Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dua Bulan Berlalu, Apa Dah Jadi Dengan Saman Najib Terhadap WSJ?

Posted: 03 Sep 2015 08:09 AM PDT


Status saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap akhbar Wall Street Journal menjadi tanda tanya selepas dua bulan.

Tanpa sebarang perkembangan lanjut mengenainya, tumpuan cuba dialih kepada individu yang menderma dana berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam entrinya, penulis blog apanama berpandangan isu itu telah 'digelapkan'.

"Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

"Dua bulan telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO sudah celik atau masih buta kayu?," soalnya.

Menerusi blog apanama.my beliau berkata pemimpin dan bangsawan UMNO pro Najib cuba mengalih isu tersebut dengan membuat serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah terpesong dari perjuangan sebenar UMNO apabila menyertai Bersih 4.0.

"Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?

DUA BULAN sudah berlalu sejak akhbar The Wall Street Journal mendedahkan skandal dana bernilai lebih kurang RM2.6 billion didalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Ketika skandal yang amat memalukan kita dimata dunia ini terbongkar ramai yang melompat seperti kera yang terkena belacan, berteriak kepada umum bahawa laporan dana DUA RIBU ENAM RATUS JUTA RINGGIT dalam akaun peribadi Najib adalah fitnah.

Najib sendiri, mungkin kerana terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan diri pada ketika itu, berbohong kepada rakyat dalam satu tampalan di Facebook dimana beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab keatas 'fitnah terhadap beliau dan keluarga'

Ekoran penafian itu Najib telah berikrar akan mengambil tindakan undang-undang didalam dan diluar negara terhadap fitnah berniat jahat yang didalangi pihak yang bertujuan memaksa beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

DUA BULAN sudah berlalu. Akhbar The Wall Street Journal telah berulang-kali mempertahankan pendirian mereka bahawa laporan 'Dana RM2.6 Billion dalam akaun peribadi Najib' adalah benar dan sahih. WSJ juga telah mencabar Najib agar menyaman mereka.

DUA BULAN sudah berlalu dan kini cerita Najib menyaman WSJ pun sudah tidak kedengaran lagi. Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

DUA BULAN telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin Umno sudah celik atau masih buta kayu?
Ada pemimpin bangsawan UMNO yang mengherdik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kononnya bekas presiden Umno itu telah terpesong dari perjuangan parti dan bertindak diluar batasan apabila hadir di tunjuk perasaan rakyat di Dataran Merdeka tempohari.
Silalah sambung bacaan anda di ( SINI )



Pijak Gambar PM, Hadi Bukan Jenayah - Lawyers for Liberty

Posted: 03 Sep 2015 05:30 AM PDT


Lawyers for Liberty bimbang dengan cubaan menjenayahkan beberapa orang peserta BERSIH 4 yang dirakam sedang memijak foto perdana menteri dan presiden PAS.

Walaupun perbuatan itu mungkin dikatakan biadab, ia bukan sesuatu yang bersifat jenayah kerana undang-undang tidak mengambil kira perkara yang remeh temeh.

Tamadun masyarakat akan berakhir jika seseorang mendapati dirinya berdepan dengan penangkapan, penahanan atau perbicaraan jenayah hanya kerana perbuatan tidak sopan, biadab atau kasar seperti dalam kes ini.

Undang-undang Malaysia tidak mengangkat PM atau pemimpin parti politik ke status istimewa yang kebal dan dilindungi dari celaan.

Status mereka di sisi undang-undang adalah sama dengan rakyat biasa dan mereka sepatutnya dilayan sama rata seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan memburu seperti itu penyalahgunaan Kanun Keseksaan yang serius. Walaupun ia kuno, peruntukannya tidak pernah bertujuan untuk melindungi PM atau tokoh masyarakat dari kritikan awam atau penghinaan.

Bantahan yang biadab sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Banyak lagi bantahan yang sama atau lebih teruk termasuk ancaman terhadap pihak pembangkang dan pimpinan masyarakat sivil, namun pelaku terbabit tidak pernah dikenakan tindakan.

Tentu timbul persoalan berkaitan pendakwaan terpilih dan bersifat dwistandard dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap kes-kes penghinaan personaliti yang terlibat dan pakatan politik mereka.

PM sepatutnya mengakui bahawa beliau berhadapan dengan imej awam yang buruk, namun ini tidak mungkin dapat dibaiki dengan penyalahgunaan kuasa berterusan untuk perkara remeh seperti kelakuan memijak gambarnya.

Kelakuan ini bukan bersifat jenayah walaupun perkara itu sama sekali tidak menyenangkan.

Kami ingin mengingatkan PM bahawa autoriti dan penghormatan terhadap pentadbiran beliau tidak datang dari rasa takut tetapi keyakinan orang ramai dan ini bergantung sepenuhnya terhadap integriti dan pentadbiran baiknya seperti menangani rasuah dan penyelewengan kuasa.

Kami menyeru pihak polis untuk kembali kepada asas – untuk menjadi pasukan polis yang profesional, adil dan cekap dalam memelihara undang-undang dan ketenteraman, mencegah dan mengesan jenayah sebenar dan memberkas penjenayah sebenar.

Polis tidak harus terlibat dengan perkara yang remeh seperti fitnah, penghinaan dan kelakuan jengkel terhadap PM atau pemimpin parti politik.


ERIC PAULSEN
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty.


Mahathir! Hang Bukan Perdana Menteri Dah.. Najib Kata

Posted: 03 Sep 2015 03:00 AM PDT


Maksud Najib ini mudah.. Mahathir bukan lagi seorang Perdana Menteri, dia dah jadi bekas Perdana Menteri..

Jadi kalau dah jadi bekas Perdana Menteri tu.. duduk rumahlah jaga cucu, petang-petang pergi ke Masjid..

Jangan dok sibuk hal pentadbiran negara, Najib nak kutip derma dari seluruh dunia ke apa ke.. biarkan dia..

Ikut cara Pak Lah.. duduk rumah tanam pokok bunga..

Jangan nak menyibuk mencari tumpuan ramai dan media..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara. 
"Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan," kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini. 
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau. 
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini," kata Najib. 
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB lapor Sinar

Semoga Tun Mahathir panjang usia.. boleh juga dia tengok apa nak jadi dengan UMNO selepas PRU14 nanti..


Dipecat Dari UMNO?.. Ini Jawapan Mukhriz

Posted: 03 Sep 2015 12:14 AM PDT


Ini apa yang tersebar melalui WhatsApp hari ini, kononnya tujuh orang Pemimpin UMNO akan dipecat dalam Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini.. antaranya ialah MB Kedah, Mukhriz Mahathir..

Mesy MT 9/9 ni 7 pemimpin Umno akan di pecat..  
Khabarnya besuk akan pecat Mukriz sebagai MB.. 5hb umum MB baru dan 9/9 pecat keahlian...  
Dato aziz sheikh fadzir d laporkan akan dipecat kerana didapati membocorkan maklumat 1mdb dan didapati menaja beberapa org untuk menghentam najib,  
1. TS Muhyiddin
2. DS Shafiee Afdal
3. DS Mukhriz Mahathir
4. DS Aziz Sheikh Fadzir - MP & KB Umno Kulim/Bandar Baru
5. DS Ahmad Said - ex MB Tganu
6. Dato Hamidah Osman
7. Datuk Jumat Idris, MP & KB Umno Sepanggar,Sabah

Berikut adalah jawapan dari Mukhriz dilaporkan oleh Malaysiakini

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu. 
Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat. 
"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat. 
"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya kepada pemberita di Kedah.

Khabar angin... apapun kita tunggu sajalah..


Malu Weh!!.. Baca Apa Perwakilan Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah Kata Mengenai 'Derma RM2.6 Billion' Tu...

Posted: 02 Sep 2015 07:57 PM PDT


Ketika pemimpin Umno terus menegaskan dana AS$700 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Najib Razak bukan luar biasa, penceramah antarabangsa pada persidangan anti rasuah global berkata, segala urusan itu mencurigakan dan perlu diambil tindakan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider, ia menarik minat pelbagai pihak untuk perdana menteri mendedahkan bagaimana beliau menerima wang berkenaan dan dari mana ia disalurkan.

Mereka berpendapat, jika kes yang sama berlaku di beberapa negara lain, apabila ia diketahui, ahli politik itu akan didakwa atau disingkirkan.

Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Najib.

"Beliau perlu menjelaskan segala-galanya. Pada pendapat saya, sesiapa yang berada atas dakwaan yang begitu serius, perkara pertama (yang akan mereka lakukan) di Eropah adalah meletak jawatan dan kemudian membicarakan kes mereka.

"Buktikan anda tidak bersalah dan berdepan dengan akibatnya," kata Gomes ketika ditemui di luar dewan persidangan selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam.

Beliau berkata di negaranya, Portugal seorang menteri didakwa atas tuduhan serius beberapa tahun lalu dan beliau segera meletak jawatan.

Siasatan kemudiannya mendedahkan yang dakwaan itu adalah tidak benar, katanya.

"Itu adalah patriotik dan satu perkara yang baik untuk dilakukan. Di Malaysia, memandangkan dakwaan dilemparkan terhadapnya, beliau sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri."

Beliau menambah, tindakan diambil terhadap individu menyiasat dana yang diperoleh menimbulkan keraguan dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Ia dilihat tidak elok sama sekali, cara perdana menteri seolah-olah mahu menutup dakwaan serius terhadap beliau dan langkah terbaik adalah dengan meminta beliau untuk meletak jawatan."

Pengarah Greenpeace International Kumi Naidoo berkata, derma sebanyak AS$700 juta adalah "sangat mencurigakan dan sangat luar biasa", dan beliau berpendapat pihak berkuasa sudah mengambil tindakan jika ia melibatkan rakyat biasa.

Penjelasan Najib yang duit itu sebagai "derma politik" tidak mencukupi, kerana jumlahnya terlalu banyak, katanya.

"Ada sesetengah negara kepulauan kecil di dunia yang menggunakan jumlah tersebut untuk bajet tahunan mereka. Ini adalah satu jumlah wang yang besar dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa penjelasan," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas beliau berucap di persidangan itu semalam.

"Adakah ia diberikan kepada kerajaan atau perdana menteri untuk melakukan sesuatu bagi penderma, mungkin termasuk polisi atau kontrak tertentu? Ia bukan hadiah peribadi yang normal, mahupun bagi standard orang kaya."

Naidoo menasihatkan Najib supaya tampil ke hadapan dan menerangkan dengan jelas dari mana menerima dana itu, apa yang beliau gunakan daripada wang itu dan hubungan dengan penderma.

"Saya rasa kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan beliau sebagai yang sangat dikompromi dan hanya menyebabkan demokrasi Malaysia dipersoalkan."

Naidoo yang juga seorang aktivis hak asasi manusia dari Afrika Selatan, mengesahkan kes sebegini adalah serupa berlaku di beberapa negara lain, tetapi apabila ia diketahui ahli politik itu boleh didakwa atau dipecat.

"Dalam beberapa kes ada yang mempertahankan kuasa mereka, tetapi pemimpin sebegini bukan dari negara yang mengamalkan demokrasi atau demokrasi sebenar.

"Dan saya percaya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang sebenar," katanya.

Beliau menambah sudah melihat perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada hujung minggu dan kagum dengan peserta yang berhimpun secara aman.

"Saya menggesa peserta perhimpunan supaya terus mengekalkan cara mereka berhimpun secara aman. Mereka mempunyai hak untuk bersuara walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang berkuasa."

Lise Stensrud, pengarah dasar anti-rasuah Agensi Pembangunan bersama rakyat Norway (Norad), menggesa orang ramai untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung dana itu.

"Ini adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan rakyat, dan mereka harus cuba untuk menuntut keadilan. Sejumlah besar wang berada pada satu tempat yang tidak sepatutnya.

"Kerajaan sedang berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan semalam.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada persidangan IACC kali ini dan Najib sepatunya menyampaikan ucaptama semalam.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, beliau menasihatkan Najib untuk menarik diri dari merasmikan IACC di Putrajaya semalam kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang "ganas".

Persidangan selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan berakhir esok.

Dianggap sebagai perkumpulan pihak berkepentingan dalam gerakan anti rasuah, IACC setiap dua tahun dan tahun ini berjaya mengumpulkan 1,000 delegasi dari 130 negara lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...