Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Pakatan Harapan? Pelik dan Aneh?

Posted: 23 Sep 2015 12:44 PM PDT




Penubuhan Pakatan Harapan menimbulkan banyak persoalan kepada kita tentang hubungan parti Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat sudah tidak wujud, bukankah Kerajaan Selangor juga akan terjejas?

Pendapat penulis dikongsi bersama dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Terkilan, aneh lagi ganjil", itulah komen pertama yang keluar daripada Dr Wee, apabila beliau diminta untuk memberi komen tentang penubuhan gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan.

Beliau mempertikaikan sekiranya Pakatan Rakyat telah pupus, kenapakah Kerajaan Selangor masih mengharapkan gabungan PKR, DAP dan PAS untuk memerintah negeri itu.

Dr Wee berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat 'MCA Education Consultative Committee' di Wisma MCA pagi tadi.

Untuk pengetahuan semua, PAS tiada dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan hanya terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Nasional (nama baru bagi Gabungan Harapan Baru yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan).

Jika Pas tidak lagi bersama Pakatan pembangkang ini bermakna Dap tidak lagi perlukan Pas. Cuma di Selangor mereka masih perlu kerana takut Kerajaan hasil gabungan PR dulu jatuh ke tangan BN bila Pas tidak lagi bersama.

Apa yang terjadi di Selangor sekiranya pembangkang mahukan PAS di peringkat negeri untuk menubuhkan Kerajaan, mereka akan bersatu padu. Sebaliknya, sekiranya PAS tidak lagi diperlukan di peringkat pusat, parti berkenaan akan dibuang begitu sahaja.

Dr Wee juga mempertikaikan bagaimana gabungan baru Pakatan Harapan ini boleh menerima 'kahwin campur' yang melibatkan serpihan dari PAS. Beliau menambah, hanya Rakyat yang akan menilai di mana perginya semangat Pakatan Rakyat dan semangat setiakawan di antara mereka. Beliau ibaratkan gabungan ini seperti pasangan yang belum dicerai talak tiga, pasangannya sudah mencari penganti yang baru.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...