Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dollah Sudah.. Najib Bila lagi?

Posted: 05 Sep 2015 08:30 AM PDT


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Dollah Salleh kerana meletak jawatan sebagai menggalas tanggungjawab atas prestasi buruk skuad Harimau Malaya.

Namun dalam kenyataan sama beliau juga menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana enggan melepaskan jawatan walaupun gagal mengurus negara.

"Tahniah Dollah Salleh hanya kalah 10-0 anda lebih berani daripada Najib yang mungkin menunggu RM10 bilion dari tok arab UAE, tapi belum pasti melepaskan jawatan perdana menteri," katanya.

Kata bekas Ketua Pemuda PAS itu, kekalahan teruk Harimau Malaya kepada UAE (Emiriah Arab Bersatu) sesuatu yang sangat mengejutkan dan sukar diterima.

Menurut Mahfuz, gambaran kekalahan itu menunjukan betapa lemahnya skuad Harimau Malaya berdepan UAE mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

"Saya tidaklah mengharapkan kemenangan tetapi kalau kalah sekali pun, tidaklah sampai 10-0," kata Mahfuz.

Kini, kata Mahfuz, skuad Harimau Malaya tidak lagi menjadi "harimau yang mengaum" dan mengganas sebaliknya harimau kertas yang tiada taring untuk menerkam mangsa.

"Persoalannya apakah kelemahan pemain, jurulatih atau pengurusan dan kepimpinan FAM? Suatu bedah siasat menyeluruh perlu dibuat.

"Apa pun saya ucapkan tahniah pada Dollah Salleh jurulatih skuad harimau Malaya mengambil tanggung jawab dengan meletakan jawatan sebagai jurulatih atas kekalahan yang sangat memalukan," katanya.

MP Pokok Sena itu berkata, beliau percaya tindakan Dollah Salleh untuk memberi ruang dan peluang kepada penyusunan semula skuad Harimau Malaya untuk bangkit mengaum dan mengganas membaham mangsa.

"Mungkin pengurusan skuad Harimau Malaya dan kepimpinan FAM masih menunggu PM Najib mendahului mereka meletakan jawatan atas 'kekalahan ringgit Malaysia' yang begitu teruk berbanding matawang asing," katanya lapor Malaysiakini


Yang Kritik Najib Itu Pakar, Bukannya Orang Sembarangan...

Posted: 05 Sep 2015 06:41 AM PDT


Pemerhati politik berpendapat kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Putrajaya itu datang daripada pakar bukan tuduhan melulu.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata apa yang lahir dari mulut pengkritik adalah berdasarkan perspektif mereka melalui maklumat yang diterima.

"Mereka ini orang pakar yang berwibawa dalam bidang dan tugas masing-masing. Saya percaya mereka mengkritik dengan asas, penuh tanggungjawab bukan secara melulu.

"Itu sudut pandangan dan perspektif mereka berdasarkan perkembangan dan maklumat yang mereka tahu tentang perkembangan melibatkan perdana menteri dengan 1MDB," katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas mengenai IACC yang menjadi pentas mengkritik pemimpin nombor satu negara.

Najib menjadi sasaran perwakilan-perwakilan asing dan tempatan sepanjang persidangan itu berlangsung sejak Rabu hingga semalam berkaitan dengan skandal 1MDB.

Menurutnya, apa yang berlaku di pentas IACC adalah bersesuaian dengan tujuan persidangan itu dianjurkan.

"Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memberi pandangan sesuai dengan platform yang ada. Persidangan itu adalah platform untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina...yang konstruktif tentang bagaimana untuk menangani isu dan masalah rasuah, itu sesuai dengan objektif persidangan itu.

"Mereka ambil inisiatif itu dan kebetulan IACC itu diadakan di Malaysia maka mereka ambil contoh Malaysia. Mungkin ada yang menyifatkannya sebagai campur tangan tapi platform apa lagi mereka nak gunakan selain persidangan itu yang sesuai dengan tujuan asal diadakan majlis itu?," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat pemimpin negara berhak menangkis segala kritikan yang dilemparkan namun ia mesti berasaskan fakta yang konkrit bukan sekadar penafian.

"Bagaimana kita memberi reaksi itu terpulang kepada kita. Tapi pemimpin negara berhak untuk menangkis balik. Cuma tangkisan itu hendaklah berdasarkan data dan fakta yang konkrit bukan sekadar membuat sesuatu kenyataan umum atau penafian dengan mengatakan bahawa kenyataan yang disampaikan sebagai tidak adil atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.

"Sebagai rakyat kena lihat (kritikan) itu dengan pemikiran terbuka walaupun mungkin kritikan itu agak pedas tetapi saya lihat mereka mengeluarkan kenyataan itu 'without fear or favour'. Mereka juga mempunyai integriti, bercakap berdasarkan fakta, bukannya dengan emosi dan kenyataan melulu," katanya lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...