Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


FGV Terima Dua Anugerah Berkaitan Dengan HR!

Posted: 23 Sep 2015 02:37 AM PDT


Tahniah diucapkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV)  Nampaknya FGV terus mendapat pengikhtirafan dunia. Jika pengurusan kerja yang bagus dan mengikut spefikasi, sudah tentu orang akan memberi penghargaan dan menjadikan ianya contoh terbaik.

FGV diberikan pengiktirafan dalam bidang pengurusan sumber manusia apabila menerima dua anugerah utama dalam majlis berprestij, Anugerah Sumber Manusia 2015.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan FGV Mohd Najid Md Yahya menerima anugerah itu bagi pihak FGV pada majlis yang berlangsung Khamis lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata semua ini kerana FGV komited terhadap kecemerlangan dalam HR dan memperakui pentingnya pengurusan bakat dalam menjayakan visi untuk menjadi antara 10 penggiat utama dalam perniagaan berkaitan pertanian di dunia.

Jika dunia mengikhtiraf syarikat dari Malaysia, kenapa kita tidak?

"FGV mempunyai lebih 55,000 tenaga pekerja di Malaysia dan di luar negara, termasuk pekerja asing yang bertugas di ladang-ladang. Ramai pekerja memiliki tahap kemahiran yang pelbagai di kawasan bandar dan luar bandar, yang menjadi lokasi operasi perniagaan kami.



"Bagi membangunkan syarikat yang kukuh, kami perlu memastikan sumber manusia kami diurus dengan baik. Pengurusan sumber manusia kami perlu sentiasa mengetahui trend terkini serta isu-isu membabitkan pekeja," katanya dan menambah ini termasuk pembangunan kerjaya serta kebajikan pekerja.


Mungkin ada yang kata anugerah ini hanya biasa-biasa saja. Sebenarnya, anugerah ini dihoskan oleh Human Resources, sumber berita berkaitan HR utama Asia, dan dinilai oleh panel pengarah-pengarah HR di seluruh Asia, anugerah itu ditaja oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Talent Corporation Malaysia.

Anugerah ini membuktikan syarikat Malaysia mempunyai pengurusan yang bertaraf dunia dan mampu untuk bersaing dengan syarikat ternama yang lain.

''Wabak Rabies'' Kedah Sedia Dengar Nasihat Veterinar - Mukhriz Mahathir

Posted: 22 Sep 2015 11:29 PM PDT



1- YAB DS Mukhriz menasihatkan pemilik anjing mengurung haiwan peliharaan mereka itu di dalam sangkar bagi membendung penularan wabak berkenaan yang dibawa anjing-anjing yang telah dijangkiti terutamanya anjing-anjing liar.

2- Kerajaan Negeri menyokong hasrat Jabatan Veterinar untuk memohon penambahan vaksin wabak rabies dan Kerajaan Negeri bersedia berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia agar permintaan Jabatan Veterina dapat dipenuhi.

3- Kerajaan Negeri bersedia mendengar nasihat Jabatan Veterinar didalam membendung penularan wabak ini.


Sidang Media YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkenaan kes penularan "Wabak Rabies" atau dikenali penyakit anjing...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, 20 September 2015

SPAD Sita Teksi Palsukan Kad Pemandu!

Posted: 22 Sep 2015 10:22 PM PDT

Teksi yang ditahan kerana tidak mengunakan meter dan memalsukan kad pemandu

Walaupun penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat sering kali melakukan operasi terhadap pemandu teksi, menyediakan perkhidmatan 'MeterOn' untuk cegah salah laku, namun masih ada pemandu teksi yang berdegil dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Kesalahan yang paling ketara ialah, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter malah mengenakan caj berlebihan dan menggunakan meter yang diubah suai merupakan antara rungutan tertinggi di kalangan penumpang teksi di Malaysia.

Kira-kira 72.2 peratus penumpang memberikan maklum balas negatif terhadap perkhidmatan teksi, dengan kebanyakannya atau 30.3 peratus mengadu mengenai meter dan caj berlebihan.

Ia berdasarkan maklum balas daripada 611 penumpang yang menggunakan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan teksi, MeterOn antara 24 Mac dan 2 September lalu.

Aduan lain yang sering dikemukakan pengguna ialah sikap pemandu dengan 26.8 peratus memberi komen. Sikap pemandu itu termasuk keengganan mereka untuk mengambil dan menghantar penumpang ke kawasan tertentu.

Antara aduan lain ialah kad pemandu yang tamat tempoh, menggunakan laluan lebih jauh dan gagal untuk memaparkan kad pemandu.

Disebabkan laporan seperti itulah menyebabkan SPAD terus membuat rondaan dan operasi dari masa kemasa, tempohari penguatkuasa SPAD telah menahan tiga buah teksi ketika sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar Brickfields.

Tiga teksi yang ditahan itu, salahsatunya didapati meletakkan kereta ditempat yang tidak dibenarkan dan dua lagi masing-masing dikesan tidak mengunakan meter dan juga mengemukakan kad pemandu yang palsu.

Disebabkan mereka mengunakan kad pemandu yang palsu, SPAD terpaksa mengambil tindakan sita terhadap kedua pemandu teksi tersebut, untuk siasatan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan tersebut, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

SPAD akan terus membuat rondaan dan tindakan penguatkuasa akan sentiasa dibuat melibatkan semua kawasan dalam satu usaha memastikan pemandu teksi sentiasa mematuhi peraturan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...