia..

Nazri Aziz pun tak perlulah menghabiskan beratus juta RM untuk mempromosikan Malaysia keseluruh dunia kerana Syarikat yang diilhamkab oleh Najib itu telah membantunya.

Sebabnya bukan hanya harian kewangan The Wall Street Journal yang berpengkalan di US melaporkan tentang FBI yang memulakan satu siasatan berhubung dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB... tapi banyak lagi negara yang menyiarkan tentang tindakan FBI itu..

Laporan tersebut telah disiarkan oleh sekurang-kurangnya 10 portal berita dari seluruh dunia, antaranya Bulgaria, Thailand, Vietnam, Spain, China, Korea, Russia, Jepun dan juga India..

1. Bulgaria : Wall Street Journal: The FBI has begun investigating the Malaysian fund 1MDB
- http://m.focus-news.net/?action=news&id=2120942

2, Thailand : US media said the FBI began investigating the fund scandalous "1MDB" of Malaysia
- http://www.manager.co.th/Around/ViewNews.aspx?NewsID=9580000106237

3. Vietnam : FBI investigation of the Malaysian fund 1MDB
- http://tuoitre.vn/tin/the-gioi/20150920/fbi-dieu-tra-quy-1mdb-cua-malaysia/972276.html

4. Spanish : The FBI opened an investigation against the Malaysian investment fund 1MDB
- http://m.europapress.es/internacional/noticia-fbi-abre-investigacion-contra-fondo-inversion-malasio-1mdb-20150920054705.html

5. Chinese: FBI investigation of Najib created by 1MDB Fund
- http://finance.sina.cn/usstock/mggd/2015-09-20/detail-ifxhytxr3799103.d.html?from=wap

6. Korea: Malaysian Prime Minister Najib '1MDB corruption allegations' FBI investigation after
- http://m.mediapen.com/news/articleView.html?idxno=94495

7. Russian: The FBI is investigating money laundering through the Malaysian state fund
- http://www.rbc.ru/rbcfreenews/55fe297a9a79474ad3a3d90a

8. Japanese edition of Wall Street Journal: FBI, investigating the start of the Malaysian sovereign wealth fund
- http://m.jp.wsj.com/articles/SB12208348323212744301304581243721510482188?mobile=y

9. LOL at Russian headline: Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators
- http://charter97.org/be/news/2015/9/19/169665/

10. India: The former minister was prevented from leaving the country in Malaysia
- http://naidunia.jagran.com/world-malaysia-pm-critic-detained-for-antidemocratic-activities-amid-1mdb-scandal-482124



Tapi.. kalau publisiti yang baik bangga jugak aku.. ni publisiti yang buruk pasal negara.. nak bangga macam mana?

Tapi.. aku yakin.. macai amat berbangga dengan pencapaian Syarikat yang diilhamkan oleh Najib ni..

Sumber info dari ( SINI )


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...