Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir Bukan Bangang Macam Sharizat Dan Tajuddin Rahman Kata Bekas Naib Ketua UMNO

Posted: 04 Sep 2015 07:30 AM PDT


Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi pesanan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, apa yang Shahrizat jalil perlu buat ialah menjelajah ke seluruh negara untuk beri pencerahan mengenai kes skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, ia bagi memudahkan rakyat agar faham secara jelas mengenai isu projek lembu itu yang telah menggegarkan negara satu masa dahulu.

"Buat yang itu cukuplah. Yang lain Shahrizat tak perlu kalut kerana imej dia pun bukan elok sangat," katanya dalam kenyataannya di Facebook.

Shahrizat baru-baru ini ini berkata, ahli Wanita UMNO kecewa dengan Dr Mahathir kerana menyertai Bersih 4.0.

Khairuddin berkata, Shahrizat dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman patut diam dan cermin diri masing-masing sebelum mengkritik Dr Mahathir.

"Perjuangan Dr Mahathir amat mementingkan kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair. Di dalam jiwa beliau kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan peribadi. Bukan seperti ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO masa kini.

"Tajuddin Rahman dan Shahrizat jangan kalut sangat. Jagalah diri mereka sendiri baik-baik agar jangan terjebak dengan unsur-unsur rasuah dan sebagainya. Mengenai pendirian Dr Mahathir tak perlulah mereka gusar serta risau kerana beliau bukan bangang macam mereka," tegasnya.

Katanya, Dr Mahathir menghadiri perhimpunan secara aman dan bercakap secara professional berteraskan fakta mematuhi undang-undang negara.

"Dr Mahathir terlalu berpegang kuat pada prinsip perjuangan berteraskan kebenaran. Beliau hadir ke perhimpunan BERSIH 4 untuk bertanya khabar pada rakyat jelata dan bukan menganjurkan huru-hara pun.

"Kalau sesuatu perkara salah, beliau akan kata salah tanpa peduli siapa yang mekakukan kesalahan tersebut. Itu sifat semulajadi serta prinsip beliau . Tapi puak kaki-kaki bodek dalam UMNO tak berapa berkenan pada sesiapa yang dok hentam kemungkaran mereka," katanya lapor Free Malaysia Today


Gabungan Anti Rasuah PBB Pulak Mahu Najib Letak Jawatan..

Posted: 04 Sep 2015 05:30 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak perlu berundur dan membenarkan siasatan AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun beliau ditneruskan tanpa pengaruh tidak sepatutnya, kata gabungan Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).

Pengerusi gabungan UNCAC Manzoor Hasan berkata, membiarkan Najib terus berkuasa boleh menjejaskan siasatan, walaupun penyokong perdana menteri menegaskan pengkritik hanya perlu menunggu hingga siasatan selesai.

"Dalam dunia yang ideal, kita mahu melihat perdana menteri terus kekal, dan siasatan berlaku. Tetapi saya fikir realitinya adalah jika mereka tidak meletak jawatan, proses penyelidikan boleh dipengaruhi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses.

"Jika anda mengikut proses undang-undang biasa, apabila seseorang itu sedang disiasat, biasany dia tidak perlu meletakkan jawatan supaya siasatan bebas yang bersih boleh berlaku," kata Manzoor kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di luar Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya.

Apabila ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan, beliau berkata, "Ya, saya pasti akan berkata demikian bagi kepentingan siasatan yang adil."

Manzoor menyifatkan keputusan Najib untuk terus berkuasa sebagai "pelik", tetapi menambah ia bukan perkara baharu dan biasa bagi pemimpin dunia untuk berbuat demikian.

"Saya rasa ini adalah di mana masyarakat awam dan media boleh memainkan peranan penting dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengubah semua prinsip dan kaedah yang dipakai," katanya.

Manzoor berkata tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai penyiasat di Malaysia bertentangan dengan semangat UNCAC – terikat undang-undang anti-rasuah antarabangsa yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB bulan Oktober 2013.

Malaysia menandatangani dokumen itu pada 9 Disember 2003, dan mengesahkannya pada 24 September 2008.

"Jika anda melaksanakan konvensyen antarabangsa dan nasional, kebebasan suruhanjaya, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah sangat kritikal.

"Jika tiada kebebasan, keseluruhan siasatan boleh terjejas, seperti dalam kes Malaysia – dengan pegawai penyiasat dipindahkan, pepimpin ditangkap."

Beliau berkata agensi seperti SPRM hanya dilabelkan sebagai bebas, "tetapi, semangatnya dikawal golongan politik elit yang sama mentadbir negara dan yang juga terlibat dalam rasuah besar".

Gabungan UNCAC yang dipengerusikan Manzoor, adalah satu rangkaian global terdiri 350 badan bukan kerajaan di lebih 100 negara yang komited menggalakkan ratifikasi, pelaksanaan dan pemantauan UNCAC.

Semalam, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pengerusi lembaga penasihat anti-rasuah Malaysia, berkata SPRM masih menyiasat kes itu dan semua pihak perlu menunggu suruhanjaya itu melengkapkan siasatan.

Beliau berkata SPRM "bebas sebagaimana yang anda kehendaki" lapor The Malaysian Insider.


Setelah PAS Berpecah, Akhbar UMNO Mula Membelasah PAS..

Posted: 03 Sep 2015 11:00 PM PDT



Bijak punya strategi ni.. laga-lagakan biar bergolak hingga berpecah, bila dah berpecah belasah apa yang tinggal untuk terus melemahkan..

Akhbar milik Umno melalui tulisan kumpulan pengarangnya, Awang Selamat berkata akibat terlalu taksub, ekstrem dan tanpa berfikir panjang parti itu mewajibkan setiap wakil rakyat Kelantan melafazkan baiah; jika keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik isteri masing-masing diceraikan dengan talak 3.

"Tidak sedarkah mereka mempermainkan agama demi parti politik? Tidak sedarkah mereka dalam politik macam-macam boleh berlaku?

"Hari ini lawan, esok kawasan dan begitulah sebaliknya," katanya dalam ruangan Bisik-Bisik di akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Ini tulisannya..

AWANG selama ini cukup bimbang dengan cara Pas menggunakan Islam bagi tujuan politik kepartian. 
Sehinggakan pernah para pemimpin mereka mengatakan sekiranya tidak mengundi Pas dalam pilihan raya tidak Islamlah orang itu, manakala jika mengundi Pas akan masuk syurga. 
Pelbagai slogan dicipta bagi mengaitkan parti itu dengan Islam dan mengkafirkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. 
Akibat terlalu taksub, ekstrem dan tanpa berfikir panjang maka parti itu telah mewajibkan setiap wakil rakyat di Kelantan melafazkan bai'ah atau sumpah; yang jika mereka mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik mereka telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga. 
Tidak sedarkah mereka telah mempermainkan agama demi parti politik? Tidak sedarkah mereka dalam politik macam-macam boleh berlaku? 
Hari ini lawan, esok kawan dan begitulah sebaliknya. 
Namun itulah harga yang perlu dibayar oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli yang melanggar bai'ah itu. 
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kelmarin mengesahkan Dr. Hatta dengan isterinya gugur talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam sumpah itu. 
Yang peliknya, semalam Dr. Hatta seperti mempersenda-sendakan pula sumpah yang pernah dilafazkannya itu. 
Bagi Awang perbuatan itu cukup mengaibkan, bukan sahaja kepada Dr. Hatta, tetapi juga kepada agama Islam secara keseluruhannya.  
Awang – Mengucap panjang...



Pendakwaraya Perancis Sahkan Sayap Ditemui Di Pulau Reunion Milik MH370

Posted: 03 Sep 2015 08:09 PM PDT


Pendakwaraya Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menurut laporan Reuters, pendakwaraya Perancis berkata seorang juruteknik dari Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, mengesahkan satu daripada tiga nombor yang ditemui di serpihan sayap itu adalah nombor siri bagi MH370 Boeing 777.

"Jadi, ia boleh memberikan pengesahan bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai 2015 sepadan dengan milik MH370," kata pendakwaraya itu dalam satu kenyataan.

Serpihan sayap berkenaan ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar pada 8 Mac 2014, bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370 lapor AstroAwani


.. Lain macam saja laporan ni.. Pengesahan dibuat berdasarkan pengesahan oleh seorang Juruteknik dan dibuat pula oleh Pendakwaraya Kerajaan Perancis..

Sedangkan sebelum ini satu laporan mengatakan pakar-pakar yang menyiasat gagal untuk mengaitkan 100% flaperon yang dijumpai itu dengan MH370..

Hmmm...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...