Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Saifuddin Abdullah sertai PKR?.. Betoi ka?

Posted: 14 Oct 2015 09:30 AM PDT


Ini bukan kali pertama nama bekas Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini diwar-warkan akan menyertai PKR tapi dah kali kedua..

Kali pertama hari tu nama Saifuddin Abdullah disebut-sebut akan menyertai PKR berikutan dengan beredarnya jemputan ke sebuah sidang media untuk mengumumkan penyertaan seorang bekas pimpinan kanan parti komponen BN ke dalam PKR.

Bila sidang media diadakan ternyata khabar angin itu kekal sebagai khabar angin sebab yang menyertai PKR pada awal bulan lalu bukanlah Saifuddin tapi benas pemimpin BN dari Sabah..

Hari ini tersebar lagi dakwaan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu akan menyertai PKR tersebar meluas di laman sosial dan applikasi WhatsApps.

Bagaimanapun terdapat percanggahan maklumat dalam mesej yang disebarkan itu sekaligus membuktikan dakwaan berita itu meragukan.

Mengikut jemputan yang dihantar kepada media, PKR mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan penyertai bekas pemimpin UMNO ke dalam parti itu di Ibu Pejabat PKR di Tropicana.

Manakala maklumat yang disebarkan menerusi WhatsApps pula mendakwa pengumuman penyertaan Saifuddin ke dalam PKR akan diadakan di Bangunan Manulife Damansara Height.

Ini laporan oleh Malaysiakini..

PKR esok dijadual mengumumkan kemasukan pemimpin Umno ke dalam parti itu.

Ia dijadual diumumkan oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam sidang media ibu pejabatnya di Petaling Jaya pada tengah hari esok.

Individu itu tidak dinamakan tetapi ramai membuat spekulasi bahawa ia adalah bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah.

Beberapa pemimpin PKR telah memuat naik poster berkaitan di Internet.

Malaysiakini sudah menghubungi Saifuddin bagi pengesahannya dan masih menunggu jawapannya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika dihubungi enggan mengesahkannya tetapi tidak menolak secara pasti.

"Pengumuman esok. Saya tak kata ya atau tidak," katanya ketika ditanya sama ada orang itu Saifuddin.

Terus diasak beliau berkata tidak dapat membuat sebarang kenyataan tetapi memberi bayangan individu itu tewas dalam pilihan raya umum lalu.

"Beliau kalah dalam pilihan raya umum lalu," katanya sambil ketawa.

Saifuddun sebelum ini kecundang di tangan calon PAS Nasruddin Hasan di Temerloh.

Saifuddin sorang ke dari UMNO/BN yang kalah dalam PRU13 hari tu?.. ada orang lain kot..

Apapun sama-samalah kita tunggu sidang media oleh Presiden PKR tengahari esok...


Siapa sebenarnya sabotaj sistem perbankan negara soal Muhyiddin

Posted: 14 Oct 2015 08:17 AM PDT


Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pendiriannya yang sama sekali tidak berubah tentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau merujuk beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa beliau telah bercanggah dengan pendiriannya sendiri yang menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika Rang Undang-Undang (RUU) SOSMA dibentangkan di Parlimen.

"Pendirian saya tidak pernah berubah. Saya menyokong SOSMA untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

"Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan SOSMA yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang," kata Muhyiddin dalam kenyatan itu.

Menurut beliau, tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan SOSMA.

Menyifatkan tindakan itu sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin, Muhyiddin menegaskan bahawa pendiriannya adalah selari dengan jaminan kerajaan sewaktu akta itu digubal.

Akta itu pada awalnya menjamin 'tidak akan disalah gunakan untuk tujan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan'.

"Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah? Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?

"Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap? Apakah pemimpin UMNO harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?" soal beliau.
Khairuddin dan Chang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi - pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Peranchis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, jika sabit kesalahan lapor Astro AWANI


SPRM tidak pernah kata 1MDB tidak disiasat..

Posted: 14 Oct 2015 05:30 AM PDT


Mula-mula kita baca dulu petikan dari sebahagian kenyataan dari 1MDB yang telah disiarkan oleh Astro Awani awal hari ini yang mendakwa kononnya 1MDB tidak disiasat.

"Secara rumusan, selepas mengkaji semula semua dokumen berkaitan kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk termasuk borang permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB dan surat BNM yang berkaitan, dengan menggunakan undang-undang yang mengawal perkara berkenaan, telah mengesahkan bahawa "tiada kesalahan telah dilakukan" oleh 1MDB.

"Pengesahan ini mengukuhkan kenyataan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 September 2015 yang 1MDB tidak disiasat.

"1MDB terus bekerja rapat dengan Jabatan Audit Negara untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk laporan akhir, yang akan dibentangkan pada akhir tahun kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Tony."

"Tiada kesalahan telah dilakukan" oleh 1MDB dan 1MDB tidak disiasat katanya..

Berikut adalah laporan penafian dari pihak SPRM mengenai kenyataan dari 1MDB yang mendakwa pihak mereka tidak disiasat..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, pihaknya tidak pernah menyatakan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disiasat, seperti kenyataan media yang dikeluarkan syarikat pelaburan negara itu pada Rabu. 
Dalam maklum balas segera, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata, dalam kenyataan media bertarikh 22 September 2015, pihaknya hanya menyebut bahawa 'SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB'. 
"Dalam kenyataan itu, SPRM menyebut bahawa isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM. 
"Perkara ini juga jelas susulan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, semalam," jelas Rohaizad yang turut menekankan bahawa perkara itu telah diperjelaskan sebelum ini menerusi kenyataan media bertarikh 5 Ogos 2015. 
Dalam pada itu SPRM turut berharap supaya mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM telah membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB ~ Astro Awani



Tol naik: Laa aku ingatkan Ahi UMNO gembira.. tidak rupanya..

Posted: 13 Oct 2015 10:01 PM PDT


Apa nak buat.. nasi dah jadi bubur.. itulah nak sokong sangat UMNO/BN tu dalam PRU13 hari tu..

PR janji nak hapuskan tol tak nak.. nak sokong jugak UMNO/BN tu.. nak bayar jugak tol tu..

Sekarang bila dah terasa terbeban baru nak merungut..

Itulah lain kali fikir jauh sikit.. jangan sebab dapat upah yang tak berapa sen tu .. mati-mati nak sokong UMNO/BN jugak..

Upah tu boleh tahan berapa hari?.. lainlah kalau Najib bagi sorang sikit derma RM2.6 Billion yang dia dapat tu..

Tidakkah itu bodoh namanya?

Selesa atau tidak tunggulah lagi dua tahun, sekarang ni katalah apapun.. buatlah apa pun.. Najib peduli apa?

Rakyat nak makan rumput atau nak makan pasir sekalipun dalam akaun dia dah ada RM2.6Billion duit derma tu.. 7 keturunan makan tak habis..

Bacalah apa yang Malaysiakini laporkan ini..


Anggota Umno akar umbi jelas tidak selesa dengan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya yang berkuatkuasa esok.

Malah, sebahagian besar mereka mahu kerajaan mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Menurut Ketua Umno bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman penangguhan perlu kerana rakyat kini sudah cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan dicengkam pula dengan kajatuhan ringgit.

Abdul Razak menyifatkan kenaikan kadar tol ini sangat tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.

"Mereka memberikan alasan macam-macam berhubung perjanjian konsensi dan sebagainya tetapi saya secara peribadi memohon kerajaan mengkaji balik (kenaikan kadar tol).

"Dalam keadaan negara yang baru sahaja mengalami kejatuhan mata wang, dengan pelaksanaan GST serta masalah jerebunya lagi dan kini ditambah dengan kenaikan kadar tol, ini (kenaikan) tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, menurut Abdul Razak, sekiranya kerajaan mahu menaikkan kadar itu sekali pun biarlah ia dilakukan selepas pembentangan bajet akan datang.

"Mungkin lepas pembentangan bajet (umum kenaikan), apabila kerajaan konon-kononnya memberikan rebat, bila rakyat dah seronok dan yakin dengan janji kerajaan barulah boleh kenakan kenaikan dengan kadar yang berpatutan.

PLUS boleh, kenapa konsesi lain tak boleh?

Dalam pada itu, ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin mempersoalkan sekiranya Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) boleh menangguhkan kenaikan sejak 10 tahun lalu kenapa tidak bagi syarikat konsensi yang lain.

Kali terakhir PLUS menaikkan kadar tol mereka adalah pada tahun 2005.

"Tak sepatutnya naik, kalau PLUS boleh tangguh kenaikan kenapa konsensi lain boleh naikkan?

"Rakyat sudahlah kena GST, kena satu bebanan lagi. Dulu GST dia kata harga barang akan turun 4 peratus tetapi sebaliknya naik berganda-ganda.

"Hari ini rakyat pun rasa susah dengan GST malah ramai yang merungut fasal GST," keluh Mohd Shariff.

Mana duit GST?

Justeru, Mohd Shariff berkata eloklah kenaikan tol sedia ada dikekalkan namun berpendapat adalah lebih baik ia diturunkan.

"Elok kekallah dengan kadar sedia ada. Kereta bertambah banyak, pengguna jalan raya juga bertambah, duit bertambah tapi kenapa mesti naik lagi?

"Kekalkan kadar sebelum ini atau turunkan lagi baik sebab duit (kutipan cukai) GST banyak, kerajaan tak boleh tampung ke? Mana pergi duit GST itu? Macam mana ia dibelanjakan? Rakyat pun nak tahu juga," kata Mohd Shariff lagi.

Turut berkongsi pandangan adalah ketua pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Amir Abd Halim yang mahu kenaikan tol ini dikaji semula.

"Kena kaji semula tindakan tersebut sebab ia membebankan rakyat," kata Mohd Amir ringkas kepada Malaysiakini.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang semalam mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa esok.

Ia membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...