Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahli Parlimen pembangkang 'b.o.d.o.h' kata Nazri

Posted: 18 Oct 2015 05:56 AM PDT


Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang berterusan menggesa agar undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri disifatkan sebagai perbuatan bodoh.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mempertikaikan tindak tanduk segelintir dari mereka yang masih tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen.

"Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti, eja b.o.d.o.h.

"Ia termasuk sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi, masih tidak faham lagi," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak wujud dalam sistem Parlimen di negara ini.

"Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima tahun sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud mengenai usul undi tidak percaya.

"Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen," Katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara Tourism Hunt pada Ahad.

Pada masa sama, Nazri turut menjelaskan bahawa usul undi tidak percaya memang tidak wujud, namun, ia tetap boleh dilakukan tetapi dengan cara tidak langsung.

"Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016, atau mana-mana Rang Undang-Undang (RUU), kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak langsung boleh dibaca sebagai undi tak percaya

"Sebab, sepatutnya kerajaan tidak akan kalah kerana kita ada majoriti," ujarnya lapor Free Malaysia Today


Najib kata tol naik tu untuk tampung bayar BR1M?

Posted: 18 Oct 2015 01:30 AM PDT


Tak betullah nampaknya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya tentang alasan Kerajaan BN yang diterajui oleh Najib menaikkan harga tol..

Menurut Kementerian Kerja Raya, wang berkenaan boleh digunakan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya.

Tak betul.. sebab dulu kan Najib dah kata GST yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia nak digunakan untuk membina Sekolah, Hospital dan juga Masjid serta Rumah Ibadat lain-lain agama..

Menurut Najib hari ini tol terpaksa dinaikkan kerana Kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

Persoalannya disini.. ketika mengumumkan pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang kurang mampu tidakkah Najib dan Menteri-menterinya memikirkan kemampuan kerajaan untuk memberikan BR1M?

Apakah tidak dijalankan sebarang kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan perkara itu?

Kenapa perlu dilaksanakan jika akhirnya beban untuk membiayainya diletakkan ke bahu rakyat dengan menaikkan kadar tol?

Apa guna diberikan BR1M jika akhirnya rakyat terpaksa membayar lebih dari jumlah yang mereka terima dari BR1M itu untuk membayar tol?

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempertahankan kenaikan kadar tol lebuh raya yang berlaku pada 15 Oktober lalu dengan alasan kerajaan terpaksa mengurangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika tidak berbuat demikian.

Menurutnya, ini kerana kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

"Anda tak naikkan tol, awak bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M.

"Jadi anda perlu buat keputusan kerana akan selalu ada imbal balik begini kerana dana yang terhad," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan di Shah Alam, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menggesa operator laluan bertol di negara ini yang tiada laluan alternatif agar memberikan diskaun kepada penggunanya demi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Berkuat kuasa 15 Oktober lalu, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Pagi ini pula, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menggesa Putrajaya agar meningkatkan jumlah pemberian BR1M yang dianggap terus relevan dalam suasana ekonomi masa kini.

"Menentang kritikan terhadap BR1M, Gerakan masih merasakan BR1M adalah tepat, sama seperti skim-skim yang serupa turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong.

"Malah Gerakan menggesa supaya bayaran BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal dan mengurangkan kenaikan kos," katanya lapor The Malaysian Insider

Apa dia ingat seluruh rakyat Malaysia dapat BR1M ke?

Tapi.. apapun macai tak kisah.. sebab macai dapat BR1M lebih banyak dari rakyat biasa dan macai juga dikecualikan dari kenaikkan tol..


1MDB: “Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini” kata Awie

Posted: 17 Oct 2015 09:30 PM PDT


Selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah supaya isu 1MDB segera ditangani, tidak ada tindakan yang lebih baik dapat diambil kerajaan selain daripada berusaha menyelesaikan masalah berkenaan secara berhemah dan terhormat, kata vokalis Wings, Awie.

Menurut Awie, sejak krisis syarikat sarat hutang itu didedahkan, kesannya mencemar nama kerajaan di dalam mahupun di luar negara.

"Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab imej Malaysia sangat tercemar ketika ini," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Penyanyi dan pelakon itu memberi contoh bagaimana isu 1MDB mendorong ramai pengguna media sosial memperlekehkan negara atas rasa tidak puas hati mereka dengan penjelasan diberikan.

"Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.

"Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini," katanya.

Sentimen naik mendadak

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad 6 Oktober lalu mengeluarkan kenyataan yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan tindakan tegas diambil ke atas pihak yang terlibat.

Disebabkan kegagalan 1MDB menguruskan beban hutangnya itu, ia memberi kesan besar kepada ekonomi dan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia juga terjejas.

Selain itu, kata Awie, 1MDB juga mendorong sesetengah pihak memainkan sentimen perkauman dan ia dilihat meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

"Kita boleh lihat sekarang banyak banyak sentimen perkauman dimainkan hingga hilang rasa hormat antara satu sama lain hanya kerana politik.

"Kita sebagai rakyat sampai takut untuk keluar.

"Apa yang lebih membimbangkan ialah tentang masa depan dan nasib anak-anak kita," kata penyanyi Taman Rashidah Utama itu.

Awie menambah, teguran Majlis Raja-Raja itu perlu diterima secara positif demi masa depan rakyat.

"Apabila raja bersidang, ia menunjukkan satu benda yang baik dan bagus. Biarlah perkara itu (isu 1MDB) dibuat dengan betul kerana negara kita masih ada undang-undang.

"Kita sebagai rakyat mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku," katanya lapor Malaysiakini


RM14.6juta Tunggakan, Guru YIK Menderita Anda Bergembira? soal Husam

Posted: 17 Oct 2015 05:30 PM PDT


Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dalam senarai saya untuk dibangkitkan. Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.

Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!

Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.

Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014! Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381! Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga.

Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)

Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak.

Senarainya terlalu panjang. Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi. Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.

Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya? Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?

Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.

Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja?

Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.

KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.

Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu.

Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya? Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.

Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan. Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?

Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu.

Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus. Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?

Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini. Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?

Husam Musa
Adun Salor
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...