Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sepatutnya Tan Sri Bekas Penasihat 1MDB Ni Tanyalah Macai..

Posted: 07 Sep 2015 08:03 AM PDT

Betul-betul buang masa saja Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias ni..

Sanggup dia menunggu hingga enam bulan untuk mendapatkan penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat dengan hutang tu..

Sepatutnya Tan Sri Dr Abdul Samad ni tanyalah macai berkenaan status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tentu tahu status itu sebab itulah mereka bermati-matian menyokong 1MDB Najib tu..

Kalau tak tahu tu maknanya macai-macai tu menyokong membabi buta lah.. main sokong saja apayang Najib buat tu tanpa usul periksa..

Samalah macam lembu yang dicucuk hidung, gembalanya tarik ke kanan, ke kanan lah ia, tarik ke kiri ke kirilah ia.. ikut saja..

Laporan berkaitan..

Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.

Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.

Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.

"Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan," katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.

1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.

Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.

Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011 lapor The Malaysian Insider


Tapi.. kalau ahli Lembaga Pengarah sendiri yang minta sampai enam bulan pun tak dapat status kewangan tu.. macai-macai pulak.. jauh panggang dari babi lah..

Yang menghairankan ialah walaupun tak tahu menahu pasal status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tetap menyokongnya..

Ada otak tu gunalah sama.. jangan simpan!


Perhimpunan ‘Baju Merah’ Tidak Dapat Kebenaran Polis

Posted: 07 Sep 2015 01:07 AM PDT


Polis tidak akan membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 16 September ini atas implikasi keselamatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Sekiranya perhimpunan ini diteruskan juga, polis akan mengawal dan memastikan mereka tidak mengganggu dan merosakkan harta benda atau orang yang menjalankan aktiviti harian mereka di tempat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di George Town, hari ini.
Noor Rashid menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Noor Rashid berkata, sebarang perhimpunan yang ingin dianjurkan seharusnya mendapat keizinan pemilik premis kawasan berkenaan dan kebenaran polis.

Sekiranya perhimpunan itu gagal mendapat kebenaran polis, maka perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu mengambil bahagian, katanya.

"Kita akan mengawal perhimpunan tersebut dan selepas perhimpunan, kita akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya menambah sebanyak 2,000 anggota polis akan digerakkan untuk mengawal perhimpunan berkenaan.

Media melaporkan 'Himpunan Rakyat Bersatu' dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota lapor The Malaysian Insider


Tapi Ahmad Maslan.. Putera Al-Waleed Tak Derma RM120 Billion Itu Kepada Individu..

Posted: 06 Sep 2015 09:06 PM PDT


Tanpa mengenal putus asa.. Ahmad Maslan terus cuba meyakinkan sambil memperbodohkan rakyat tentang isu derma RM2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi Najib itu.

Sambil menafikan satu laporan yang mengatakan beliau telah menamakan kononnya Putera Al-Waleed beliau mengatakan itu cuma satu contoh ada individu yang sanggup menderma hingga RM120 Billion..

Dan hanya untuk menyakinkan rakyat beliau tidak menyatakan kepada siapa sumbangan atau derma itu telah dibuat..

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menafikan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disumbangkan ahli perniagaan Arab Saudi, Putera Al-Waleed Talal. 
Ahmad dalam catatan di akaun Twitternya menjelaskan, beliau disalah petik media, khasnya portal berita Free Malaysia Today (FMT) dan My Times, kerana beliau hanya menyebut nama Putera Arab Saudi itu sebagai contoh orang yang murah hati. 
"Saya hanya beri contoh Putera Saudi itu yg umumkan utk derma RM120b hartanya mulai 1/7/15. Saya tidak kata beliau yg beri derma kpd PM," demikian tulisnya di akaun Twitternya, @ahmadmaslan. 
Tambahnya, sebab beliau menyebut nama Putera Arab Saudi itu, kerana persoalan dan kenyataan yang dibuat sesetengah pihak bahawa tiada orang yang "begitu kaya" sehingga sanggup menyumbang wang dalam jumlah yang besar. 
"Rupanya ada orang yang menyumbang sehingga RM120 bilion," tulisnya. 
Semalam, FMT dan My Times melaporkan Ahmad membuat kenyataan yang mendakwa Putera Al-Waleed menyumbang RM2.6 bilion kepada Najib, pada Pilihan Raya Umum 2013. 
FMT bertindak menarik balik laporan itu, sejurus selepas Ahmad membuat penjelasan lapor The Rakyat Post

Memang ada orang yang derma sehingga RM120 Billion tu Ahmad Maslan, tapi dia tak derma kepada individu, dia derma kepada badan kebajikan bukannya pemimpin parti politik sesebuah ngara..

Dan sumbangan itu pun akan mengambil masa beberapa tahun dan akan diselia oleh lembaga pemegang amanah yang turut diketuai Putera Al-Waleed sendiri..

Baca ni..

PUTERA Alwaleed bin Talal dari Arab Saudi mengumumkan beliau akan menderma kesemua hartanya berjumlah USD32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan. 
Hartawan berusia 60 tahun itu menyatakan beliau mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates. 
Wang itu akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies, di mana beliau sebelum ini pernah menderma sebanyak USD3.5 bilion (kira-kira RM13 bilion). 
Menurut Putera Alwaleed, derma berkenaan akan digunakan bagi memupuk pemahaman budaya, selain membantu memperkasa kaum wanita dan menyediakan bantuan bagi bencana. 
Bill Gates memuji hasrat Putera Alwaleed itu dan menyifatkan ia sebagai satu inspirasi buat semua dermawan dan mereka yang bekerja di badan kebajikan di seluruh dunia. 
Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan, Putera Alwaleed merupakan pengerusi firma pelaburan Kingdom Holding Company. 
Syarikat berkenaan memiliki saham di hotel Four Seasons, Fairmont and Raffles, serta News Corp, Citigroup, Twitter dan Apple. 
Apabila ditanya mengenai jumlah besar yang bakal diderma, Putera Alwaleed menegaskan ia datang daripada harta peribadinya sendiri dan bukannya daripada pemilikan di dalam Kingdom Holding. 
"Kedermawanan adalah tanggungjawab peribadi. Saya telah memulakannya lebih daripada tiga dekad lalu dan sememangnya intrinsik dalam agama Islam," katanya dalam satu kenyataan. 
Putera Alwaleed berharap derma itu akan membantu memupuk persefahaman budaya, membangun masyarakat, membantu memperkasakan kaum wanita, mendayakan belia, menyediakan bantuan bencana dan mendorong dunia supaya menjadi lebih bertolak ansur dan menerima. 
Sumbangan itu akan mengambil masa beberapa tahun dan akan diselia oleh lembaga pemegang amanah yang turut diketuai beliau ~ AstroAwani

Kalau bukan Putera Alwaleed tu.. siapa yang murah hati sangat hingga sanggup derma USD700 Juta atau RM2.6 Billion atau bersamaan dengan RM3.010 Billion hari ini itu Ahmad Maslan?

RM3.010 Billion tu sebab USD1 = RM4.3105 dah hari ini..


Saya ‘Career Officer’ Dalam PDRM, Bukannya Macai Politik Kata Bekas Timbalan Pengarah SB Kepada Zahid Hamidi

Posted: 06 Sep 2015 05:30 PM PDT


"Saya ingin jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya 'ditendang' keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam kenyataan itu lagi, Abdul Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh tersebut.

"Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara) Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.

"Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

"Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai 'sore loser' sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri (Abdul) Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum ini beliau pernah tampil untuk menegur pentadbiran Putrajaya walaupun masih menjadi penjawat awam dan dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab berikutan melakukan sidang media tanpa kebenaran.

Beliau kini dikendaki melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS).

Dalam satu laporan lain sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pertukaran Abdul Hamid adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

Khalid berkata, pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.

"Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berkhidmat dalam PDRM adalah kerana tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi.

"Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang 'career officer' dalam PDRM dan bukannya macai politik?

"Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?" katanya lagi.

Katanya, tindakan saya melawan arus ini beliau ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masa depan saya dalam PDRM akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. "Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

"Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT," katanya lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...