Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahmad Maslan Kena 'Boo' Lagi.. Kali Ini Di PWTC..

Posted: 09 Sep 2015 09:00 AM PDT


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang tadi, selepas selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Lima minit sebelum itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat penyokongnya.

Salah seorang penyokong Muhyiddin yang enggan namanya disiarkan berkata, sorakan 'boo' itu kerana mereka kecewa dengan Ahmad.

"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.

"Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah," kata ahli Umno Johor itu.

Seorang ahli veteran Umno Kedah yang ditemui berkata sorakan kecewa itu memalukan.

"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di'boo' dan ada yang jerit 'menteri GST'," katanya lapor The Malaysian Insider


Kalau macam ni.. Tak lama dah la Mukhriz ni..

Posted: 09 Sep 2015 07:30 AM PDT


Ketidakhadiran 10 Ketua UMNO Bahagian di Kedah pada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri di ibu negara semalam menunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semakin kehilangan pengaruh dalam UMNO Kedah.

Keengganan 10 Ketua UMNO Bahagian Kedah menghadiri mesyuarat itu juga merupakan satu tamparan kepada kredibiliti kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Ia juga berkemungkinan petanda paling jelas betapa tempoh beliau sebagai Menteri Besar dan pemimpin nombor satu UMNO Kedah semakin menghampiri titik noktahnya, menepati spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang akhir-akhir ini.

Bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, apa yang berlaku semalam boleh disimpulkan dengan lebih tepat sebagai 'undi tidak percaya' oleh kepimpinan UMNO Kedah terhadap Mukhriz.

"Ia (ketidakhadiran Ketua UMNO Bahagian Kedah) macam undi tak percaya pada Mukhriz," katanya dan menambah, ia hanya akan memburukkan lagi krisis kepimpinan yang sedang berlaku di Kedah.

Ahmad merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Mukhriz di Kedah dan telah beberapa kali meminta anak bekas Perdana Menteri keempat itu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Bekas setiausaha Barisan Nasional Negeri serta bekas exco itu adalah pemimpin yang mahukan Mukhriz meletakkan jawatan berikutan kegagalannya menyokong secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah semalam itu, lima Ketua Umno Bahagian di Kedah yang hadir adalah Mukhriz (Jerlun), Datuk Abdullah Hashnan (Kuala Kedah), Datuk Paduka Rozai Shafian (Pendang), Said Ali Said Rastan (Pokok Sena) dan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Merbok).

Rozai juga merupakan Speaker DUN Kedah, manakala Tajul Urus merupakan anggota exco kerajaan negeri.

Antara nama-nama besar yang tidak hadir dalam mesyuarat semalam itu termasuk Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar), Datuk Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Johari Baharom (Kubang Pasu), dan Datuk Jamil Khir Baharom (Jerai).

UMNO Negeri Kedah mempunyai 15 bahagian. - MalaysiaGazette


1MDB Terkejut Bagaimana WSJ Boleh Perolehi Transkrip Prosiding PAC

Posted: 09 Sep 2015 05:30 AM PDT


1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pembayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) kepada sebuah anak syarikat dana pelaburan di Abu Dhabi.

Syarikat itu dalam satu kenyataan sebaliknya menegaskan laporan WSJ tidak menamakan sumber atau mengemukakan bukti kukuh dan sengaja mensensasikan cerita.

1MDB juga mengesahkan juruauditnya, Deloitte sudah membuat pertanyaan khusus mengenai pembayaran itu sebelum memeterai perjanjian bagi menjalankan audit ke atas akaun 1MDB.

Deloitte turut mempertahankan proses auditnya ke atas 1MDB di depan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pada masa sama, 1MDB turut melahirkan kebimbangannya terhadap maklumat sulit syarikat itu yang kononnya dimiliki WSJ.

Mereka terkejut bagaimana WSJ boleh meneliti transkrip prosiding daripada jawatankuasa parlimen yang menyelesaikan isu 1MDB yang mana hanya diketahui oleh ahli PAC sahaja.

1MDB bimbang ada ahli PAC membocorkan transkrip tersebut dan sengaja mahu mengganggu siasatan PAC terhadap syarikat itu.

Sehubungan itu syarikat berkenaan menggesa pihak berkuasa berkaitan menyiasat perkara ini dengan teliti dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memelihara proses integriti dan perintah tetap parlimen negara.

WSJ dalam laporannya menyebut International Petroleum Investment Co (IPIC) mendakwa bayaran berjumlah AS$1.4 bilion dari 1MDB kepada syarikat itu hilang.

IPIC sebelum ini menaja jamin bon AS$3.5 bilion (RM 15.14 bilion) yang dikeluarkan 1MDB untuk pembelian loji tenaga pada 2012.

Sebagai ganti, IPIC mempunyai pilihan untuk membeli 49 peratus kepentingan dalam loji tenaga itu lapor AstroAwani


Digelar Tua Dan Anti Kerajaan: Rafidah Bidas 'Kumpulan Baju Merah'

Posted: 09 Sep 2015 01:00 AM PDT


Ahli Umno veteran dan bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz membidas penganjur perhimpunan baju merah pada 16 September kerana menggelarnya "tua" dan "anti-kerajaan". 

Rafidah, yang berkhidmat dalam kerajaan persekutuan selama 32 tahun berkata, beliau mempunyai hak sebagai warganegara prihatin untuk menyuarakan pendapat mengenai isu-isu nasional termasuk perhimpunan tersebut.

"Tiada tempat di negara kita bagi sentimen perkauman sempit di kalangan mana-mana kumpulan. Tiada yang mewajarkan itu,"katanya merujuk kepada perhimpunan digelar penganjur sebagai "Himpunan Maruah Melayu".

"Janganlah kita bercakap semata-mata untuk bermuka-muka. Bercakap kerana kita cintakan negara kita melebihi segala-galanya. Bercakap kerana kita mahu kerajaan kembali memimpin negara... dan mengukuhkan ekonomi," tulis Rafidah di laman Facebooknya.

Bekas ketua Wanita Umno dipanggil "tua" dan "anti-kerajaan" oleh penganjur perhimpunan itu kerana mengkritik perhimpunan mereka yang berlangsung di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Kedua-dua kawasan yang popular dengan pelancong dan terkenal dikuasai perniaga Cina.

Polis berkata, mereka tidak akan membenarkan perhimpunan itu diteruskan lapor The Malaysian Insider


Firma Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang?

Posted: 08 Sep 2015 08:56 PM PDT


Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.

International Petroleum Investment Co (Ipic), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, Ipic mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.

Memetik draf laporan Ketua Audit Negara, WSJ mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat Ipic.

Penyata kewangan yang disatukan Ipic bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.

Memetik sumber, WSJ berkata baik Ipic ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah. Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, juga di bawah penelitian selepas mengumpul RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009, dan juga atas urus niaga meragukan.

Abu Dhabi kini cuba memutuskan hubungan dengan 1MDB, kata WSJ, dan menyusun semula Ipic yang menyediakan dana kepada syarikat pelaburan negara Malaysia itu.

Jurnal perniagaan itu berkata, urusan antara UAE dan Malaysia "menyerlahkan situasi yang jarang berlaku dalam dana negara, yang meningkat dengan ketara dari segi saiznya dan disokong kerajaan yang kaya tetapi sering kurang ketelusan".

Pada 2 Julai, WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di kalangan beberapa agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya berakhir di akaun peribadi Najib menerusi 5 deposit berasingan.

Najib menafikan menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi tetapi skandal tersebut menyebabkan masalah politik dan ekonomi.

Lebih 200,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu, menuntut penyingkiran Najib, manakala nilai ringgit jatuh kepada paras terendah dalam tempoh 17 tahun, mencecah 4.33 kepada dolar semalam lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...