Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ali Tinju batalkan himpunan sambil beri amaran kepada pihak berkuasa..

Posted: 25 Sep 2015 09:30 AM PDT


Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut.

Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling.

"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling.

"Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula.

Beliau juga tidak menolak akan berlaku kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak.

"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga turut menjelaskan protes di Jalan Petaling adalah daripada kumpulannya yang digelar sebagai gerakan baju merah dan tidak ada kaitan dengan Datuk Jamal Md Yunos.

"Jamal dari kumpulan perhimpunan baju merah kita gerakan baju merah. Kita ada ribuan ahli dan kita mula bangkit sejak daripada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat , Julai lalu," katanya.

Mohd Ali berkata kumpulannya akan mengadakan protes pada setiap minggu di Jalan Petaling sekiranya pihak berkuasa gagal menyelesaikan masalah setelah diberi tempoh.

Pada masa sama beliau juga berkata gerakannya juga akan membuat tuntutan kepada Barisan Nasional untuk memutuskan hubungan dengan MCA.

"Kita tidak perlukan MCA mereka ini tali barut DAP, mereka ini bukannya beri kemenangan kepada BN, tapi kenapa masih diberi kerusi dalam kabinet," soal beliau.

Bagaimanapun beliau tegas mempertahankan tindakannya itu dan enggan digelar sebagai seorang yang bersifat anti perkauman.

Apa yang dibuktikan olehhnya adalah memperjuangkan untuk memperjuangkan hak kaum Melayu.

Katanya, kaum bukan Melayu yang tinggal di negara ini sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengambil hak Melayu lapor The Malaysian Insider


Jamal Md Yunos ditahan di bawah Seksyen 105

Posted: 25 Sep 2015 07:33 AM PDT


Polis menahan penganjur perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Md Yunos di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah pada malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.

"Kita tahan beliau di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku berhubung kenyataan yang didakwanya bahawa rusuhan akan berlaku di Petaling Street," katanya kepada The Star Online.

Difahamkan, Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ditahan pada pukul 9 malam Jumaat. Beliau kini ditahan di balai polis Dang Wangi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan memanggil Jamal untuk merekodkan kenyataannya berhubung perhimpunan di Petaling Street pada Sabtu.

Noor Rashid dilaporkan berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk menganjurkan perhimpunan dan tindakan tegas akan diambil.

Polis memberi amaran kepada Jamal bahawa beliau akan ditahan sekiranya didapati bersalah membuat hasutan bagi mencetuskan huru-hara.

Pada Rabu lalu, Jamal memberitahu pemberita bahawa satu perhimpunan boleh berlaku pada Sabtu sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) gagal untuk bertindak ke atas peniaga haram.

Jamal kemudiannya bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai asebarang kaitan dengan penganjuran perhimpunan di Petaling Street pada Sabtu.

"Saya tidak terlibat dan saya tidak akan berada di Petaling Street," katanya.

Ditanya adakah beliau mempunyai maklumat mengenai penunjuk perasaan akan berhimpun di Petaling Street pada Sabtu, Jamal berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Saya ulangi, saya tidak terlibat dalam perhimpunan ini, jadi saya tidak tahu sekiranya ada perhimpunan esok," tambahnya.

Jamal berkata, kehadirannya di Petaling Street pada 16 September lalu atas permintaan polis sebagai "orang tengah".

"Pihak polis minta saya bantu untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di sana," katanya sambil menambah bahawa beliau tidak menganjurkan perhimpunan 16 September lalu atau yang bakal diadadakan pada Sabtu.

Beliau mendakwa media telah memutar belit kan kenyataannya berhubung perhimpunan itu lapor mStar


Perhimpunan di Petaling Street esok 99 peratus 'jadi' kata Ali Tinju

Posted: 25 Sep 2015 05:30 AM PDT


Meskipun polis melarang sebarang tunjuk perasaan di Petaling Street esok, seorang aktivis berkata rasa tidak puas hati terhadap monopoli peniaga di kawasan itu akan tetap disuarakan esok.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom menjangka kebarangkalian perhimpunan itu diteruskan esok adalah tinggi.

"99 peratus akan ada himpunan esok, yang mana yang datang esok adalah pahlawan-pahlawan Melayu," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju memaklumkan bahawa ramai anak-anak Melayu akan menyertai himpunan esok sebagai menuntut janji pihak berkuasa untuk memberikan hak yang sama rata terhadap golongan peniaga tanpa mengira perbezaan kaum.

"Kita tidak mahu melihat sesebuah kaum memonopoli kawasan itu. Ia harus dikongsi bersama antara kaum India, Melayu dan Cina, barulah sesuai dengan konsep 1 Malaysia," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos memberitahu kenyataannya disalah tafsir oleh sesetengah pihak hingga ada yang menganggap satu himpunan 'baju merah' akan diadakan pada esok hari di Petaling Street.

Beliau berkata himpunan berkenaan tidak berniat untuk menakutkan mana-mana pihak, sebaliknya menyuarakan kegusaran selepas tiada tindakan diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke atas penjualan barangan tiruan.

Sementara itu Ali Tinju menegaskan pihaknya tidak akan tunduk terhadap desakan mana-mana pihak untuk membatalkan himpunan mereka pada esok hari.

"Itu bukan hak mereka untuk mempertikaikan Gerakan Merah. Ia akan berterusan, tidak kiralah daripada arahan pihak berkuasa atau sebaliknya," tegasnya lapor AntaraPos


Ringgit lepasi paras 4.38 berbanding dolar Amerika

Posted: 25 Sep 2015 01:56 AM PDT


Ringgit melepasi paras 4.38 berbanding dolar Amerika Syarikat, dicetuskan oleh tahap mengehadkan kerugian, dalam dagangan rendah di pasaran hari ini.

Peniaga menyifatkan lonjakan itu disebabkan arahan belian (melepasi paras 4.38) bagi mengimbangi kedudukan spekulatif yang dilakukan sebelum ini.

"Beberapa peserta menjual dolar berbanding ringgit baru-baru ini, dengan meletakkan pesanan henti pada paras melepasi 3.8 untuk mengurangkan kerugian," kata seorang peniaga.

Menghampiri tengah hari, ringgit disebut harga pada 0.92 peratus lebih rendah kepada 4.3850/3920 berbanding dolar AS daripada 4.3450/3480 pada 5 petang Rabu.

Ringgit mencatat tahap terendah, pada paras 4.3900 berbanding dolar, sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lepas, pagi ini.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

"Urus niaga hari ini dijangkakan kecil memandangkan kebanyakan pelabur melanjutkan cuti sehingga hujung minggu," kata seorang lagi peniaga, yang menambah bahawa dari segi teknikal, ringgit seolah-olah terlebih jual.

Beliau berkata unit tempatan itu kini tertekan akibat kurangnya petunjuk domestik selain harga minyak mentah yang lemah. yang menjejaskan minat global untuk mengambil risiko.

"Jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah, penurunan nilai yuan China ekoran kebimbangan mengenai ekonomi China, juga menyumbang kepada satu lagi pusingan penyusutan nilai ringgit.

Seorang lagi peniaga mata wang berkata dolar semakin mengukuh sejak Pengerusi Fed Janet Yellen membayangkan peningkatan kadar mungkin dibuat tahun ini.

"Kita akan menyaksikan pengukuhan dolar AS sehingga Disember berdasarkan faktor Fed itu.

"Pelabur dilihat kembali semula membeli dolar," katanya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...