Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selepas tambang LRT dan Monorel naik.. Kadar Tol juga naik..

Posted: 12 Oct 2015 02:19 AM PDT


Mengelak dari menggunakan perkataan 'Tambang Naik' Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Penyelarasan tambang baharu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel akan diumumkan pada hujung bulan ini.

Bila dia kata macam tu.. macai-macai tentu tak marah sebab yang mereka faham ialah 'Pelarasan Tambang Baru' bukannya 'Tambang Naik'..

Hamid Albar juga berkata mesyuarat Kabinet meluluskan kertas cadangan berhubung penyelarasan tambang baharu baru-baru ini dan SPAD sedang mengadakan perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum membuat pengumuman berkenaan menjelang 31 Oktober ini.

Maknanya walaupun muka Najib memenuhi dinding beberapa Monorel dan Bas sebelum PRU13 lalu dengan kata-kata"Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup.. lepas PRU dia tak dengar dah..

Alasannya "Orang ramai berminat untuk mendapatkan khidmat terbaik, jadi bagi kita sentiasa wujud elemen kos dalam usaha untuk menawarkan khidmat terbaik dalam pengangkutan awam,"

Selepas Monorel dan LRT unumkan nak naik harga.. pemegang-pemegang konsesi lebuhraya pula mengumumkan kadar tol akan dinaikkan..

Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.

Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3. 
ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini. 
Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40. 
Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3. Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). 
Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). 
Kadar berkenaan naik antara 40 sen hingga RM2.10 lapor Malaysiakini

Bagaimanapun menurut beberapa sumber.. macai-macai akan dikecualikan dari kenaikkan ini dengan syarat mereka menunjukkan kad keahlian mereka di plaza-plaza tol yang dilalui mereka..

Mahathir angkat geng bantah penahanan Matthias Chang dan Khairuddin di bawah SOSMA

Posted: 11 Oct 2015 11:25 PM PDT


Makin menarik pertembungan antara Mahathir dan Najib ni.. semuanya berpunca dari sebuah Syarikat yang bernama 1MDB yang diilhamkan oleh Najib..

Dalam satu sidang media yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini selain Mahathir, musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadir.

Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Dalam sidang media itu Mahathir mengatakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sepatutnya untuk pengganas.

"SOSMA untuk pengganas. Sekarang ia menakutkan rakyat. Mereka tidak melakukan sesuatu yang ditakrif sebagai sabotaj kerajaan," kata Tun Mahathir.  
"Kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.  
"Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," kata Dr Mahathir.  
Ditanya berkenaan apa yang harus dilakukan oleh kerajaan pada masa ini, Dr Mahathir berkata kerajaan harus membebaskan kedua-dua individu tersebut.  
"Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambiol apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," katanya.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir dalam sidang media itu menggesa semua ahli UMNO di setiap peringkat untuk lebih berani menyuarakan pandangan serta kegusaran mereka terhadap pentadbiran dan kepimpinan parti itu.


Tegas Muhyiddin, ahli UMNO yang mempunyai sebarang pandangan mahupun kegusaran mereka sepatutnya tidak takut untuk berdepan sebarang tindakan yang akan dikenakan.

Malah katanya, langkah itu merupakan perkongsian pandangan dan idea dan bukannya tindakan yang menentang.

"Saya minta mereka lebih terbuka suarakannya. Dalam mesyuarat, suarakan. Jangan takut dengan kesannya, jika mereka lakukan perkara yang betul.  
"Ramai yang tidak bersedia bersemuka, takut dengan tindakan, takut digugurkan atau dipecat. Bagi saya itu tidak patut berlaku.  
"Ahli UMNO perlu tampil ke depan, bukan menentang, tapi menyuarakan isu pokok," katanya pada sidang media itu..

Bagaimanapun, beliau pada masa sama mengakui budaya parti Melayu itu lebih cenderung untuk memendam perasaan.

Selain itu, Muhyiddin berkata, ahli UMNO berperanan membawa suara mereka untuk didengar kerana mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Peranan UMNO, mesti ada suara yang melihat ini sebagai isu penting kerana kita sebahagian daripada kerajaan.  
"Saya tidak fikir ahli parti harus takut atau bimbang," 

Diminta mengulas berkenaan tujuan beliau hadir sama pada sidang media tersebut, Muhyiddin berkata hasrat yang dibawa oleh Dr Mahathir seiring dengan pandangannya.

"Saya yakin dengan apa yang disebutkan oleh Tun Mahathir, satu perkara benar. Saya pegang pada prinsip keadilan.  
"Walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti, ia tidak halang saya, lebih-lebih lagi kalau ia membabitkan kepentingan rakyat," jelas Muhyiddin.

Laporan dipetik dari Astro AWANI

Tapi.. Muhyiddin kena faham.. mana ada dalam UMNO sekarang ni yang berani bersuara demi kebenaran..

Mereka sanggup membutakan mata memekakkan telinga asalkan tembolok mereka penuh..


Perwakilan MCA gesa Najib berundur berhubung skandal RM2.6B

Posted: 11 Oct 2015 08:26 PM PDT


Selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Pemuda MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan skandal RM2.6 bilion sekali lagi menjadi isu panas di AGM MCA.

Seorang perwakilan menggesa kepimpinan MCA untuk secara terbuka menggesa peletakan jawatan Najib, manakala seorang lagi bertanya sama ada MCA mendapat bahagiannya dari "dana politik" RM2.6 bilion itu.

Perwakilan Cheras, Heng Sinn Yee berhujah bahawa MCA perlu mengambil tindakan untuk mengetahui sama ada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri menutup isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.

"(Najib) telah menerima berbilion-bilion ringgit, tetapi tidak mengisytiharkan, dan malah beliau memindahkan dana itu ke dalam akaun bank peribadinya," katanya.

Selain itu, dakwanya, berlaku salah guna kuasa satu lepas satu; penggantian timbalan perdana menteri dan peguam negara; rombakan kabinet dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurutnya, sesiapa sahaja akan percaya bahawa terdapat perkara-perkara yang mencurigakan berlaku.

Menurut Heng lagi, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berdepan dengan kemungkinan disaman selepas selepas secara terbuka menuntut peletakan jawatan Najib, tetapi Ling telah mencabar Najib berjumpanya di mahkamah.

Bagaimanapun, MCA berkata ia adalah "kenyataan peribadi" Ling dan menjauhkan diri dari bekas presiden MCA itu.

Pendirian itu, tegas Heng, telah mengecewakan rakyat.

Oleh itu, beliau menggesa MCA supaya mengikut tuntutan rakyat dan secara terbuka menuntut penjelasan Najib mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.

MCA, tambahnya, perlu menjadi parti politik yang bertanggungjawab dan meminta Najib menjelaskan isu 1MDB dan dana yang tidak diketahui yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

Menurutnya lagi, MCA sepatutnya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan membiarkan SPRM, Bank Negara dan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka secara bebas dan tanpa gangguan.

'Berapa banyak MCA dapat?'

Sementara semua perwakilan mensasarkan Najib dan skandal RM2.6 bilion, perwakilan Pulai, Tan Man Lee mengemukakan satu soalan yang menarik kepada kepimpinan MCA.

Najib, katanya, telah mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan politik" untuk pilihan raya umum ke-13.

"Saya ingin mengemukakan satu soalan kepada pemimpin di atas pentas, yang juga merupakan soalan yang membingungkan satu juta ahli MCA.

"PM pernah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik dan sumbangan ini telah dibelanjakan untuk PRU13.

"Menurut PM, RM2.6 bilion telah diperuntukkan kepada ahli parti masing-masing. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kepimpinan kita? Berapa banyak yang anda dapat," tanya Tan lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...