Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pasal kartunis pun Najib nak bohong?

Posted: 13 Oct 2015 09:30 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. tidak bercakap benar dan mengelak dari menyentuh masalah kekangan kerajaan terhadap kartunis dalam ucapannya dalam majlis Anugerah Kampung Boy 2015 untuk kartunis di Putrajaya malam tadi.

Najib dipetik media sebagai berkata, bahawa kerajaan membenarkan kartunis menyentuh isu politik.

Ini adalah pembohongan nyata kerana di bawah pemerintahan beliau, karya-karya kartun politik diharamkan dan kartunis politik ditangkap, seperti dalam kes saya sendiri.

Dalam ucapan itu juga, Najib menasihati kartunis supaya tidak cuba mengikut gaya lukisan oleh kartunis Charlie Hebdo yang tidak sensitif dalam isu agama.

PM tak perlu merawang jauh tentang Charlie Hebdo kerana kartunis-kartunis di Malaysia menghormati sensitiviti agama dan kaum kerana itu ia bukan isu di negara ini.

Isu besar yang kartunis hadapi ialah sempitnya ruang berekspesi kerana kekangan undang seperti Akta Hasutan dan juga Akta Mesin Cetak & Penerbitan.

Akta-akta ini adalah senjata kerajaan yang menyebabkan kartunis-kartunis tidak berani mengkritik perlakuan rasuah seperti skandal 1MDB dan isu berbilion ringgit dalam akaun peribadi Najib sendiri.

Ini menyebabkan kartunis-kaertunis gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pengritik kerajaan. (goverment of the day).

Kartun lucu, tetapi tindakan kerajaan menyekat kartunis lebih lucu.

Akta-akta ini juga menyebabkan akhbar-akhbar arus perdana tidak berani menyediakan ruang untuk kartunis-kartunis yang bersikap kritikal dalam akhbar mereka dan ini membunuh aspirasi kartunis-kartunis baru.

Ia jauh berbeza dengan amalam kerajaan Asean lain seperti Indonesia dan Filipina, malah Myanmar sejak akhir-akhir ini.

Saya mengalu2kankan pengumuman Najib bahawa kerajaan akan memperuntukan sebuah 'rumah' bagi kartunis mempamerkan karya mereka selain dijadikan tempat berkumpul. Namun, kaedah "BR1M-styled" dan bukanlah penyelesaian kepada masalah yang melanda industri kartun di Malaysia.

Selain dari penapisan dari kerajaan, industri kartun tanahair menghadapi masalah kebanjiran penerbitan kartun-kartun dari luar terutama dari Hong Kong dan Jepun yang menyebabkan beberapa majalah kartun tempatan terpaksa gulung tikar dan juga semakin tidak laku.

Saya difahamkan ratusan permit dilulus oleh KDN bagi majalah kartun dari Hong Kong dan Jepun setiap tahun. Kerajaan mengambil langkah tegas mengawal kemasukkan majalah-majalah seperti ini bagi menlindungi industri dan juga kartunis tempatan.

Cukuplah Najib untuk menasihati kartunis. Saya ingin menasihati Najib supaya segera menghapuskan akta Akta Mesin Cetak & Penerbitan serta Akta Hasutan. Wujudkan ruang berekpresi yang luas kepada kartunis.

Zunar Kartunis Politik
13 Oktober 2014


Jangan naik harga barang hanya kerana tol naik – Menteri

Posted: 13 Oct 2015 07:30 AM PDT


Peniaga diingatkan agar tidak menjadikan alasan kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya bermula Khamis ini untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kenaikan kadar tol yang diumumkan kerajaan hanya melibatkan lebuh raya tertentu khususnya di sekitar Lembah Klang.

"Kenaikan ini bukan semua tol, tapi hanya lebuh raya dalam bandar sahaja. Berapa banyak lori yang pakai lebuh raya ini.

"Jadi kenapa dia (peniaga) nak naikkan harga barang. Berapa peratus sahaja lebuh raya yang naik, dia kena buat kiraan," katanya yang dipetik daripada sebuah laman portal pro kerajaan.

Beliau menghadiri majlis Pra-Pelancaran Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia pada Selasa.

Hamzah menegaskan, kenaikan kadar tol sebenarnya bertujuan membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan serta kemudahan kepada rakyat pada masa akan datang.

Beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol berkuat kuasa Khamis ini.

Antara lebuh raya itu berkenaan ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA) lapor Free Malaysia Today


.... Menteri naikkan harga tol boleh.. peniaga nak naikkan harga barang tak boleh?


"Kami akan kurangkan kadar tol" janji Najib.. bila tol naik Mahathir pulak yang salah?

Posted: 13 Oct 2015 12:45 AM PDT


Gambar di atas adalah gambar yang telah dirakam pada 6 April 2013 di Majlis Pelancaran Aku Janji BN PRU13..

Jelas tertera aku janji Najib yang mengepalai BN iaitu " Kami akan kurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat demi kesenangan rakyat Malaysia..

Janji demi memancing undi.. dan umpannya dimakan oleh macai-macai.. oleh itu merekapun mengundilah BN dan berkempenlah macai-macai untuk BN bermati-matian..

Malangnya.. setelah PRU13 berakhir dan kuasa masih ditangan BN.. janji tinggal janji.. kadar tol yang dijanjikan hendak diturunkan dinaikkan pula dengan alasan nak bina lebih banyak Sekolah, Masjid dan Hospital..

Menariknya bila Najib dan BN memungkiri janji.. macainya menyalahkan Mahathir pula.. kah..kah.. kah..

Ini memang mentaliti biasa segelintir orang Malaysia setiap kali ada kenaikan, apa jenis kenaikan punlah. Bagi kelompok ini, hidup mereka dari atas ke bawah memang ditentukan kerajaan, walhal kita pun tahu realitinya tidak begitu. Nanti Khamis, bila kenaikan itu dikuatkasakan, tol-tol yang terlibat penuh macam biasa jugak. 
Tapi penulis nak ingatkan bahawa tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan untuk menghalang kenaikan yang SUDAH 7 TAHUN TERTANGGUH. Perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari tangan-tangan terdahulu yang tidak memberi ruang yang banyak untuk bertindak. 
Perjanjian konsesi itu memang direka sedemikian rupa – macam mana cara pun diakhirnya rakyat yang kena. Penulis tak payah bersusah payah pun nak kaji satu-satu perjanjian konsesi ini untuk tahu siapa dalang. Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain, selain Tun Mahathir – bapa konsesi negara. 
Dialah yang menganjurkan konsep swasta bina – kerajaan anugerah konsesi – rakyat bayar. Setiap 3 tahun sekali, kadar tol akan dikaji (naiklah tu), dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Konsep hampir sama diamalkan dalam perjanjian IPP, ini semua cara untuk pastikan siapa individu pun yang dapat konsesi itu, kaya. 
Mana-mana Perdana Menteri selepas itu, inilah perjanjian yang mengikat. Mahathir dah pastikan dulu ketika semua perjanjian ini dibuat, syarikat konsesi tidak akan mengalami kerugian. Kalau tak rakyat tanggung, kerajaan tanggung (guna duit rakyat jugalah), mana ada ruang untuk rugi? 
Jadi rakyat perlu ucap terima kasih kepada Mahathir kerana legasi yang ditinggalkannya ini. Dia memang bijak dan membawa banyak kemajuan ke negara ini, tak perasan harga kepada semua kemajuan itu, kita (rakyat) lah yang membayarnya, bukan percuma - MyKmu

Kalau tak boleh nak kurangkan kadar tol.. mengapa berjanji?


Kerajaan dedahkan sebab tol dinaikkan..

Posted: 12 Oct 2015 10:05 PM PDT


Sudah-sudahlah nak perbodohkan rakyat tu.. (kecuali macai) dulu bila Kerajaan nak laksanakan GST jawapan yang diberikan kepada rakyat pun sama juga dengan alasan naikkan tol ni..

Alasan untuk mengenakan GST ialah untuk membina sekolah, masjid dan pusat-pusat ibadat untuk bukan Islam.

Serta membina hospital, klinik dan menyediakan perubatan serta rawatan untuk memelihara kesihatan rakyat.

Dan membina kemudahan awam untuk keselesaan rakyat seperti pusat rekreasi, pasar, infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, kemudahan letrik, bekalan air dan sebagainya.

Sekarang bila dinaikkan tol pula alasannya Kerajaan tak mahu bayar pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya sebabnya nak gunakan wang pampasan itu untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada, menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih sekolah dan sebagainya.

Nak buat Sekolah.. nak baiki jalan.. nak bina lebih banyak kemudahan kesihatan rupanya..

Tak cukup ke dengan apa yang dah dikutip melalui GST tu hingga rakyat (kecuali macai) dibebankan lagi dengan kenaikkan kadar tol ini?

Tapi berapa banyak Hospital, Sekolah dan Masjid yang dah dibina menggunakan duit cukai dari GST tu?

Dulu tak adapun GST.. tapi boleh pulak Kerajaan bangunkan Sekolah, Masjid, Hospital dan berbagai lagi kemudahan.. tapi kenapa sejak Najib jadi PM ni kerajaan terpaksa laksanakan GST dan menaikkan tol untuk menampung perbelanjaan untuk pembangunan tu?

Laporan berkaitan..

Kadar tol di 10 lebuh raya akan dinaikkan secara drastik berkuatkuasa Khamis ini kerana kerajaan memutuskan tidak lagi bagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terbabit sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.  
Menurut Kementerian Kerja Raya, wang berkenaan boleh digunakan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya.  
Kenyataan itu juga menyebut kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1.5 bilion sebagai pampasan kerana tidak membenarkan kenaikan harga tol sejak 2008. 
"Kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain yang boleh memberi kesan pengganda (multiple effect) kepada ekonomi negara yang seterusnya boleh memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.  
"Umpamanya, ia boleh digunakan untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada, menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih sekolah dan sebagainya," petik kenyataan itu lagi lapor Malaysiakini

RM1.5 Billion saja?.. Suruh Najib mintak derma laa kalau setakat banyak tu..

Siapalah yang draft perjanjian bodoh tu.. dah nak berniaga adatlah ada kala untung ada kalanya rugi.. Ini tidak, nak berniaga tapi mahu untung saja..

Untungnya jadi kroni yaa.. berniaga tapi dijamin tak akan rugi..

Macai pun untung jugak sebab dapat diskaun.. ha.. ha..ha..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...