Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PAS Tidak Akan Sertai Perhimpunan ‘Baju Merah’

Posted: 08 Sep 2015 09:00 AM PDT


PAS tidak akan menyertai perhimpunan 'baju merah' yang dijadual diadakan di ibu negara pada 16 September ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, parti itu berpandangan program Himpunan Rakyat Bersatu berkenaan adalah hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman yang sewajarnya diterima oleh semua pihak.

"Namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai atau mengerahkan ahli dan penyokongnya menyertai perhimpunan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Kota Baru itu, adalah keterlaluan bagi PAS untuk sekali lagi mengerahkan ahli dan penyokongnya hadir ke ibu negara pada tarikh berkenaan kerana parti itu akan mengadakan Kongres Rakyat di Shah Alam pada 12 September ini.

"PAS juga tidak mengetahui, dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur perhimpunan yang dimaksudkan. Justeru kami tidak mengetahui secara sah akan tujuan himpunan, penyertaannya, aturcara dan agenda untuk membolehkan kami menilai mahupun memberi apa-apa komitmen terhadapnya.

"Kami juga berpandangan pemilihan tarikh keramat 16 September juga bersifat eksklusif kelompok itu adalah sangat tidak sesuai, malah berlawanan dengan semangat Malaysia yang sudah sedia sinonim dengan tarikh tersebut," katanya.

Pada Isnin Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan 'baju merah' pada 16 September ini atas implikasi keselamatan.

Noor Rashid berkata setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

Media melaporkan Himpunan Rakyat Bersatu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota lapor BNBBC


Fitnah: Nurul Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap NST Dan Berita Harian

Posted: 08 Sep 2015 07:25 AM PDT


Percubaan untuk mengaitkan Pembangkang Dengan Justo adalah Percubaan Jahat Untuk Mengalihkan Tumpuan Daripada Persoalan Yang Wajib Dijawab Oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB dan "Derma" RM2.6 Billion.

Tajuk utama New Straits Times hari ini, "Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data" adalah merupakan cubaan terdesak daripada media kawalan Barisan Nasional untuk mengalihkan tumpuan daripada isu utama, iaitu 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya Parti Pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

Hari ini NST dan Berita Harian telah menjadikan pembohongan ini sebagai tajuk utama, tanpa mengendahkan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.

Saya dengan ini telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NST dan Berita Harian.

Persoalan yang utama bukanlah mengenai dokumen yang dicuri oleh Xavier Justo. Tetapi yang penting adalah mengenai kandungan dokumen tersebut, termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge berkenaan rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya, yang dikaitkan dengan 1MDB.

Persoalan 1: 1MDB telah membuat pinjaman sebanyak RM42 billion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Apakah yang telah dilakukan oleh 1MDB menggunakan wang ini?

Persoalan 2: Bagaimanakah lebih daripada US$1 billion kepunyaan usahasama PetroSaudi-1MDB berakhir dalam akaun yang dikawal oleh syarikat kepunyaan Jho Low?

Persoalan 3: Rm2.6 billion ringgit telah didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Adakah ianya benar-benar dari penderma Timur Tengah, ataupun ianya merupakan wang 1MDB?

Penyata akaun kepunyaan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan aliran wang 1MDB boleh menjawab kesemua persoalan-persoalan ini. Inilah sebab utama PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) dan pemimpin pembangkang yang lain termasuk saya sendiri telah memohon kepada mahkamah dalam saman sivil kami berkenaan pendedahan dokumen berkaitan dan yang menyusul daripada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan dan 1MDB.

Kami menuntut agar akaun bank Datuk Seri Najib didedahkan, terutamanya kerana ianya "mengandungi elemen rasuah besar" [1]; daripada bank-bank berikut -
(ii) AmIslamic Bank Berhad ("AmIslamic");
(iii) Affin Islamic Bank Berhad ("Affin Islamic"); dan
(iiii) Goldman Sachs (Malaysia) Sdn. Bhd("Goldman Sachs").

Ini merupakan persoalan dan isu sebenar yang patut dijawab oleh Perdana Menteri. Beliau patut menghentikan penggunaan media kawalan BN dan kenyataan Xavier Justo untuk mengalihkan tumpuan daripada salahlaku beliau sendiri.


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah JPRP KEADILAN


Dia Pertikai Laporan Interim MH370 Pulakdah Mahathir Niii...

Posted: 08 Sep 2015 03:00 AM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

"Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, pada Ahad.

Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Isnin.

Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

"Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir.

Pada Ahad, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.

Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas lapor mStar


Walaubagaimanapun apa yang dipertikaikan Mahathir itu ada kebenarannya.. takkanlah orang nak bunuh diri bersusah payah macam tu...


"Rosmah Banyak Menyusahkan Pegawai Saya" Kata Bekas Boss SB

Posted: 08 Sep 2015 01:05 AM PDT


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya. "Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

"Sudah tentu, dia (perlu) jawablah," katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.

Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.

Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

"Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.

"Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring," dakwanya.

Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.

"Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

"Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya," katanya.

Sementara itu, Rizal ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.

"Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid ini dulu," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...