Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zikir Perdana pun pemimpin UMNO nak poltikkan?

Posted: 22 Oct 2015 06:14 AM PDT


Penganjuran Zikir Perdana yang akan berlangsung di Putrajaya dikatakan berkepentingan politik.

Dakwaan itu dibuat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang turut melihatnya tidak ubah seperti sebuah konsert.

Lontaran berkenaan dimuatnya di entri blog beliau, zamkata.blogspot.com susulan hebahan yang dibuat di Utusan Malaysia berkenaan Zikir Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. dianggap sebagai sesuatu yang berkepentingan politik.

"Program Zikir Perdana suatu usaha yg bukan jati diri umat Islam Malaysia yg akan tambah melalaikan umat Islam negara ini. Tak perlu dipromosi," tulisnya di Twitter yang kemudian disiarkan menerusi posting terbaru di blog berkenaan.

Atas faktor itu, beliau meminta orang ramai memulaukan majlis yang akan berlangsung di Masjid Putra, 7 November depan lapor Free Malaysia Today


SPRM beri amaran kepada SRC International sebab spin kenyataannya

Posted: 22 Oct 2015 01:40 AM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi amaran kepada SRC International Sdn Bhd (SRC International) supaya jangan mengaitkan nama badan penguatkuasaan rasuah itu dalam kenyataan media mereka kerana tindakan itu boleh mengelirukan orang ramai. 

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, demikian menafikan kenyataan media SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung isu draf kertas pertuduhan dan gambar rajah aliran wang.

SRC International dalam kenyataannya semalam menggesa Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan penuh terhadap dakwaan kertas pertuduhan yang disiarkan Sarawak Report dan gambar rajah aliran wang siaran MalaysiaKini.

Dalam kenyataan itu, SRC International meminta pihak bertanggungjawab yang mengada-adakan kertas pertuduhan dan gambar rajah itu dikenal pasti, memandangkan SPRM menafikan kesahihannya pada 3 Ogos, 2015.

Azam berkata, SPRM menafikan kenyataan SRC International itu kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos, 2015 itu, suruhanjaya itu tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan gambar rajah aliran wang.

"SPRM mahu mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media mereka kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.

"SPRM ingin memaklumkan sekali lagi kes SRC International masih lagi berjalan," katanya. 

Sehubungan itu, SPRM meminta kerjasama SRC International membantu mereka melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

Azam berkata, jika Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin, yang diperlukan SPRM untuk menyempurnakan siasatan masih lagi berkhidmat sebagai pengarah SRC International, adalah wajar bagi syarikat itu mengarahkan kedua-duanya hadir di SPRM untuk memberi keterangan lapor Malaysiakini


Gani dilucut jawatan atas fakor kesihatan tegas Kerajaan

Posted: 21 Oct 2015 11:00 PM PDT


Berhempas pulas nampaknya Menteri-menteri yang dilantik oleh Najib untuk mempertahankan tindakan Najib terhadap Gani Patail.

Gani dilucutkan dari jawatannya kerana dikatakan menghidap sejenis penyakit yang telah memberi kesan kepada buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.

Setahu akulah.. penyakit ni memang dah lama dihidapi oleh Gani Patail, sejak dia terlibat dengan kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim..

Tapi.. kita bersangka baiklah.. mungkin semasa terlihat kes liwat hari tu.. sakit buah pinggang Gani tu tak berapa kronik.. jadi dia boleh ke pusat dialisis seminggu sekali..

Tapi bila dia dah terlibat dengan siasatan Skandal 1MDB dan RM2.6 Billion tu.. penyakit dia dah jadi kronik gila hinggakan dia terpaksa mencuci darahnya setiap hari di Pusat Dialisis..

Pasal tu la dia dilucutkan dari jawatan... cuma yang hairannya baru-baru ni bila tempoh oleh pulak perkhidmatannya tamat secara rasmi. boleh pulak dia muncul di Pejabat.. he.. he..

PARLIMEN Kerajaan menegaskan bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan pada 27 Julai adalah atas sebab-sebab kesihatan. 
"Penamatan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara adalah atas sebab-sebab kesihatan. 
"Namun begitu, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam jawapan bertulis parlimen. 
Nancy yang bertanggung jawab atas portfolio undang-undang menjawab bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung soalan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) yang mahu tahu rasional di sebalik pemecatan Gani sebagai Peguam Negara. 
"(Sila) nyatakan rasional kerajaan menamatkan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara secara tergesa-gesa pada 27 Julai lalu sedangkan beliau sememangnya akan bersara pada 6 Oktober?" soal Sivarasa. 
Gani dikatakan menghidap sejenis penyakit yang telah memberi kesan kepada buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis. 
Beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara sehari sebelum Najib merombak kabinetnya dengan menngugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri serta memecat seorang lagi menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga adalah naib presiden Umno. 
Spekulasi bertiup kencang bahawa Gani disingkirkan kerana dikatakan semakin hampir selesai menyiasat skandal 1MDB dan juga wang RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib. 
Najib menafikan sebarang salah laku dan mendakwa tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi lapor Malaysiakini

Jadi tak hairanlah kalau Mahathir pun kehairanan sebab "AG dikatakan sakit, tetapi dia nafikan sakit. 

"Setakat yang diketahui, nampaknya tiada sijil sakit menyatakan beliau sakit dikeluarkan," ..


Pendatang Haram Punca Demam Kepialu?

Posted: 21 Oct 2015 08:11 PM PDT


Pada penghujung Ogos tahun 2013 telah dilaporkan Jabatan Imigresen satu operasi pemutihan terbesar telah digerakkan oleh beberapa agensi Kerajaan.

Jabatan Imigresen telah mengetuai operasi tersebut, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 135,000 anggota akan terlibat dalam proses pemutihan yang digerakkan di seluruh negara.

Pihak berkuasa pihak berkuasa dilaporkan memburu kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara pada masa itu..

Biarpun operasi tersebut dianggap yang terbesar.. hasilnya hari ini masih ramai lagi rupanya pendatang asing dinegara kita ini..

Dan mereka dipercayai menjadi punca muncul semula beberapa penyakit yang selama ini kita sudah tidak mendengar mengenainya di negara kita ini..

Kementerian Kesihatan menegaskan semua warga asing yang bekerja di negara ini secara sah telah melalui pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan vaksin untuk mencegah mereka daripada menyebarkan pelbagai penyakit. 
 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, permit pekerjaan tidak akan dikeluarkan jika prosedur kesihatan itu tidak dipatuhi, malah mereka yang dikesan menghidap penyakit berjangkit selepas bekerja di negara ini akan dihantar pulang. 
Katanya, pihaknya bagaimanapun tidak mempunyai kawalan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai menjadi penyebab kepada wabak demam kepialu yang menular di ibu negara, justeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen diminta bertindak memberkas golo­ngan berkenaan. 
"Prosedur kesihatan ini sentiasa dilakukan sebelum datang ke Malaysia, setiap satu bulan mereka juga diarahkan menjalani rawatan kesihatan dan jika ada yang didapati menghidap penyakit berjangkit akan dihantar pulang. 
"Jabatan kesihatan juga sentiasa memeriksa premis-premis makanan untuk memastikan stan­dard kebersihan dipatuhi, jika tidak premis itu akan diarah tutup," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. 
Beliau mengulas mengenai penularan wabak demam kepialu di ibu negara apabila 32 individu dikesan menghidap penyakit itu sejak Ogos lalu. 
Menurut Hilmi, berikutan penularan wabak itu, Jabatan Kesihatan akan mempergiat operasi pemantauan dan pemeriksaan di semua premis makanan di Kuala Lumpur untuk memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan. 
"Kalau didapati kotor, premis akan diarah tutup selama dua minggu, selepas itu kita periksa balik jika kebersihan sudah dipatuhi baru boleh beroperasi kembali," katanya. 
Sementara itu, katanya, pihak­nya sedia bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen bagi membanteras PATI dan mengesan kedai makan yang beroperasi tanpa lesen di seluruh negara lapor Utusan

Tapi.. rasionalnya kita tidak wajar salahkan Kerajaan sepenuhnya dalam isu Pendatang Asing ini.. sebab tanpa permintaan tak akan ujud penawaran..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...