Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tol naik: Cubaan Noh Omar perbodoh rakyat dibidas bekas Wanita UMNO

Posted: 17 Oct 2015 08:07 AM PDT


Anina Saadudin mengingatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak memperbodohkan rakyat.

Bekas ahli Wanita UMNO itu membuat ingatan itu apabila Noh menyalahkan kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol di Lembah Klang.

Noh meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulangkan segala keuntungan dari saham 30 peratus yang dimiliki dalam dua syarikat lebuh raya kepada rakyat.

Anina berkata, kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasiona (BN) yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan kenaikan kadar tol itu.

"Punca sebenar kenaikan kadar tol adalah kerana Putrajaya mengambil keputusan untuk menghentikan bayaran konsesi yang sepatutnya dibayar oleh Pusat kepada syarikat pengendali lebuhraya.

"Rakyat juga perlu tahu bahawa lebuhraya yang melibatkan pegangan saham 30% anak syarikat kerajaan Selangor hanyalah KESAS dan SPRINT (yang terlibat dalam kenaikan kadar tol)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Noh supaya tidak terlalu melampau bermain politik dan menuding jari kepada pihak lain.

"Shah Alam tidak pernah menjanjikan 30% saham anak syarikatnya kepada rakyat TETAPI Putrajaya sememangnya mencanangkan bahawa kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.

"Saya penyokong BN, tetapi saya tidak menyokong sebarang bentuk pembohongan kepada rakyat. Pengundi BN adalah rakyat. Tidak salah jika saya meminta Putrajaya memulangkan hak rakyat kepada rakyat," katanya,


Sokongan terhadap Najib merudum dengan teruknya..

Posted: 17 Oct 2015 06:53 AM PDT


Satu tinjauan bebas mendapati terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini, dengan bilangan orang Melayu yang tidak berpuas hati juga semakin meningkat, lapor Singapore Straits Times hari ini.

Menurut tinjauan kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center pada Ogos itu, hanya 31% pengundi Melayu menyokong Putrajaya, satu penurunan besar daripada 52% yang direkodkan pada Januari.

Tahap penerimaan kebangsaan ketika tinjauan Ogos adalah pada 23%, turun daripada 38% pada Januari. Masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati, mencatatkan hanya 5% penerimaan terhadap pentadbiran Najib, berbanding 11% pada Januari.

Kajian itu dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut akhbar Singapura itu, keputusan kaji selidik itu dibentangkan Merdeka Center kepada penganalisis sektor kewangan minggu lepas. Badan bebas itu berkata, ia juga menunjukkan majoriti tinggi juga kecewa dengan cara kerajaan menangani ekonomi dengan hanya 17% menyatakan persetujuan mereka.

Kira-kira 78% tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung keadaan ekonomi. Ini disebabkan terutamanya oleh isu-isu seperti kos sara hidup, pengangguran dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa pada April.

Prestasi ringgit juga menjadi faktor penyumbang, sebagai mata wang paling teruk di Asia tahun ini. Kajian Merdeka Center itu secara konsisten sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat isu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.

Perdana menteri berdepan gesaan yang semakin memuncak supaya beliau meletak jawatan berhubung skandal kewangan yang dikaitkan dengan firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mengumpulkan RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009.

Pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang sejumlah RM2.6 bilion, yang didakwa dikaitkan dengan 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013 meningkatkan serangan terhadap beliau, dengan pengkritik utama merupakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mengumumkan yang wang tersebut adalah sumbangan daripada individu di Timur Tengah. Perdana menteri juga menafikan menggunakan wang awam, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun timbul persoalan mengenai sumber dan tujuan dana itu lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...