Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Pengerusi Felda Pun turun Himpunan Baju Merah!

Posted: 16 Sep 2015 02:06 AM PDT


Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut turun memberi sokongan kepada 'Himpunan Merah' yang ditaja oleh kumpulan NGO Melayu. Himpunan ini dikatakan mahu menunjukan bahawa kaum Melayu juga boleh bersatu.

Setelah berapa siri demo BERSIH yang terkenal dengan baju kuning membuat himpunan, baru kali ini NGO melayu membalas dengan menyatukan kaum melayu dari negeri-negeri untuk turun berkumpul di Padang Merbok.

Gambar dari himpunan merah di tengah bandaraya Kuala Lumpur,





Gambar Terkini Himpunan Melayu Baju Merah!

Posted: 15 Sep 2015 11:36 PM PDT



Update terkini dari Kuala Lumpur, gambar kumpulan baju merah sedang berjalan untuk berkumpul di Padang Merbok.












Hari Malaysia: Rakyat Malaysia Perlu Kembali Bersatu

Posted: 15 Sep 2015 10:59 PM PDT



Sempena Menyambut Hari Malaysia, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA meminta Rakyat Malaysia mengimbau kembali masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan, sukan, diplomatik dan kebudayaan.

Kemajuan di negara kita dapat dicapai apabila rakyat Malaysia saling bersatu dan bekerjasama. Cuma sejak akhir-akhir ini kita lebih beri tumpuan kepada politik hingga tak nampak kepentingan sebenar dan tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia. Kurangkan berpolitik dalam kehidupan, kerana ianya boleh memecah-belahkan masyarakat.

Kena seimbang diantara kedua-duanya, jika terlalu berpolitik, ianya akan mewujudkan pepecahan dan menganggu pentadbiran negara. Ini yang cuba diwujudkan oleh pihak pembangkang, apabila mereka mahu pentadbiran negara kita nampak lemah, seterusnya ia mewujudkan rasa tidak percaya pada Kerajaan.

Atas sebab itu, Malaysia perlu kembali menjadi Malaysia dan rakyat Malaysia perlu bersatu dan hidup harmoni seperti mana dulu.




KENYATAAN MEDIA

OLEH YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN

Demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan


Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.

Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.

Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.

Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.

Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...