Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bekas Naib Ketua Bahagian UMNO ditahan di bawah SOSMA

Posted: 23 Sep 2015 08:37 AM PDT


Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di sini, hari ini.

Peguamnya, Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI hari ini berkata tangkapan yang kedua ini adalah di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan atas kesalahan mengancam keselamatan negara.

Khairuddin yang dibebaskan selepas ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan pada Jumaat lalu ditangkap semula ketika beliau meninggalkan kompleks mahkamah bersama-sama peguamnya itu pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Seksyen 124K dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.

Di bawah SOSMA, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari.

Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan.'

"Mereka ingin menggunakan SOSMA yang bermakna Khairuddin boleh ditahan selama 28 hari tanpa perbicaraan," kata Matthias.

SOSMA telah digubal bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk mengawal keselamatan negara termasuk ketenteraman awam, tindakan keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Menurut Seksyen 4 (peruntukan utama) Akta ini , seorang pegawai polis mempunyai kuasa khas penangkapan dan reman ke atas orang yang disyaki mempunyai penglibatan dalam menyebabkan ancaman keselamatan berisiko tinggi.

Khairuddin pada Jumaat ditahan pihak polis di kediamannya di Mont Kiara beberapa hari sebelum beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat pada Isnin.

Isterinya, Datin Seri Umie Aida ketika dihubungi Astro AWANI selepas penahanan Khairuddin berkata, polis telah merampas beberapa barang-barang peribadi suaminya termasuk sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan kad sim semasa penahanan itu.

Berikutan penangkapan Khairuddin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Khairuddin itu sebagai satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara.

Khalid berkata Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lapor AstroAwani


Fitnah melampau jatuhkan karier politik saya - Jamal

Posted: 23 Sep 2015 01:00 AM PDT


"Saya orang bisnes. Bodohlah saya kalau buat kenyataan tak benarkan orang Cina datang tidur di hotel atau makan di restoran saya."

Itu tegas Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Jamal Mohd Yunus berhubung berita yang tersebar mengenai kenyataannya yang kononnya terlalu membenci bangsa Cina.

"Ini fitnah yang sangat terlampau yang direka untuk menjatuhkan perniagaan dan karier politik saya.

"Ekoran berita fitnah itu, ramai yang menghentam saya terutama di laman-laman sosial. Apa yang menghairankan, ramai yang percaya berita fitnah tersebut," katanya ketika ditanya wartawan MalaysiaGazette di sini hari ini.

Jamal ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi tadi.

Kata Jamal lagi, sejak menjadi Pengerusi NGO Malaysia, apa juga fitnah yang datang akan ditangani sebaik mungkin.

Menjawab soalan yang mendakwa dia dikaitkan dengan kes merogol seorang artis, Jamal dalam tenang mengatakan itu juga fitnah yang sengaja direka.

"Memang saya kenal ramai artis tetapi kami sekadar berkawan. Tidaklah sampai hendak melakukan perkara-perkara tak elok. Saya ada isteri dan keluarga. Kami hidup bahagia tetapi mungkin ada yang cemburu maka fitnah seperti itu pun direka dan disebarkan," tegasnya.

Apapun kata Jamal, janganlah semudah itu kita mempercayai berita yang tersiar di laman sosial sebaliknya fikirkan di mana logiknya berita itu.--MalaysiaGazette


Saja nak tanya ni.. Selain dari jawatan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar.. apa lagi jawatan yang Jamal ni pegang?.. dia ada jawatan dalam Kabinet Najib ke?


Akhbar UMNO persoal penjualan Edra Global Energy oleh 1MDB kepada firma asing..

Posted: 22 Sep 2015 11:53 PM PDT


Langkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan Malaysia kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah industri strategik negara, aset jana kuasa dimiliki orang asing. 

Bila dijual kepada firma asing maka tariff elektrik ditentukan oleh mereka.. nak naikkan atau turunkan ikut suka depa laa..

Yang menjadi mangsa ialah pengguna bukan macai.. (macai tak terkesan sebab selama ini mereka dikatakan dikecualikan dari sebarang kenaikkan kos)..

Selain itu penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor-vendor tempatan termasuk Bumiputera yang telah berjaya dibimbing selama ini.

Menariknya persoalan ini dibangkitkan oleh Lidah Rasmi UMNO..

Bacalah!

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka mengumumkan satu daripada tiga firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 13 aset tenaga Edra Global Energy Berhad miliknya yang bernilai RM10 bilion atau AS$2.3 bilion, dalam usaha mengurangkan hutang piutang syarikat tersebut. 
Sumber industri berkata, firma tenaga berpangkalan di Arab Saudi, ACWA Power International dan Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar dikatakan berada di hadapan dalam senarai empat pembida, bersama satu lagi entiti asing dan juga firma tenaga tunggal dari Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
"Keputusan itu dijangka diumumkan secara rasmi selewat-lewatnya awal Oktober ini iaitu minggu depan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Sumber industri bagaimanapun, melahirkan kebimbangan keputusan menjual kepada entiti asing boleh memberi implikasi sebaliknya terhadap 1MDB yang kini bergelumang dengan pelbagai kontroversi dan persepsi. 
"Sebanyak 15 peratus aset Edra merupakan loji janakuasa tempatan dan dengan kepentingan menyediakan bekalan elektrik yang lancar ke seluruh negara, ia adalah dalam kepentingan negara bahawa aset-aset itu kekal dikuasai entiti Malaysia, bukan dijual kepada entiti asing,'' katanya. 
Malah ujar sumber industri, langkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan Malaysia kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah industri strategik negara, aset jana kuasa dimiliki orang asing. 
"Bila dikuasai oleh orang asing, siapa dapat membendung kemungkinan harga lebih tinggi jika bukan para pengguna iaitu rakyat Malaysia?,'' soalnya lagi. 
Lebih membimbangkan ujar sumber industri itu lagi, penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor-vendor tempatan termasuk Bumiputera yang telah berjaya dibimbing selama ini. 
1MDB pada asalnya, mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan perniagaan tenaganya pada Julai 2014, untuk menjana dana sebanyak RM11 bilion. 
Sebahagian daripada dana itu bertujuan untuk membayar balik hutangnya yang menggunung kepada RM42 bilion setakat 31 Mac 2014. 
Menurut laporan, 1MDB ha­­rus memba­yar antara RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun dari segi faedah pinjaman. 
Rancangan tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan dengan 1MDB memutuskan untuk menjual kepentingannya dalam Edra. 
Aset Edra terdiri daripada lima loji jana kuasa tempatan dan lapan antarabangsa termasuk di Bangladesh dan Mesir selain merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Corp Bhd.

Syarikat kerajaan itu juga mempunyai asetnya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan di Pakistan menerusi syarikat usaha sama. 
Keseluruhannya Edra memiliki kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5,500 MegaWat yang dianggarkan bernilai RM10 bilion oleh bank-bank. 
1MDB sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Pembelian dan Penjualan Saham (SSPA) dengan TNB untuk mengambil alih 70 peratus kepentingan di dalam Jimah East Power Sdn. Bhd. (JEP), yang dimiliki 1MDB dengan nilai RM46.98 juta lapor Utusan



Jangan jadi budak-budak, kata Pengerusi Penjaja kepada kepala 'Baju Merah'

Posted: 22 Sep 2015 08:22 PM PDT


Sebuah persatuan penjaja menyelar Datuk Jamal Md Yunos yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan berkelakuan kebudak-budakan, selepas pemimpin 'perhimpunan baju merah' itu menuntut Jalan Petaling dibuka kepada peniaga Melayu.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee akhirnya bersuara semalam, beberapa hari selepas 'perhimpunan baju merah' dianjurkan 16 September lalu, memberitahu Jamal yang orang Melayu turut mentertawakannya.

"Apa yang orang ramai akan fikirkan? Anda tidak boleh senang-senang berkata anda mahu, dan kami serahkan kepada anda. Orang Melayu juga mentertawakan cadangan beliau.

"Saya rasa kelakuannya seperti budak-budak, meminta sesuatu dari ibunya selepas diberitahu jangan," kata Ang kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga berkata Jamal tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan tentang "imuniti" yang dikatakan dinikmati peniaga di tempat pelancongan popular dikenali sebagai Chinatown itu, dengan menuduh mereka mendapat sokongan pihak berkuasa walaupun menjalankan perniagaan haram.

Ang berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan itu dari semasa ke semasa, dan yang terbaru pada minggu lepas.

"Kami tidak benarkan penjualan produk palsu, dan jika peniaga berkeras melakukannya dan ditangkap, mereka perlu berurusan dengan pihak berkuasa sendiri," katanya.

Perhimpunan minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Jalan Petaling sehingga memaksa pihak polis menggunakan tembakan meriam air bagi mengawal keadaan.

Chinatown sebelum itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan ditutup hari itu kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

Jamal sebelum ini berkata, peserta perhimpunan kecewa dengan "imuniti" yang dinikmati peniaga di Jalan Petaling, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka walaupun menjalankan perniagaan haram.

Beliau juga menuduh mereka menjual produk tiruan dan video lucah.

Beliau turut mencadangkan supaya peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling dan bukannya membiarkan kawasan itu terus dimonopoli kaum Cina.

Jamal berkata dia pernah memohon untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan di kawasan itu 10 tahun lalu tetapi ditolak.

Mengulas dakwaan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu yang perniagaan di Jalan Petaling dimonopoli kaum Cina, Ang berkata peniaga Melayu dan India turut menjalankan perniagaan di sana, kebanyakannya menjalankan menjual makanan dan minuman serta surat khabar.

Beliau berkata sesiapa yang ingin membuka perniagaan di kawasan popular di pusat bandaraya Kuala Lumpur itu perlu mengemukakan permohonan kepada Datuk Bandar tetapi tiada jaminan ia akan diluluskan kerana semua 700 gerai sudah diambil.

"Anda juga perlu mengambil kira yang jika terlalu banyak perniagaan baharu di kawasan itu, ia akan memberi kesan kepada mata pencarian peniaga sedia ada yang berada di sana selama bertahun-tahun," kata Ang lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...