Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jangan Angkuh dan Takabbur Ku Nan!

Posted: 06 Sep 2015 08:30 AM PDT


Warga Malaysia amnya dan ahli Umno khususnya menghargai keberanian seorang wanita dari pulau lagenda Mahsuri Langkawi, Anina Saadudin, yang memfailkan tindakan saman mahkamah terhadap Dato Seri Najib Tun Abdul Razak kerana pecah amanah wang parti sejumlah RM2.6 bilion.


Jumlah itu adalah jumlah yang diakui sendiri oleh Najib, ahli Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan Umno, menteri-menteri, SPRM, PDRM dan semua aparat kerajaan yang mahu mempertahankan bahawa duit itu bukan rasuah atau duit 1MDB tetapi duit Umno dari derma seorang dermawan Arab.

Anina sekadar menyatakan bahawa duit yang dilarikan dari akaun amanah di Malaysia ke akaun bank sulit di Singapura yang bukan milik Umno menjadikan itu satu pecah amanah dan perlu dikembalikan kepada Umno.

Anina melakukan apa yang tidak berani dilakukan oleh ramai rakyat Malaysia apatah lagi ahli Umno. Anina menyatakan bahawa Fasal 6 Perlembagaan Umno mewajibkan dirinya ‎mempertahankan Umno oleh kerana semua ahli MT tidak berani berhadapan dengan Putera Bugis yang berani membangsatkan parti dan bangsa sendiri demi kerakusan kuasa dan harta.

Anina berpegang kepada prinsip Amr Ma'ruf Nahy Mungkar dalam menegakkan kebenaran demi mempertahankan maruah agama bangsa dan negara dari tercemar. Malah, tindakan Anina mendapat pujian dan sokongan dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, apakah tindak balas YM Tengku Dato Seri Adnan Mansur? Dengan bangga dan bongkak Ku Nan memecat Anina. Ku Nan menghebahkan pemecatan lebih awal dari surat pemecatan dikeluarkan. Ku Nan berbuat demikian demi menghina Anina untuk menunjukkan kuasa bahawa‎ Ku Nan adalah Setiausaha Agung dan Anina hanya ahli wanita yang kerdil dari pulau di hujung semenanjung.

Kemudian bila Tan Sri Megat Najmuddin, Pengerusi Tribunal Disiplin ‎menegur bahawa langkah Ku Nan salah dan sumbang prosedur kerana tidak langsung mematuhi peraturan parti, Ku Nan tidak dapat menerima teguran dengan baik.

Sebaliknya, Ku Nan bersikap lebih angkuh dan takabbur. Ku Nan mendebak dada mengatakan dia boleh pecat siapa dia suka dan Anina boleh samannya di mahkamah dan dia akan lawan. Ku Nan juga terus menghina Anina dengan memanggilnya anai-anai iaitu serangga yang lebih kecil dari semut.

Ku Nan memang orang besar, derajat bangsawan dan juga berpangkat Dato Seri. Ku Nan‎ memang orang besar parti berjawat Setiausaha Agung dengan kuasa memecat semua yang dia tak suka. Ku Nan memang kaya raya boleh gajikan peguam-peguam hebat mempertahankan kesumbangan dirinya sehingga yang salah pun jadi benar. Tapi apakah perlunya Ku Nan menghina Anina sebagai lebih kecil dari semut? Apa perlunya Ku Nan menghina dan merubah nama Anina menjadi Anai Anai?

Tidakkah Ku Nan dapat menerima dalam sistem demokrasi berparlimen seseorang yang tidak berpuashati boleh merujukkan hal itu ke Mahkamah? Bukankah Mahkamah memang forum penyelesaian perbezaan dan pertikaian?

Lalu kenapa Ku Nan menghalang Anina dengan memecatnya secara sungguh terhina tanpa mematuhi peraturan parti, tanpa diberikan amaran dan hak untuk didengar, tanpa mengendahkan nasihat Pengerusi Tribunal, tanpa‎ langsung mengikuti prinsip-prinsip keadilan dalam Islam sedangkan Umno itu parti Melayu dan Melayu itu tunggaknya Islam? Kenapa Ku Nan? Dan apa perlunya Ku Nan‎ menghina Anina dengan panggilan Anai Anai?

Pokoknya, apakah kesalahan Anina dan apakah yang dipertahankan Ku Nan? Apakah tidak benar segala yang dikatakan Anina? Bukankah tuntutan Anina berlandaskan apa yang diakui dan dikatakan secara umum oleh Najib dan konco-konconya sendiri? ‎

Bukankah benar MT telah menjadi tali barut seorang pemecah amanah yang mencuri duit parti dan melarikan duit RM2.6 bilion itu ke Singapura? Jika semua itu benar kenapa Ku Nan tidak menjalankan tanggungjawab, malah bersekongkol menjadi talibarut si pesalah laku?

Jika Anina itu Anai Anai, maka orang macam Ku Nan adalah barah dalam Umno yang akan merosak dan membunuh parti. Dan jika sel barah itu tidak dihapuskan dari ‎bibitnya maka ia akan merebak keseluruh akar umbi parti. Salahkah Anina mengambil tindakan untuk mengubati Umno yang di kepalanya telah dicemari dan dirasuki penyakit serius ini?

Salahkah Anina menyedarkan bahawa Najib, KuNan dan sekutunya bukan sayangkan parti tapi memusnahkan parti? Salahkah Anina mengingatkan bahawa Fasal 6 Perlembagaan Umno ialah tentang Kesetian Kepada Parti dan bukan Kesetiaan Kepada Pemimpin yang buat onar. Malah pepatah Melayu mengatakan, "Raja adil raja disembah Raja zalim raja ‎ disanggah".

Dalam sistem demokrasi hari ini, pepatah itu bukan sahaja ditujukan kepada raja tapi juga kepada Pemerintah kerana yang memerintah negara bukanlah raja tapi parti yang memerintah. Masyarakat moden mahukan demokrasi dimana rakyat menentukan halatuju negara melalui wakil rakyat dan jemaah menteri tetapi bukan untuk menjadikan menteri-menteri sebagai orang-orang yang berlagak lebih buruk dari raja yang zalim bak pepatah, "Beraja dimata Bersultan di hati". Ini lah Umno hari ini. Ini lah penyakit Najib dan Ku Nan yang mahu membangsatkan bangsa sendiri!

Anina memang tidak ada duit untuk lawan Ku Nan. Anina memang gunakan firma Melayu kecil untuk mulakan tindakan kerana dia tidak mampu. Tapi orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi muak dan marah dengan keangkuhan Ku Nan. Dan bila mereka bersatu dan membantu, akan ramai peguam-peguam Melayu dan bukan Melayu yang lebih hebat dari firma besar dari peguam Ku Nan dan Umno. ‎Rakyat akan bersatu menolak kemungkaran. Jadi behati-hatilah bila menghina orang kerdil.

Ku Nan jangan angkuh dan takabbur‎. Allah tidak menyukai orang-orang yang takabbur. Ingatlah Allah menghukum Firaun ditelan lautan. Ingatlah orang Melayu memerhati, Rakyat Malaysia memerhati.

Ingatlah ini boleh menjadi lautan yang menenggelamkan keangkuhan Ku Nan.


Oleh Suhaimi Embong dan dipetik dari SINI

Kumpulan Baju Merah Ni Demo Untuk Apa? Soal Rafidah

Posted: 06 Sep 2015 06:14 AM PDT


Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.

Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.

"Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan," katanya di Facebook.

Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan 'Himpunan Rakyat Bersatu' kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.

Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.

"Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan 'kekuatan' sokongan yang mereka perolehi.

"Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?," katanya.

Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.

"Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat," tulisnya lapor Free Malaysia Today


Untuk apa lagi Kak Pidah.. untuk bodek Najib la tu..


Ahli UMNO Pasir Gudang Buat Laporan Polis Terhadap Najib

Posted: 05 Sep 2015 08:59 PM PDT


Satu laporan polis dibuat ahli Umno Bahagian Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengadu, Abdul Rashed Jamaludin membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang, Johor Baru pada Jumaat, menggesa polis menyiasat beberapa nama termasuk perdana menteri dan pegawai kanan 1MDB.

Laporan polis yang dilihat The Malaysian Insider itu mendesak satu siasatan rapi dilakukan terhadap Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sebagai pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB dan Arul Kanda Kandasamy, presiden 1MDB.

Laporan polis dibuat ahli Umno Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion. – Gambar The Malaysian Insider, 6 September, 2015.Laporan polis dibuat ahli Umno Pasir Gudang terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion. – Gambar The Malaysian Insider, 6 September, 2015.

Dalam laporan tersebut, Rashed juga menyertakan kronologi wang sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion), yang menurut pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai, dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.

Turut disertakan ialah beberapa kenyataan menteri berhubung wang yang dikatakan derma dari Timur Tengah tersebut.

Rashed mahu kenyataan beberapa menteri mengenai skandal wang derma tersebut disiasat kerana dikhuatiri mempunyai unsur penipuan di dalam Dewan Rakyat dan menerusi media.

Pengadu menamakan 5 individu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman, sebagai mereka yang pernah mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion tersebut.

"Saya ingin melaporkan dan memohon pihak polis membuat siasatan rapi ke atas kenyataan menteri-menteri di atas yang dikhuatiri mempunyai unsur penipuan sama ada di dalam Dewan Rakyat mahupun kenyataan laporan media," kata pengadu dalam laporan tersebut.

Laporan tersebut juga mahu pihak polis menyiasat dakwaan dibuat oleh Bank BSI Singapura yang menyatakan 1MDB memberi dokumen palsu mengenai simpanan syarikat pelaburan negara tersebut bernilai AS$1.103 bilion.

Kontroversi bermula selepas WSJ mendedahkan pembabitan Najib berhubung wang AS$700 juta itu yang dikatakan disalurkan daripada beberapa entiti berkaitan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Susulan kontroversi tersebut, pemimpin utama Umno menggesa penjelasan Najib, antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mengatakan tidak mengetahui mengenai wang derma tersebut.

Pada Mac, Najib mengarahkan siasatan oleh ketua audit negara ke atas 1MDB dan hutangnya sebanyak RM42 bilion itu dan dapatannya perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

Bagaimanapun, siasatan itu terhenti buat sementara waktu selepas 4 ahlinya, termasuk pengerusi PAC, dinaikkan pangkat sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai.

Rombakan itu juga menyaksikan Najib menggugurkan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri dan Shafie sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Pada masa sama, peguam negara juga digantikan ketika siasatan sedang berjalan ke atas 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion itu.

Najib juga berdepan tindakan mahkamah berhubung skandal tersebut selepas seorang Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman ke atas presiden Umno itu mengenai perkara sama.

Beliau kemudiannya dipecat kerana membawa hal parti ke mahkamah, tetapi beliau berkata akan mencabar penamatan keahliannya itu.

Seorang lagi ahli Umno, Datuk Khairuddin Abu Hassan dipecat daripada jawatannya sebagai naib ketua bahagian Batu Kawan selepas beliau membuat laporan polis terhadap Najib dan 1MDB pada Disember lalu.

Beliau selepas itu membuat lebih banyak laporan dengan polis di UK dan Perancis, dan dilaporkan turut menyerahkan dokumen kepada pihak berkuasa Switzerland lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...