Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Menang hanya 1 dari 11 kerusi yang ditandingi, Ketua Pemuda GERAKAN beri 'tips' untuk menang kepada Najib..

Posted: 19 Oct 2015 08:38 AM PDT


Pada PRU ke13 lalu, parti-parti BN berasaskan kaum Cina telah mengalami kekalahan yang teruk setelah kehilangan kerusi di kawasan majoriti kaum Cina.

Pada ketika itu, parti-parti berasaskan kaum Cina BN hampir runtuh, manakala kaum tersebut tidak lagi menganggap parti-parti komponen itu sebagai wakil dalam politik Malaysia.

Barisan Nasional disifatkan bersifat perkauman – Cina mula serik dengan politik perkauman.

Ia menunjukkan bahawa pengundi Cina telah membuat pilihan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN, satu tamparan yang yang menambah sulitkan parti MCA dan Gerakan.

Di dalam BN, MCA yang mewakili kaum Cina diberi 37 kerusi parlimen, namun yang menang hanya 7.

Begitu juga dengan MIC, hanya menang 4 kerusi daripada 9 serta GERAKAN yang hanya memenangi 1 kerusi parlimen daripada 11.

APA??? Gerakan hanya menang 1 dari 11 kerusi yang ditandingi?.. kah.. kah.. kah.. aku ingatkan menang semua Kerusi yang ditandingi.. rupa-rupanya SATU saja..

Kalau macam tu suruh Ketua Pemuda GERAKAN ni cuba sendiri dululah sebelum nak berikan 'tips'  yang dia berikan kepada Najib ni..

PETALING JAYA : Gerakan memberi 'tips' kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik semula sokongan pengundi Cina yang semakin teruk sebagai persediaan menghadap Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, masyarakat Cina kurang berminat dengan isu pilitik sebaliknya lebih mementingkan isu dan masalah yang membebankan kehidupan mereka seharian.

Katanya, sokongan masyarakat Cina pasti kembali kepada BN jika kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup disebabkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan tol selain isu pendidikan seperti kemasukkan ke universiti dan sekolah jenis kebangsaan.

"Ini perkara-perkara yang mereka hadapi tiap-tiap hari. Saya tidak fikir masyarakat Cina terlalu ambil berat soal politik berbanding masalah yang dihadapi seharian," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Beliau ditanya adakah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang mampu mengembalikan sokongan pengundi Cina terhadap BN.

Menurut Keng Liang, kenyataan yang dibuat Perdana Menteri itu untuk menangkis tohmahan yang dibuat oleh pembangkang yang menanam kebencian rakyat terutama masyarakat Cina terhadap terhadap BN.

"Ia (kenyataan Najib) akan bantu dari segi persepsi dan tidak menjadikannya bertambah buruk. Tiap-tiap hari pembangkang buat fitnah kepada BN mengenai masyarakat Cina," tegasnya.

Apa punya lawak budak ni.. sendiri pun kalah teruk nak bagi 'tips' untuk menang pulak.. kah.. kah.. kah..

Analisa lengkap PRU13 boleh di baca di ( SINI )


Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Anwar

Posted: 19 Oct 2015 05:00 AM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar milik Umno Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar RM200,000 bersama faedah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng juga memerintahkan Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selaku defendan membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk, masing-masing sebanyak RM100,000 kepada Anwar selaku plaintif.

Mahkamah juga memerintahkan kos guaman sebanyak RM8,000 dibayar oleh defendan.

Saman itu berhubung dua artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) mengenai undang-undang homoseksual.

Hue ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati artikel yang diterbitkan defendan dibuat dengan berniat jahat dan defendan telah gagal membuktikan pembelaan justifikasi dalam kes saman itu.

Beliau juga menolak usaha peguam Utusan, Firoz Hussein Ahmad yang mahu menimbulkan kesalahan terdahulu Anwar.

Peguam Anwar, N Surendran berkata penghakiman hari ini membuktikan bahawa akhbar milik Umno itu mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggung-jawab.

"Vindikasi tunjukkan Datuk Seri Anwar difitnah Utusan Malaysia yang diketahui dimiliki sepenuhnya oleh Umno.

"Mereka masih mengulangi kes-kes seperti ini. Kita harap ini satu pengajaran. Ini bukan cara akhbar yang bertanggungjawab,"katanya kepada wartawan di luar mahkmah.

Pada 21 Januari 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membenarkan tuntutan saman Anwar dengan memutuskan dua artikel yang diterbitkan Utusan Melayu pada 17 Januari 2012 berhubung temu bual Anwar dengan BBC, adalah fitnah.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 10 Jan 2012 bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel di muka depan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 17 Jan tahun sama, berhubung temu bual beliau dengan BBC.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin Muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam lapor Malaysiakini


Zahid kata Kerajaan sedia jawab isu panas.. tapi bila usul tentang tol naik dipersoal kenapa usir keluar MP DAP ni?

Posted: 19 Oct 2015 01:00 AM PDT


Melaporlah lidah rasmi UMNO pada 17 Oktober yang lalu.. kononnya Kerajaan sudah bersedia untuk menjawab isu-isu panas yang bakal dibangkitkan oleh pembangkang dalam Persidangan Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 19 Oktober ini (hari ini).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap kali berlangsung Persidangan Dewan Rakyat, akan ada isu-isu hangat dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Justeru, kata beliau, kerajaan tidak terkejut dengan isu-isu baharu dibangkitkan oleh mereka akan melibatkan kes-kes siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi-agensi penyiasat seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Dalam hal ini, kita bukan sahaja bersedia menyiapkan jawapan tetapi mereka (pembangkang) harus bersedia menerima jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

"Kita bagi penjelasan dan mereka harus berlapang dada menerima jawapan rasmi itu sebagai penjelasan yang tidak boleh diputar belitkan dengan lontaran atau pandangan yang berbeza,"

Kata Zahid tu.. laporan oleh lidah rasmi UMNO sepenuhnya bolehlah dibaca di ( SINI )

Tapi..

Dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dewan hari ini. 
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Lim campur tangan dalam prosiding parlimen, apabila bangun bertanya kenapa usul membincangkan isu kenaikan kadar tol ditolak. 
Gobind pula diarah keluar selepas mengkritik Pandikar ketika cuba mempertahankan Lim. 
Lim berhujah, usul itu tidak harus ditolak terdapat ruang untuk itu. 
Pandikar bagaimanapun percaya Lim bertujuan mengganggu prosiding dewan. 
Enggan duduk kembali di kerusinya, speaker mengarahkan pegawai parlimen untuk membawa beliau keluar. 
Apabila Gobind bangun, Pandikar berkata usul itu tidak perlu disegerakan dan boleh dibincangkan dalam perbahasan belanjawan 2016 selepas ini. 
Gobind kemudian berkata seseorang speaker mesti jujur ketika membuat keputusan menyebabkan Pandikar memarahinya yang didakwa mempersoal integriti beliau.

Pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, kedua-dua ahli Parlimen tersebut mempersoalkan tindakan speaker itu yang bukan sahaja menolak usul, namun mengarahkan mereka keluar Dewan. 

Gobind berkata, Speaker sewajarnya memberi penjelasan dan alasan kukuh di sebalik penolakan usul memandangkan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga memberitahu usulnya tidak diterima.

Beliau berkata alasan yang diberikan speaker amat tidak masuk akal kerana menyatakan ada usul lebih penting yang harus disegerakan dan cuma satu usul diterima dalam satu hari.

"Speaker berkata, Dewan menerima usul Teresa. Namun Teresa memberitahu kami, usul beliau juga ditolak. Kerana itu kami mahu speaker mempertimbangkan dan memberikan alasan.

"Kami tidak tahu kenapa beliau (Pandikar) marah-marah. Beliau harus mengawal kemarahan, tidak harus datang ke Parlimen, kemudian marah-marah dan tolak," katanya.

Beliau dan juga Lim turut menggesa speaker menulis surat kepada mereka bagi memberikan penjelasan, bukannya hanya membiarkan mereka membuat andaian.

"Sebagai ahli Parlimen, memang tugas kita untuk bercakap.

"Walaupun betul prosesnya, Speaker mengarahkan untuk diam dan duduk, sebagai speaker kita berpendapat seharusnya ahli Parlimen diberi peluang untuk menjelaskan terdahulu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau turut berkata tidak mempunyai maklumat sampai bila penggantungan dari sidang Dewan itu berkuatkuasa.


RM2.6 Billion yang masuk akaun Najib itu belum sah derma atau rasuah..

Posted: 18 Oct 2015 11:25 PM PDT


Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu.

Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan.

"Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.

"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini.

Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan.

"Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.

"Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.

Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen.

Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab.

"Lebih menyukarkan keadaan kalau pihak terlibat merahsiakannya.

"Sebab itu saya kata masyarakat tidak faham, tugas penting sekarang selain menemui pemberi dana adalah mengesan dokumen berkaitan RM2.6 bilion itu dan mencari saksi berkaitan untuk mengesahkannya," katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila orang awam lebih gemar membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan termasuk terhadap SPRM hingga ia menjadi viral di media sosial.

"Orang ramai kata dakwwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib.

"Tapi, kalau orang ramai faham tugas kami tentu tak jadilah viral macam sekarang. Janganlah hentam SPRM, jangan tambah masalah, kata SPRM tidur la, macam-macam lagi," katanya.

Menjelaskan lanjut, Zakaria memberi satu lagi contoh untuk membolehkan orang ramai lebih memahami isu berkenaan.

"Contohnya dia tok imam yang juga guru besar dan selepas solat dia memaklumkan ada rancangan untuk sambung bumbung di tempat meletak kasut bagi elak basah semasa hujan tetapi bajet tidak mencukupi dan meminta sesiapa yang berhasrat menyumbang memasukkan dana ke akaun masjid.

"Tetapi pada masa sama, dia sebagai guru besar apabila jumpa orang tertentu berkata:"Aku boleh bagi tender kantin dengan syarat kamu derma kepada masjid untuk kerja penyambungan bumbung sebab nak jaga kepentingan aku sebagai nazir masjid.

"Dalam keadaan ini, rasuah berlaku dan semua bukti dan keterangan saksi perlu dikumpul untuk disampaikan kepada pendakwaraya jika tidak tiada kes," katanya.

Setakat Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihaknya hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB.

SPRM juga menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan lapor mStar


Najib punya kerja.. Azmin dapat nama?

Posted: 18 Oct 2015 08:20 PM PDT


Ni kes lembu punya susu Sapi yang dapat nama.. Najib yang setuju untuk naikkan kadar tol, Azmin pulak yang dipersalahkan oleh Pemuda UMNO..

Najib sendiri dah akui yang Kerajaan Pusat perlu menaikkan kadar tol untuk mengelakkan dari membayar pampasan kepada pemegang konsesi Lebuhraya yang perjanjiannya telah dimeterai pada zaman Mahathir..

Menurut beberapa Blogger UMNO ini adalah legasi Mahathir yang menyusahkan rakyat jelata tapi menguntungkan kroninya.. bacalah kat ( SINI )

Untuk makluman semua.. Mahathir ialah bekas Presiden UMNO manakala Najib pula adalah Presiden UMNO pada masakini..

Asasnya kedua-dua mereka adalah dari UMNO..

Menurut Najib tol terpaksa dinaikkan kerana Kerajaan mempunyai wang yang terhad dan terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada operator tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

Baca laporannya di ( SINI )

Malangnya dalam cubaannya untuk mengalih perhatian masyarakat sambil memperbodohkan rakyat Selangor.. yang terserlah ialah kebodohannya sendiri..

Baca ni..

Susulan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dengan 12 daripadanya di Lembah Klang, Pemuda Umno Ampang menuntut tindakan segera Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 
Ketuanya, Muhamad Nizam Shith berkata, kenaikan yang melampau itu membuatkan golongan bawahan dan pertengahan termasuk anak muda tertekan. 
"Kali ini (kenaikan tol) RM1 ke RM1.50. Hari ini tol sudah cecah RM2.50, RM3, RM3.5. Amboi...apa kerajaan negeri buat? Apa menteri besar buat? 
"Tolonglah, kita ini rakyat bawahan, rakyat pertengahan yang memerlukan kebajikan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Selamatkan Selangor di sini. 
Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuatkuasa Khamis lalu. 
Mengulas lanjut, Muhamad Nizam berkata, ketika BN memerintah Selangor, kenaikan kadar tol hanya 10 sen atau 20 sen yang mampu dibayar oleh rakyat. 
"Rupa-rupanya kerajaan Selangor ada 'share' dalam semua tol-tol di negeri ini melalui anak syarikatnya. Hari ini tol naik melampau. Kalau dulu, zaman kita (BN) memerintah, tol naik 10 sen...20 sen sahaja. 
"Tak ada hal punya. Kita anak muda, 50 sen pun kita boleh bayar. Hari ini, kita rasa tertindas. Anak muda di Selangor, rata-ratanya termasuk di Ampang, rasa tertindas. Jadi, kita minta kerajaan negeri tolong tengok. 
"Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain," katanya. 
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor dilaporkan menolak kenaikan kadar tol itu berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini. 
Azmin dikatakan telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu lapor Sinar Harian

Ayat dia paling lawak.. "Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain,"

Lawak sebab dia tak sedar diri.. yang menaikkan Azmin sebagai MB bukannya orang-orang UMNO tapi penyokong-penyokong Pakatan..

Dia nak naikkan siapa sebenarnya sebagai MB Selangor?.. Nak naikkan Noh Omar tu kot?.. sedar lah diri tu sikit.. UMNO di Selangor ialah PEMBANGKANG bukannya PEMERINTAH..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...