Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya Ali Tinju sedar siapa dirinya bagi Jamal..

Posted: 20 Oct 2015 08:00 AM PDT


"Tindakan emosi dan terburu-buru."... Itulah reaksi Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju terhadap tindakan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas penganjuran beberapa perhimpunan di Kuala Lumpur.

Beliau yang mewakili Gerakan Merah berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama atau mempunyai kaitan dengan himpunan yang dianjurkan Jamal kerana ia dianggap lebih bersifat peribadi.

"Dia (Jamal) gagal berbincang dengan kami untuk menganjurkan sebarang perhimpunan dan menganggap kami sebagai balaci dan 'barua'.

"Tindakan yang dilakukannya adalah tidak bijak dan tiada matlamat dengan mengadakan demonstari setiap masa. Ianya lebih kepada kehendak dia," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakannya yang mengeluarkan Jamal daripada kumpulan WhatsAppnya bersama media dan ahli NGO Melayu.

Ali Tinju menegaskan Gerakan Merah memperjuangkan isu berbangkit seperti pergaduhan, penghinaan dan kes-kes jenayah yang dapat membuka mata pihak berkuasa untuk tindakan.

Menurutnya, Jamal tidak boleh menggunakan tiket sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengadakan demonstrasi setiap masa.

"Perdana Menteri pun tidak bersetuju dengan tindakan dia dan jangan menganggap tindakannya itu betul.

"Undang-undang lebih tegas daripada jawatan yang dipegangnya," katanya yang tegas tidak akan terlibat dengan sebarang himpunan yang dianjurkan Jamal.

Beliau turut menasihatkan Jamal untuk melepaskan jawatan dalam parti sekiranya mahu aktif dalam NGO.

"Jika mahu kekal dengan jawatan yang ada, dia perlu perjuangkan dan beri tumpuan kepada ahli dan parti. Bukan senang untuk jadi ketua persatuan," katanya.

Sementara itu, Jamal ketika diminta mengulas mengenai namanya dikeluarkan dari grup WhatsApp Ali Tinju bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan balas lapor The Rakyat Post


Najib masih gagal jawab isu dana RM2.6 bilion

Posted: 20 Oct 2015 05:30 AM PDT


Kontroversi 'derma' RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, masih gagal dijawab walaupun persoalan mengenai hal itu dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan persoalan mengenai isu itu akan dijawab pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan.

Jawapan itu diberikan oleh Azalina menerusi jawapan bertulisnya pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang akan menjawab persoalan itu.

"Pertanyaan ini akan dijawab secara serentak bersama dengan pertanyaan-pertanyaan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga."

Jawapan Azalina itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang meminta Najib untuk menyatakan sumber wang derma tersebut.

Guan Eng juga meminta Najib menyatakan bagaimana beliau membelanjakan wang tersebut dan siapa penerimanya.

Isu RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib mencetuskan kontroversi apabila Perdana Menteri mendakwa ia adalah sumbangan penderma dari Arab untuk UMNO..

Sehingga kini, Najib masih gagal menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan wang itu, serta ke mana wang itu pergi setelah akaun peribadi berkenaan ditutup lapor Free Malaysia Today


Patutlah Najib senyum bila ditanya tentang undi tak percaya..

Posted: 20 Oct 2015 12:33 AM PDT


Penantian pemberita selama hampir 45 minit di pintu keluar utama Dewan Rakyat semalam hanya sia-sia nampaknya apabila persoalan yang diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dibalas dengan senyuman.

Ketika berasak-asak kedengaran suara wartawan bertanyakan kepada Najib sama ada beliau bimbang dengan undi tidak percaya ke atasnya yang menjadi perdebatan hebat mutakhir ini.

"Datuk Seri risau tak dengan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri?," soal wakil media dalam suasana yang kelam-kabut, namun Najib terus berlalu pergi dan menjawab persoalan itu dengan senyuman.

Dia senyum saja dan dari gambar yang dirakamkan pun tidak kelihatan Najib kelihatan gusar atau gundah gulana..

Sebab apa dia senyum saja?.. baca ni..

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.  
Speaker Dewan Rakyat itu berkata, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

"Saya ingatkan Permatang Pauh, kalau nak buat usul undi tak percaya, kalau menepati peraturan mesyuarat 26 dan 27, kalaupun diterima ia akan diberi masuk sesi mesyuarat akan datang, bukan sesi ini," kata Pandikar, ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini merujuk kepada kerusi Parlimen yang diwakili Dr Wan Azizah ~ The Malaysian Insider

Patutlah Najib senyum saja.. dia dah tahu apa yang akan jadi dengan usul tu.. jadi apa yang dia nak risau..


Diharamkan Yusuf al-Qardawi?.. Ni jawapan AMANAH

Posted: 19 Oct 2015 07:57 PM PDT


Dakwaan yang mengatakan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) diharamkan oleh ulama terkenal ‎Profesor Yusuf al-Qardawi adalah tidak benar. 

Menurut Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, Datuk Mujahid Yusuf Rawa telah bertemu sendiri dengan Yusuf di Doha, Qatar pada 18 Oktober lalu bagi bertanya lanjut perihal tersebut.

"Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf al-Qardawi.

"Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf al-Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

"Saya sebagai mewakili Amanah tegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya," katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka terhadap parti tersebut.

"(Ia) memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya," katanya lapor Sinar Harian


Kenaikkan tol ikut hasil kajian tidak beban rakyat kata Presiden Persatuan Konsesi Lebuhraya..

Posted: 19 Oct 2015 05:30 PM PDT


Mungkin ada benarnya apa yang Presiden Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia kata ini.. katanya perlaksanaan kenaikkan kadar tol melalui hasil kajian adalah keputusan baik kerana ia tidak membebankan rakyat..

Tapi persoalannya disini ialah ada atau pernahkan Kerajaan melakukan sebarang kaji selidik sebelum melaksanakan kenaikkan tol?

Terutamanya pada masa sekarang, adakah Kerajaan mengadakan kaji selidik tentang peningkatan harga barang, beban GST, peningkatan harga minyak dan pelbagai lagi harga barang yang dijangka meningkat dalam masa terdekat berikutan kejatuhan nilai ringgit sebelum mengumumkan kenaikkan kadar tol?

Yang ada hanyalah naikkan tol, kemudian bila rakyat marah sediakan berbagai alasan yang mereka fikirkan boleh diterima akal mereka bukannya boleh diterima akal rakyat.

Rakyat terbeban atau tidak itu bukan persoalannya, yang penting keuntungan kroni perlu dipertingkatkan, lagipun PRU lambat lagi..

Nak dekat PRU nanti Najib umumlah penurunan kadar tol sedikit untuk menggembirakan rakyat.. dan macai-macai pun terlupa beban yang mereka tanggung empat tahun sebelum PRU itu..

Laporan berkaitan..

Perlaksanaan kenaikkan kadar tol melalui hasil kajian adalah keputusan baik kerana ia tidak membebankan rakyat kata Presiden Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Ir A. Kadir.

Katanya pada masa sama tanggungjawab syarikat konsesi kepada peminjam dan pelabur terjaminserta usaha menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna lebuhraya dapat dipertingkatkan lagi.

"Kenaikkan kadar tol melalui hasi kajian sememangnya sesuatu yang terkini dipraktikkan. Kami juga sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan dalam sebarang usaha untuk menambah baikkan lagi proses ini pada masa depan..

Seterusnya klik imej kat bawah dan bacalah..




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...