Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


SPRM beri amaran kepada 'macai'..

Posted: 01 Oct 2015 09:14 AM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran bahawa tidak ada sesiapa tanpa mengira pangkat dan darjat yang akan terlepas daripada siasatan suruhanjaya bebas berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan dan latar belakang.

"Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan juga pemimpin politik," katanya sewaktu berucap di Majlis Penamaan Moot Court Kevin Morais pada Khamis.

Abu Kassim turut memberi amaran bahawa walau apa juga usaha untuk mengagalkan siasatan pihak SPRM, ia tidak akan berjaya kerana perbuatan keji tersebut tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman.

"Kepada yang jadi macai atau mereka yang bersubahat, cuba mengagalkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah, ingatlah apa juga upah atau imbuhan yang diperoleh, tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan.

" Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat. Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji oleh masyarakat," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan sewaktu menjalankan tugas, pelbagai cabaran yang suruhanjaya bebas itu hadapi demi menegakkan undang-undang.

"Ada yang kehilangan jawatan, ada yang kehilangan nyawa, ahli keluarga. Bahkan, ada juga anggota penguatkuasa yang diugut, diancam dan diseksa hanya kerana tidak mematuhi atau memenuhi kehendak pihak tertentu," katanya.

Jelasnya lagii, situasi yang dialami oleh mendiang Anthony Kevin Morais adalah sebagai satu cubaan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan pegawai-pegawai SPRM.

"Mereka sanggup menggunakan apa saja cara untuk menghalang siasatan," katanya lapor Free Malaysia Today


Timbalan Menteri nak lempang Cina sebab mengadu kat Negara China?

Posted: 01 Oct 2015 01:00 AM PDT


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.

"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia.

"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.

"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.

"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.

Huang semalam mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.

Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.


Akhirnya Zahid Hamidi menjawab juga..

Posted: 30 Sep 2015 11:38 PM PDT


"Saya kesal bila kunjungan rasmi saya ke Indonesia dikaitkan dengan majlis perkahwinan anak seolah-olah saya mengambil kesempatan untuk menghabiskan duit kerajaan."

Itu tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung berita yang mengatakan perkahwinan anaknya di Indonesia sengaja dirancang pada tarikh kunjungan rasminya ke Indonesia.

Apabila berkunjung atas tugasan rasmi, Zahid dan rombongannya dikatakan tidak perlu keluar duit untuk ke majlis tersebut kerana semuanya ditanggung kerajaan.

"Orang yang tak tahu cerita sebenar, bila buat cerita tokok tambah, maka beginilah jadinya hingga nama saya jadi tidak elok. Yang sebenarnya, anak lelaki saya telah pun berkahwin dengan seorang gadis Indonesia pada awal bulan September dan majlis meraikan mereka telah pun diadakan.

"Kebetulan saya ada kunjungan rasmi ke Indonesia pada dari 18 hingga 21 September lepas dalam misi menjalin hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN. Apabila besan saya dapat tahu saya akan ke Indonesia pada tarikh tersebut, dia pun buatlah majlis di tempatnya sementara saya berada di sana," katanya di sini hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, tidak ada siapa yang taja, tiada ada yang tanggung majlis perkahwinan tersebut tetapi yang jadi cerita adalah sebaliknya.

"Itu bukan majlis saya tetapi besan saya mengmbil kesempatan untuk mengadakannya ketika saya kebetulan berkunjung ke Indonesia. Saya tahu siapa yang buat cerita dan saya ingin tekankan di sini, jangan bermain dengan kata-kata yang tidak benar.

"Kalau tak tahu apa-apa, jangan buat cerita. Sebaiknya jumpa saya untuk mendapat cerita sebenar daripada membuat cerita yang mengarut," tegas Zahid.

Tambahnya, kalau majlis tersebut memang dirancang, dia pasti mengambil cuti dan akan membawa seluruh kaum keluarganya untuk meraikan anak dan menantunya di Indonesia.--MalaysiaGazette


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...