Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Posted: 17 Sep 2015 03:15 AM PDT


Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar



Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, September 16, 2015

Dibawah ini keterangan dari Exco Pelaburan negeri Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

ALOR SETAR: Kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya November ini, kata Exco Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Katanya, kajian itu dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menilai pelbagai aspek sebelum laporan diserahkan kepada kerajaan negeri nanti.

Laporan penilaian kajian cadangan pembinaan KXP itu juga akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk penilaian selanjutnya sebelum keputusan akhir diumumkan. Beliau berkata, kerajaan negeri optimis untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang itu kerana ia akan memberi manfaat kepada negeri-negeri di utara tanah air dan selatan Thailand.

"Kita akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan pusat termasuk pelaksanaan kajian yang sedang dilakukan pada masa kini. "Kerajaan negeri juga turut melantik perunding sendiri untuk melakukan kajian dan penyelidikan berhubung projek mega ini," kata Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri hari ini.

Ku Abdul Rahman berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mampu membiayai projek itu, kerajaan negeri terpaksa mencari pelabur dari China dan Jepun bagi menjayakannya. "Ini projek jangka panjang untuk membantu kerajaan negeri dan sekiranya cadangan pembinaan lapangan terbang itu tidak dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebelum ini, ia mungkin akan dimasukkan ke dalam pelan pusingan selepas tempoh dua tahun," katanya.  - MukhrizMahathirfc

SPAD Teruskan Operasi Cegah Salahlaku Teksi

Posted: 17 Sep 2015 12:39 AM PDT


Berdasarkan laporan awam dan siasatan mengenai kesalahan dan salahlaku pemandu teksi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang bertanggung jawab keatas pengangkutan awam seperti teksi, bertindak melalui Ops Tegas bagi mencegah perkara tersebut dari terus berlaku.

Pada 13 September yang lalu. SPAD menjalankan Ops Tegas dan empat teksi disita, dalam operasi di sekitar ibu kota. Operasi tersebut bermula seawal jam 10 pagi, melibatkan sembilan anggota SPAD untuk menjalankan Ops Tegas di sekitar kawasan Pudu.

Menurut jurucakap SPAD, empat pemandu teksi terbabit ditahan, kerana didapati tidak mengunakan meter, selain gagal menjalankan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Dua daripada pemandu teksi yang ditahan, menutup meter mereka dengan mengunakan kain dan mendakwa meter berkenaan tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.

Sifat tamak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih menyebabkan pemandu teksi seperti mereka sengaja tidak mengunakan meter. Tambahan pula, ditengah bandaraya Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan pelancong asing, ia memudahkan mereka menipu pelancong dengan menetapkan kos tertentu (sangat tinggi) bagi lokasi yang mahu dituju oleh pelancong tersebut.

Perbuatan seperti ini harus dicegah segera kerana ia boleh memburukan imej negara dimata pelancong asing.

Jadi Ops Tegas yang dijalankan oleh SPAD, harus diteruskan bagi mencegah perbuatan seperti itu berlaku.

Pelumba Cub Prix Felda Naik Podium Antarabangsa

Posted: 17 Sep 2015 03:06 AM PDT



Tahniah kepada pelumba Felda PB Racing kerana berjaya menaiki podium antarabangsa ditangga kedua. Tak terjangka pelumba baru dari Felda ini berjaya menjejakkan kaki ke podium secepat ini, kerana beliau adalah pelumba baru. 

Ternyata, aksi bertenaga yang ditunjukkan sewaktu saingan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Thailand, baharu ini menjadi pembakar semangat buat Fareez Afeez untuk sekali lagi menjejakkan kaki di podium menjelang pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

Pelumba Felda PB Racing itu meraih podium antarabangsa pertama sewaktu beraksi di Litar Antarabangsa Chang apabila muncul naib juara pada Perlumbaan 1 kategori Underbone 130cc menewaskan rakan senegara, Mohd Azam Omar (PETRONAS Hong Leong Yamaha) manakala juara menjadi milik juara bertahan dari Indonesia, Gupita Kresna.

Gembira dengan keputusan positif tersebut, Fareez menuju ke Teluk Intan minggu ini dengan membawa semangat juang tinggi untuk sekali lagi menjejakkan kaki di atas podium sekaligus mencerahkan peluang untuk menamatkan cabaran CP115 di kelompok tiga pelumba terbaik keseluruhan pada musim ini.

Aksi hebat Fareez

"Mendapat tempat kedua di Thailand merupakan satu kejayaan mengejutkan. Kami sama sekali tidak menyangka menaiki podium secepat ini memandangkan musim pertama pasukan kami dalam saingan ARRC. Malah berhadapan dengan pelumba handalan dan berpengalaman lain," jelas Fareez.

"Banyak yang saya pelajari dari perlumbaan tersebut. Keyakinan saya semakin meningkat dan harap ia berterusan dan dapat digunakan dalam perlumbaan di Teluk Intan, minggu ini."

"Mungkin agak sukar untuk merebut gelaran keseluruhan dari Kasma yang jauh mendahului pelumba lain di tangga teratas. Cuma, tidak mustahil untuk saya merebut kedudukan antara tiga pelumba terbaik. Saya perlu bekerja lebih keras untuk menjejakkan kaki di atas podium," tambahnya.

Selepas enam pusingan, Fareez telah mengumpul 53 mata untuk berada di tangga keempat di belakang pendahulu, Kasma Daniel (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan 120 mata diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ), masing-masing dengan 86 mata dan 69 mata.

Ternyata semangat anak muda pelumba Felda ini kuat dan hebat. Mungkinkah Felda juga akan menuruti jejak Petronas yang banyak menaja dan melahirkan pelumba tempatan dan dunia.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...