Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Saifuddin dedah sebab keluar UMNO..

Posted: 15 Oct 2015 08:30 AM PDT


Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kegagalan Umno menangani isu berhubung syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion sebagai punca beliau meninggalkan parti tersebut.

Bercakap kepada media selepas penyertaannya secara rasmi ke dalam PKR hari ini, Saifuddin berkata beliau kecewa dengan beberapa keputusan Umno berhubung2 isu tersebut menyebabkan beliau tekad keluar daripada parti utama kaum Melayu itu.

"Cara Umno tangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion menyebabkan saya terdetik keluar Umno," katanya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Dua isu tersebut mencetuskan polemik dalam Umno, bahkan 2 pemimpin tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga tersingkir daripada Kabinet kerana kritikan mereka membabitkan 1MDB.

Saifuddin sebelum ini juga menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri program pembangkang Pakatan Harapan.

Beliau menyifatkan penyertaannya bersama PKR sebagai satu keputusan besar dan menjelaskan Umno kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya.

"Malangnya, sejak saya menyertai Umno, tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam. Oleh itu, saya rasa tidak serasi lagi dalam Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Menjelaskan pilihannya untuk bersama PKR, Saifuddin berkata bentuk parti berbilang kaum dan agama yang menyebabkan beliau tertarik dengan parti yang diasaskan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 itu.

"Terdapat banyak parti berbilang kaum dan agama dalam negara, tapi hati saya terpaut dengan PKR," katanya.

Spekulasi tersebut terjawab selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi mengumumkan penyertaan Saifuddin ke dalam parti mereka ketika berada di mahkamah di Kuala Lumpur terdahulu hari ini.

Ketika berada dalam kerajaan, Saifuddin yang pernah memegang jawatan timbalan menteri pengajian tinggi itu begitu lantang mengkritik permasalahan pendidikan dalam soal Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, selain membuka ruang kebebasan, terutama kepada mahasiswa.

Beliau pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan timbalan ketua Umno bahagian Temerloh sejak 2009.

Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Temerloh selepas menang pada pilihan raya umum ke-12 sebelum tewas kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pada PRU 2013 lapor The Malaysian Insider


Tol naik: Rani Kulup report Polis..

Posted: 15 Oct 2015 05:30 AM PDT


Terkenal dengan laporan polisnya terhadap bermacam-macam isu, Abdul Rani Kulup Abdullah tidak ketinggalan membuat satu aduan terhadap 18 syarikat konsesi tol yang mengenakan kadar baru mulai hari ini. 



Dikenali dengan gelaran 'Kipidap' yang sensasi sejak beberapa bulan lepas, presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia dilaporkan membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis kegemarannya di Dang Wangi semalam. 



Abdul Rani, yang juga dikenali 'Ayahanda Arka', membuat aduan iu agar syarikat-syarikat konsesi tol menangguhkan kenaikan tersebut, lapor harian Kosmo! hari ini.



"Saya mewakili semua rakyat Malaysia berharap kenaikan kadar tol dapat ditangguhkan kerana ia akan menambah beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang akibat cukai barang dan perkhidmatan dan kenaikan harga minyak," beliau dipetik berkata.

Selain Abdul Rani, pelakon terkenal Fizo Omar juga mengeluh dengan kenaikan kadar tol di semua lebuh raya utama kecuali Projek Lebuhraya Utara Selatan.




Melalui akaun Instagramnya malam tadi, suami usahawan tudung terkenal 'Fareeda' berkongsi imej plaza tol terapung di udara dengan kata-kata "Apa saja yang turun??? What say you?"



Tidak dapat dipastikan sumber asalnya, imej itu dikatakan beredar meluas melalui media sosial.



 Kiriman Fizo itu disukai lebih 3,000 daripada lebih 800,000 pengikutnya. 

Seorang pengikutnya menulis "termenung tidak sudah, bajet susu lari.. Bayar tol wajib", sementara seorang lagi berkata "hanya air mata sahaja yang akan turun menemani kita di saat kita kesusahan. Hakhakhak".



 Berkongsi imej plaza tol yang sama dengan perkataan "tol naik", penyanyi Yasin Sulaiman pula menulis: "tetap huhuuuur" di akaun Instagramnya semalam.

Beliau turut meletakkan #syukurselalu #kangkung #janjidicapati dan imej tersebut disukai 180 daripada 38,000 pengikutnya.

Sementara itu, kartunis politik yang lantang Zunar berkongsi imej sama hari ini di laman Facebook dengan keterangan gambar: "Sapuman & tol naik! (karya dari FB rakyat Malaysia yang kreatif)." lapor The Malay Mail


Presiden Gerakan ni buat lawak bodoh atau nak perbodohkan rakyat ni?

Posted: 15 Oct 2015 01:21 AM PDT


Buat yang tak tahu, mereka akan anggap tindakan Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong sebagai seorang yang berprinsip dan tegas pendiriannya dalam menentang perlaksanaan hukum Hudud di negara kita ini..

Tegas kerana beliau sanggup meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika beliau gagal menghalang pembentangan hukum Hudud itu..

"Jika hudud diluluskan di parlimen, saya rasa saya sudah gagal dalam melaksanakan tugas. Justeru saya akan meletak jawatan daripada kabinet," katanya.

Selain itu Mah juga dilaporkan berkata Gerakan juga membantah jika PAS berhasrat menyertai BN kecuali parti berkenaan - yang selama ini komited memperjuangkan pelaksanaan hudud - bersedia mengetepikan agenda berkenaan.

Bagaimanapun, kata Mah yang dipetik laporan Kwong Wah Yit Poh, dia yakin PAS tidak akan bersedia melupakan hudud dan hanya segelintir pihak yang percaya ia boleh berlaku.

Katanya, isu hudud tidak begitu hangat diperkatakan ketika ini namun beliau tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mengemukakan rang undang-undang itu sekali lagi dalam sidang parlimen yang akan bermula minggu depan.

Nampak macam hebat.. tapi sebenarnya dia cuba nak perbodohkan rakyat atau buat lawak bodoh aku tak berapa pasti..

Sebabnya jika PAS sendiri tidak merancang untuk membawa usul Hudud ke Parlimen.. apa yang Presiden GERAKAN tu nak bantah?

Baca ni..

KUALA LUMPUR, 13 Okt — PAS tidak menghantar usul baru untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.  
"Itu kami belum putuskan. Kemungkinan besar tidak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang-undang persendirian untuk sidang Parlimen yang akan datang, Takiyuddin berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.  
Hadi awal tahun ini membawa usul sedemikian tetapi gagal membentangkan dalam sidang-sidang Dewan Rakyat yang lepas.  
Untuk melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya itu, PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang selama ini membenarkan mahkamah tersebut mengenakan hukuman denda RM3,000, lima tahun penjara dan enam sebatan - The Malay Mail

Dah tahu tak akan dibentangkan.. nak jadi hero pulak dia..


Sah! Saifuddin keluar UMNO sertai PKR

Posted: 14 Oct 2015 10:15 PM PDT


Datuk Saifuddin Abdullah hari ini disahkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Wan Azizah, penyertaan Saifuddin akan mengukuhkan lagi rumpun parti tersebut, selain menguatkan perjuangan rakyat di negara ini.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Cuma aku harap kalau boleh ahli-ahli PKR tu jangan dok over sangat sambut dia.. macam sambut ADUN Bota kalau tak silap aku yang pernah istihar keluar UMNO masuk PKR kalau tak silap sebelum PRU12 dulu..

Riuh rendah kawan-kawan aku sambut ADUN tu.. ada yang bersalam cium tangan dia.. ada yang sarungkan jeket KeAdilan kat dia.. ada yang kalung bunga kat dia..

Dia nak datang bagi ceramah pun siap kompang iring dia masuk dewan..

Dok tak duduk dia buat U-Turn.. dia masuk balik UMNO.. dahlah masuk balik UMNO.. diheretnya dua ADUN dari PKR masuk UMNO..

Habis pakat menyumpah kawan-kawan aku tu.. kah.. kah.. kah..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...