Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ringgit pulih jika selesai dua isu, antaranya !MDB.. kata Profesor dari MPN

Posted: 28 Sep 2015 07:57 AM PDT


Jika sebelum ini 1MDB menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat  itu sebagai penyebab ringgit lemah... hari ini muncul seorang Proffesor yang turut menyalahkan 1MDB..

Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang telah berkata

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula,"

Video sila lihat di ( SINI )

Rentetan dari itu pihak 1MDB yang diilhamkan oleh Presiden UMNO yang namanya Najib Tun Razak itu telah mengeluarkan satu kenyataan..

"Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah US serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun.

"Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan,"

Hari ini seorang Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman turut meletakkan 1MDB sebagai antara punca Ringgit terus lemah..

SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

"Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia.

"Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak," katanya, semalam.

Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

Kata Abdul Rahim, harga minyak akan kembali naik apabila keadaan ekonomi di negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah kembali pulih.

"Saya tidak fikir harga minyak akan kembali meningkat pada tahun ini melihatkan kepada ekonomi China yang belum ada perubahan drastik.

"Mungkin dalam enam bulan akan datang, keadaan akan berubah sedikit tetapi bergantung kepada ketiga-tiga negara besar itu (China, Amerika dan negara-negara Eropah)," katanya lapor Sinar Harian

Adakah esok kita akan melihat 1MDB sekali lagi melahirkan kekesalannya?.. sama-samalah kita nantikannya...


Cina Babi: Ridhuan Tee sekolahkan gang 'Baju Merah'

Posted: 28 Sep 2015 02:03 AM PDT


LAMA sudah saya tidak mendengar kata-kata "Cina babi", kecuali selepas perhimpunan Merah 16 September. Menyamakan manusia, Cina dengan binatang (babi), adalah perbuatan manusia tidak bertamadun. Orang sebegini tidak layak memimpin dan menjadi pemimpin.

Atas apa jua alasan, sama ada orang Cina suka makan babi atau tidak, perkataan ini sepatutnya tidak boleh sama sekali dikeluarkan di khalayak. Apa kata, kalau orang lain berkata, Melayu lembu. Apabila ada yang protes, maka kita pun jawab, ia tidak sensitif, kerana orang Melayu memang suka makan lembu.

Saya harap orang yang mencari alasan sebegini, bertaubatlah. Perbuatan itu tidak menguntungkan dakwah, malah merugikan. Ya, memang saya tidak nafikan, turut melabelkan segelintir Cina dengan istilah ultra kiasu, tetapi saya merujuk kepada sikap mereka, yang asyik mahu menang, tanpa sedikit pun mahu kalah. Tidak kira sama ada Cina atau Melayu atau lain-lain.

Perlu diingat, tidak semua Cina makan babi. Ada Cina Islam dan segelintir Kristian yang tidak makan babi. Terdapat lebih 80 juta Cina Islam di negara China, lima kali ganda jumlah Melayu Islam di Malaysia, yang tidak pernah menyentuh babi, kerana mereka beragama Islam.

Malah, orang Cina di China, menerima Islam lebih awal daripada kita. Orang Melayu menerima Islam 600 tahun lalu. Orang Cina telah menerima Islam hampir 1400 tahun yang lalu. Malah, sejarah pengislaman orang Melayu, turut dilakukan oleh pendakwah Cina.

Tanpa orang Cina datang berdakwah dan berdagang ke Alam Melayu (selain Arab dan India), mungkin pengislaman orang Melayu secara besar-besaran menjadi tidak sempurna.

Justeru, berhati-hatilah apabila 'membabikan' orang lain. Mungkin sebelum Islam dahulu, orang Melayu turut memakan dan bermain dengan binatang ini.

Dalam insiden kali ini menjadikan saya malu dan terasa ingin memohon maaf kepada orang Cina yang tidak ultra kiasu, atas keceluparan orang yang mengaku Islam, menggunakan kata-kata kesat.

Saya melakukan sebegini kerana saya amat faham tentang sifat dan makhluk yang ALLAH jadikan. Babi sekalipun, haram dimakan atau dipelihara oleh orang Islam, namun sifatnya sebagai makhluk ciptaan mesti dihormati, kerana ia ciptaan ALLAH, bukan syaitan. Hatta, syaitan sekalipun adalah ciptaan ALLAH, sekalipun ia musuh kepada manusia dan bertugas menyesatkan manusia.

Apakah salah ALLAH menjadikan syaitan? Begitu juga dengan orang Yahudi. Benar, ALLAH melaknati Yahudi dalam al-Quran, kita pun sebut Yahudi laknatullah. Pada masa sama, ALLAH memberi kelebihan kepada Yahudi. Yahudi menguasai dunia dan ekonomi. Kenapa ALLAH lakukan sedemikian? Patutkah kita menyalahkan ALLAH? Yahudi tidak salah, tetapi sikap Yahudi itu yang perlu ditangani.

Terkadang saya amat sedih melihat orang Melayu yang mengaku Islam, menganiaya makhluk yang tidak berdosa seperti anjing, yang turut menjadi sensitif kepada orang Melayu, sehingga kita sanggup menyamak beratus-ratus troli, sedangkan perkara yang lebih haram seperti rasuah dan riba dibiarkan berleluasa, malah diambil menjadi darah daging.

Justeru, saya memohon supaya kita tidak terlalu beremosi. Ya, memang kita menentang sikap ultra kiasu. Tetapi itu bukan bermakna kita mengambil sikap memusuhi mereka, kecuali ia memberikan ancaman terhadap Islam.

Ambillah iktibar, cerita ibu bapa saya yang berniaga di kawasan orang Melayu suatu ketika dahulu. Ibu saya sanggup 'mencuri' beras, yakni mengambil beras tanpa pengetahuan bapa saya dan memberikannya kepada orang Melayu yang mempunyai ramai anak atas dasar belas kasihan.

Saya tidak boleh bayangkan betapa besarnya jasa ibu bapa saya 'membesarkan' orang Melayu yang kesusahan di kampung saya, dengan memberikan mereka berhutang, sehinggakan buku hutang bertapuk-tapuk tidak berbayar, sehinggakan ada hutang yang ditulis di dinding-dinding kedai.

Orang kampung membesar dengan hutang kepada ibu bapa ayah. Ramai anak mereka berjaya masuk universiti, hutang masih tidak berbayar.

Bacalah kisah Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak Cina sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu 'Hassan dan Abu'.

Hajijah menjaga dan menyayangi anak Cina ini seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus. Adakah wajar kita membenci Cina kerana dia Cina?

Begitu juga kisah seorang Cina tua tinggal seorang diri, membeli nasi lemak daripada peniaga Melayu. Melihat keadaan Cina tua itu, peniaga Melayu ini memberikan nasi lemak secara percuma kepadanya.

Kesimpulan, kita tidak melarang kebebasan berhimpun, jika ada tujuannya. Tetapi jagalah akhlak dan mulut. Jika bersalah, mengakulah. Tidak perlu mencari alasan yang tidak munasabah. Itu ultra kiasu namanya.

Ultra kiasu tidak hanya ada pada orang Cina, tetapi Melayu juga. Berhimpunlah secara baik, tonjolkan imej baik Islam seperti yang dikehendaki pimpinan negara kita ~ Sinar Harian


Panggil Duta China: Reezal Merican memandai-mandai rupanya..

Posted: 27 Sep 2015 10:30 PM PDT


Memalukan Malaysia saja si Reezal Merican ni, buat kerja langsung tak ikut protokol..

Apa dia ingat Duta Besar China kat Malaysia tu macam macai-macai dia kot?.. boleh panggil ikut suka dia saja..

Orang tua-tua kata.. apa yang Reezal Merica buat ni macam 'Red Indian dapat senapang'..

Sebab terlalu seronok dapat senapang tu.. habis semuanya dia nak tembak..

Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Seri Reezal Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol ketika memanggil duta China Huang Huikang. 
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri. 
"Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin)," katanya kepada Malaysiakini. 
Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang. 
"Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah," katanya. 
"Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra." 
Nazri bagaimanapun tidak pasti sama ada Reeezal membuat silap susulan baru dilantik ke jawatan itu. 
Tugasannya berkuat kuasa pada 28 Julai selepas rombakan kabinet terbaru. Sin Chew hari ini melaporkan Hamzah sebagai membatalkan panggilan itu. 
Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, yang mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan. 
Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya lawatan muhibah. 
Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi daripada Wisma Putra dan Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini. 
Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini. 
Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...