Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


KDN beli helikopter RM535.7 juta ketika Putrajaya nak berjimat?

Posted: 23 Oct 2015 12:05 AM PDT


Walaupun sebelum ini Putrajaya pernah bercadang mengurangkan perbelanjaan negara kerana kejatuhan harga minyak dunia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membeli 2 unit helikopter Agusta Westland AW139 melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Alwi Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis menandatangani dokumen kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) serta penyerahan surat penerimaan (LoA) di majlis "General Police and Special Equipment Exhibition and Conference" (GPEC) Asia itu, KDN menandatangani dokumen tersebut yang berjumlah RM535.7 juta.

Jumlah tersebut merangkumi 8 dokumen kontrak, 1 MoU dan 2 LoA.

Sejajar dengan kemodenan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8 unit IAG JAWS Arrmour Personnel Carrier (APC) juga bakal tiba di negara pada hujung tahun ini.

MoU tersebut melibatkan antara syarikat German, EMT Penzburg dan Drei Sohne Technologies Sdn Bhd dengan bekerjasama untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu (UAV) (Unmanned Aerial Vehicle).

EMT diwakili Pengarah Jualan Antarabangsa Horst H Bauch manakala Drei Sohne diwakili Pengarah Urusan Azmi Mustapha.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penangguhan pebelanjaan dari segi beberapa aspek seperti menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun bagi menjimatkan RM400 juta, memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan.

Belanjawan 2015 apabila dibentangkan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan.

Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga minyak itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet - The Malaysian Insider


Langkah Rawang?.. mai kot mana pulak dah ni?

Posted: 22 Oct 2015 08:11 PM PDT


Kelmarin, sebuah portal melaporkan terdapat desas-desus menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bakal dikosongkan dan Mohamed Azmin akan disingkirkan sebagai Menteri Besar manakala Saifuddin menggantikannya.

Menurut laporan tersebut, khabar angin semakin kencang bertiup dalam kalangan pemain politik PKR malah ramai yang melihat usaha ke arah itu semakin giat dirancang dan digerakkan.

Laporan itu turut mengaitkan gerakan berkenaan dengan kemungkinan tindakan Moha­med Azmin yang menidakkan permintaan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi me­nyingkirkan Pas daripada memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Menariknya ramai ahli PKR yang dipilih sebagai pemimpin pun tak tahu wujudnya apa yang dikatakan 'Langkah Rawang' ini.. cuma admin portal tersebut saja yang tahu..

Bila ditanya beberapa pemimpin kanan Selangor tentang kewujudan 'Langkah Rawang' ini mereka pun terpinga-pinga..

Presiden pun tak tahu menahu.. jadi mai kot mana pulak 'Langkah Rawang' ni?

Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Rawang", lapor Sinar Harian.

Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu. 
"Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.  
"Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang," kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.  
Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.  
Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.  
"Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR," tulis portal itu - The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...