Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir hipokrit, tidak berprinsip.. Nazri Aziz kata

Posted: 21 Oct 2015 05:30 AM PDT


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang hipokrit dan tidak berprinsip kerana mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhalang.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu pada mulanya enggan mengulas mengenai posting blog Dr Mahathir, tetapi menunjukkan semua soalan kepada seorang pemberita yang bertanyakan apakah bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebagai "flip flop".

Sebelum pemberita menjawab soalannya itu, Nazri bertanya beberapa kali kepada pemberita itu dan meyakinkannya tidak perlu risau dengan jawapan kerana Malaysia merupakan negara yang bebas.

"Saya setuju sepenuhnya dengan anda. Jangan risau anda mempunyai menteri menyokong anda.

"Beliau seorang yang tidak berprinsip. Jika anda perasan, beliau seorang yang sangat tidak berprinsip selepas meninggalkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Lelaki di Sebalik Pulau" di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc berkata Najib tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.

Nazri menambah tujuan beliau bertanyakan soalan itu semula kepada pemberita kerana berpendapat soalan itu sepatutnya ditujukan kepada rakyat biasa.

Katanya, sekiranya beliau terus menerus menjawab soalan itu, orang ramai akan berpendapat pandangannya sebagai berat sebelah.

"Saya ingin menunjukkan ia (jawapan) bukan daripada saya tetapi rakyat.

"Kerana saya kerajaan, tetapi apabila ia datangnya daripada anda, anda menjawabnya dan saya bersetuju dengan anda, daripada rakyat. Ia lebih efektif," katanya lapor The Malaysian Insider


Najib abai golongan kelas menengah – Ahli akademik

Posted: 21 Oct 2015 12:53 AM PDT


Seorang ahli akademik mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaitkan kadar kenaikan bayaran tol dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr. Mohd Fuad Othman berkata, kenyataan Perdana Menteri itu membuktikan kerajaan telah mengenepikan golongan kelas menengah.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, Perdana Menteri perlu ingat tidak semua orang menerima BR1M terutama golongan menengah.

Malah, katanya, golongan kelas menengah terpaksa menampung kos tambahan sedangkan tidak ada sebarang bantuan yang diterima.

"Beliau boleh kata begitu tapi pada masa sama kena ingat, tidak semua orang dapat duit BR1M. Kenyataan itu mungkin ada benarnya tapi apa pula nasib bagi golongan menengah dan menengah atas yang tidak mendapat BR1M ini?

"BR1M hanya satu segmen daripada masyarakat dan kita faham mungkin ada perlunya mereka ini mendapat bantuan tapi bagaimana nasib golongan yang tidak mendapat bantuan? Sudahlah tak dapat BR1M, masuk universiti tidak dapat biasiswa, tidak dapat pinjaman, PTPTN pun sedikit," katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.

Mohd Fuad berkata, Najib sepatutnya memikirkan perkara itu dan memberi ruang kepada golongan menengah supaya mereka tidak sentiasa tertinggal dan seolah-olah diabaikan oleh kerajaan.

Terbaharu, Najib dilaporkan mempertahankan kenaikan kadar tol yang berkuat kuasa 15 Oktober ‎lalu sebagai satu keperluan dan menyifatkan kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksanakan, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian BR1M.

Dalam pada itu, Mohd Fuad berpandangan bahawa kerajaan perlu menilai kembali relevan pemberian bantuan kewangan itu.

"(Kadar bertambah saban tahun) Sebab itu kerajaan kena fikirkan kembali kesesuaian BR1M. Sampai bila kerajaan mampu bertahan dengan menggunakan BR1M ini?

"Akibatnya, orang lain yang tidak menerima BR1M itu bagaimana? Yang membayar cukai beribu ringgit tapi mereka tidak dapat apa," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...