Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zahid Hamidi perleceh dan kutuk 13 Ketua UMNO Cawangan..

Posted: 25 Oct 2015 07:35 AM PDT


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap gesaan 13 ketua cawangan Umno supaya Presiden Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan bukan satu perkara besar kerana mereka hanya sebilangan kecil daripada 20,000 pemimpin parti itu di seluruh negara.

"Hanya 13 daripada 20,000 (pemimpin cawangan)" kata naib presiden Umno itu, dalam nada sinis, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mengetepikan desakan kumpulan itu, Zahid berkata, beliau masih belum melihat memorandum yang dikatakan dikemukakan 13 pemimpin cawangan terbabit kepada parti.

"Apabila kita lakukannya nanti, kita akan melihatnya secara terperinci," kata timbalan perdana menteri itu selepas merasmikan sambutan Hari Pengguna Negara.

Semalam, 13 ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada Najib yang juga perdana menteri.

"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang," katanya.

Kamarul juga berkata, kumpulan 13 itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.

Sementara itu, Ketua Umno Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilaporkan berkata, 13 ketua cawangan itu tidak menghormati "keputusan bersama" untuk menyokong kepimpinan parti pada mesyuarat bahagian baru-baru ini.

Beliau memberitahu akhbar Sinar Harian, pemimpin peringkat akar umbi itu mempunyai hak untuk bersuara dan mereka sepatutnya berbuat demikian semasa mesyuarat bahagian itu.

"Sepatutnya, jika tidak menyatakan sokongan kepada presiden parti, cakaplah 'tidak' semasa persidangan tempoh hari ketika membentangkan usul sokongan terhadap kepimpinan parti," Isa dipetik sebagai berkata.

Katanya, walaupun itu hak mereka untuk bersuara, cara yang diambil tidak betul.

"Orang macam ini tidak boleh menjadi pemimpin kerana tiada prinsip," beliau dilaporkan berkata.

Isa juga berkata, satu laporan akan dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin parti tidak lama lagi berhubung tindakan mereka.

13 cawangan Umno itu ialah Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli - The Malaysian Insider


Bajet 2016: Pemotongan Subsidi Tersembunyi Yang Najib Tidak Ceritakan Kepada Anda.

Posted: 24 Oct 2015 07:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet 2016 pada semalam telah menawarkan beberapa berita baik antaranya termasukla kenaikan gaji kakitangan awam, peningkatan dalam pemberian wang tunai BR1M dan rebat GST untuk pembelian telefon bimbit.

Tetapi di mana kesemua wang akan dibelanjakan apabila negara ini menghadapi kehilangan pendapatan akibat dari kemerosotan harga komoditi?

Malaysiakini akan mendedahkan beberapa senarai 'berita buruk' untuk anda sendiri sebagai pembaca menilai kementerian apakah dan siapakah yang terkesan dengan pemotongan subsidi dalam sektor tertentu.


Apa yang penting ialah, Najib tidak menyatakan secara jelas menerusi ucapan belanjawannya bahawa kemungkinan rakyat akan terpaksa membeli minyak masak, tiket kereta api dan tiket penerbangan di laluan 'tidak ekonomi' yang lebih mahal berbanding sebelumnya, golongan miskin pula perlu membayar bil elektrik mereka, dan beberapa pemotongan membabitkan subsidi-subsidi dan kementerian2 tertentu.

1) Kementerian Kewangan - Subsidi untuk 'kepelbagaian-awam' dipotong hampir separuh.

Kementerian Kewangan yang paling jelas merosot dari segi jumlah peruntukan. Peruntukan telah dikurangkan sebanyak RM7 bilion atau 17.8 peratus, daripada RM39.247 bilion kepada RM32.247 bilion.

Walau bagaimanapun, penelitian lebih dekat menunjukkan pemotongan dilaksanakan melalui pengurangan subsidi yang dijangka turun sebanyak 45 peratus, atau RM8.707 bilion dengan memperuntukan kepada RM10.633 bilion pada tahun hadapan.

Antara lain, termasukla pengurangan 95 peratus dalam peruntukan dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta.

Potongan tersebut membolehkan kerajaan membelanjakan ia untuk perkara lain seperti peruntukan sebanyak RM1.073 bilion untuk melaksanakan dasar baru gaji minimum.

Kerajaan telah memulakan satu langkah rasionalisasi subsidi agresif sejak awal tahun ini dan ia tidak jelas di mana lagi akan berlaku pengurangan subsidi pada masa akan datang.

2) Kementerian Pengajian Tinggi - Bajet untuk universiti dikurangkan.

Pengurangan peruntukan kedua terbesar melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion.

Universiti awam akan mengalami beban pemotongan kerana mereka akan dapat melihat pembiayaan mereka dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Universiti-universiti yang terjejas teruk ialah Universiti Malaya, diikuti oleh Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara, yang mana belanjawan mereka dikurangkan sebanyak 27.3 peratus, 23.76 peratus dan 23.72 peratus masing-masing.

Beberapa Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, telah menimbulkan persoalan andai pengurangan peruntukan ini akan membuatkan yuran pengajian yang lebih tinggi pada tahun hadapan.

3) Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi - Minyak masak lebih mahal

Kementerian komoditi pula menyaksikan pengurangan sebanyak 60.76 peratus dalam bajet tahunan iaitu dari RM1.659 bilion kepada RM651 juta sahaja.

Walaupun kementerian terbabit mengurangkan pelbagai program dan perbelanjaan kementerian sejajar dengan pemotongan peruntukan, namun pengguna tetap tidak akan terlepas dari kesan negatif tersebut.

Ini kerana skim stabilkan harga minyak masak di pasaran mengalami jumlah pemotongan yang paling besar iaitu sebanyak RM950 juta. Skim ini akan mula dihapuskan bermula tahun depan.

Di bawah skim ini yang telah diperkenalkan pada tahun 2007, bertujuan memastikan harga siling minyak, serta bekalan yang mencukupi di pasaran oleh pengeluar yang menerima pampasan (skim stabilkan harga minyak pasaran).

Dengan pemahsuhan skim berkenaan pada tahun hadapan, pengguna dipercayai mungkin membayar lebih untuk minyak masak.

4) Kementerian Pengangkutan - Subsidi untuk keretapi, penerbangan dikurangkan.

Kementerian Pengangkutan akan melihat pengurangan bajet sebanyak 14.1 peratus atau RM648 juta, kepada RM3.955 bilion, potongan keempat terbesar di kalangan kementerian.

Bahagian yang akan terjejas termasuklah subsidi untuk kereta api KTM dan penerbangan dari kawasan-kawasan luar bandar.

Secara khusus, subsidi ke atas laluan "tidak ekonomik" KTM akan diturunkan lebih dari separuh, dari RM52.9 juta kepada RM25 juta.

Subsidi penerbangan luar bandar, dan juga sewaan pesawat, juga akan dikurangkan sebanyak RM5 juta daripada RM160 juta.

Pengurangan juga secara terutamanya turut membabitkan operasi kementerian.

5) Kementerian Tenaga - Tiada lagi subsidi elektrik.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air pula berada di tangga kelima bagi penjimatan Bajet 2016, dengan pengurangan peruntukan sebanyak RM605 juta, kepada RM2.262 billion.

Dan sesetengah rakyat akan menerima kesan apabila subsidi bil elektrik berjumlah RM150 juta turut dimahsuhkan sejajar dengan pemotongan peruntukan kepada kementerian terbabit.

Pada masa ini, pengguna yang mendapat bil kurang atau RM20 sebulan layak menerima subsidi sepenuhnya oleh kerajaan atas nama membantu golongan termiskin.

6) Kementerian Pertahanan - PLKN dikecilkan.

Kementerian Pertahanan akan melihat pengurangan bajet sebanyak RM459 juta, potongan keenam terbesar terhadap kementerian.

Jumlah itu agak kecil berbanding dengan bajet besar yang diterima Kementerian Pertahanan daripada 17.304 billion untuk tahun depan.


Potongan sebahagian besarnya dibuat ke atas program khidmat negara yang dikecilkan dengan menerima peruntukannya sebanyak RM276 juta daripada RM614 juta pada tahun sebelumnya.

Bahagian lain yang turut terkesan dengan penjimatan, ini termasukla pengurangan sebanyak RM100 juta bagi pertahanan udara di mana akan menerima peruntukan sebanyak RM2.701 bilion, dan kerajaan tetap meneruskan cadangan memperolehi beberapa aset-aset baru walau dalam keadaan ekonomi sukar.

Di bawah Bajet 2016, Kementerian Pertahanan bercadang menambahkan aset, enam kapal Littoral Combatant, Very Short Range Air Defence weapons sistem, kereta perisai, dan A-400M Airbus.

Untuk mengetahui apa lagi subsidi yang bakal lenyap silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...