Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bajet 2016 : Bajet Najib, oleh Najib, untuk Najib

Posted: 26 Oct 2015 08:30 AM PDT


Saya sifatkan Bajet 2016 tidak lebih sekadar 'Bajet Najib, oleh Najib dan untuk Najib' semata-mata.

Bajet tersebut antaranya menampilkan 3 intisari penting:

Pertama, jumlah perbelanjaan bajet menurun buat pertama kalinya sejak tahun 2010 yang lalu. Perbelanjaan bagi tahun 2015 adalah RM 274 bilion manakala RM267 bilion telah diperuntukkan bagi 2016, menunjukkan penurunan sebanyak RM7 bilion.

Kedua, pemotongan bajet adalah amat diperlukan disebabkan oleh kejatuhan besar hasil petroleum. Kerajaan mensasarkan perolehan RM39 bilion daripada GST di mana RM21 bilion adalah pendapatan baru bersih selepas ditolak kutipan yang diketepikan daripada pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia telah memikul tambahan beban cukai yang baru sebanyak RM21 bilion menerusi GST.

Ketiga, umum rakyat akan membayangkan bahawa perbelanjaan yang tidak ada keperluannya akan dipotong sebaliknya perbelanjaan yang berasas dan amat diperlukan pula akan disimpan. Tetapi Bajet Najib ini tampaknya 'abnormal' dan songsang sama sekali.

Pemotongan besar-besaran telah dikenakan ke atas pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial tetapi Jabatan Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengurangkan perbelanjaan, bahkan lebih banyak wang diperuntukkan untuk 2016 (dari RM19 bilion pada tahun 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016). Jumlah ini telah mengambil sebahagian jumlah yang besar daripada kewangan negara.

Menjelang 2016, Jabatan Perdana Menteri akan mengambil 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan bajet.

Sedekad yang lalu (2006), Jabatan Perdana Menteri hanya mewakili 2.67% daripada jumlah perbelanjaan bejet negara. Pada tahun 2007 dan 2008 pula, masing-masing 3.81% dan 3.4%.

Selepas 'tsunami' pilihan raya Mac 2008 dan ancaman 'lompat parti' oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, lebih banyak sumber telah diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk Perdana Menteri sendiri menyatukan pangkalannya dalam UMNO sekaligus melawan kemaraan pembangkang.

Jabatan Perdana Menteri menerima 6.71%, 6.37% dan 6.74% pada tahun 2009, 2010, 2011. Untuk tahun-tahun berikutnya, 5.38% (2012), 5.24% (2013), 6.23% (2014) dan 6.96% (2015).

Pada 2016, buat pertama kalinya bajet untuk Jabatan Perdana Menteri mencecah lebih dari 7%. Sesungguhnya ia tidak lain dan tidak bukan, 'bajet Najib, oleh Najib dan untuk Najib'!

Bajet bagi Jabatan Perdana Menteri 2006-2016 (dalam peratusan)


Liew Chin Tong
Pengarah Politik Kebangsaan DAP
Ahli Parlimen Kluang.


Peruntukan besar untuk JPM bagi jamin kesetiaan dakwa Khalid Samad

Posted: 26 Oct 2015 05:52 AM PDT


Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan adalah bagi memastikan kesetiaan dan sokongan.

Bercakap ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Khalid Abdul Samad (AMANAH-Shah Alam) berkata jumlah besar itu hanya membuktikan sokongan kepada Najib telah merosot.

"Adakah kerana sokongan kepada erdana menteri telah merosot dan memerlukan peruntukan tamabhan?

"Jadi, adalah bajet besar (diberi tahun depan juga) untuk memastikan kesetiaan dan sokongan yang berterusan?" soalnya.

Beberapa ahli parlimen sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri itu yang meningkat hampir tiga kali ganda daripada RM6.9 bilion pada 2008 kepada RM20.3 bilion tahun depan.

Turut menimbul persoalan yang sama adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) ketika perbahasan bajet itu.

Bagi Nga Kor Ming (DAP-Taiping), beliau menyindir Najib kerana mencipta rekod dunia dengan mempunyai nisbah bilangan menteri yang paling ramai berbanding dengan jumlah penduduk.

"Jabatan Perdana Menteri juga mencipta rekod dunia kerana mempunyai paling ramai menteri (dalam satu kementerian)," katanya lapor Malaysiakini


Malaysiakini Dedah Rakaman Wawancara Zahid, Kantoikan Berita Harian..

Posted: 26 Oct 2015 01:07 AM PDT


Berita Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyebut supaya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari parti itu tidak menyokong presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar milik Umno itu berkata demikian dalam pembetulan yang dibuat malam tadi berhubung laporan mengenai sidang akhbar Zahid yang disiarkan di laman web BH Online petang semalam itu. 

"Berita yang disiarkan adalah berdasarkan tafsiran penulis terhadap jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid pada sidang media petang tadi.


"Menurutnya (Zahid) apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah memberi fokus untuk memperkukuhkan parti dan mendokong kepimpinan sekarang," petik laporan itu.

Ahmad Zahid pada sidang akhbar itu ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Muhyiddin dan bukan Najib untuk menggantikan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah selepas pilihan raya umum 2008, kata Muhyiddin.

Najib berjaya mengambil-alih daripada Abdullah kerana kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno manakala Muhyiddin hanya adalah naib presiden pada masa itu.

Ahmad Zahid menjawab dengan mengingatkan Muhyiddin aupaya berhenti bernostalgia terhadap perkara yang tidak menjadi realiti.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, rakyat harus menyokong terhadap kepimpinan sedia ada kerana ia telah ditentukan rakyat.

Rakaman audio wawancara itu dengarlah di ( SINI )


Bajet 2016: Mana Radar Yang Kerajaan Janji Nak Beli Setelah MH370 Hilang Tu?

Posted: 25 Oct 2015 11:00 PM PDT


Selepas insiden MH370 Kerajaan Malaysia ada membuat kenyataan di media yg Malaysia merancang mempertingkatkan sistem pertahanan negara khususnya melibatkan siatem radar yang dimiliki oleh TUDM.

2. Alasan yang diberi oleh kerajaan pada ketika itu ialah kerana kemampuan sistem radar sediaada TERPAKSA didedahkan kepada pihak luar dalam usaha mencari pesawat MH370. Tindakan mendedahkan kemampuan sistem radar negara kepada pihak luar adalah suatu tindakan BODOH yang tidak sepatutnya dilakukan atas alasan apa sekalipun. Ini di sebalik keengganan pihak kerajaan untuk membenarkan satu suruhanjaya bebas yg diketuai parti pembangkang untuk menyiasat segala aspek berhubung kehilangan pesawat MH370. Bagaimana mungkin kerajaan begitu berahsia dengan rakyat sendiri namun dengan mudah menggadaikan keselamatan negara kepada pihak luar.

3. JANJI pihak kerajaan untuk meningkatkan kemampuan sistem radar negara memberi sedikit nafas kelegaan, namun sebagaimana biasa kerajaan yg dipimpin umno bn hanya pandai menabur janji, pembentangan bajet 2016 membuktikan kerajaan umno bn berbohong kepada rakyat.

4. Rahsia kemampuan sistem radar negara sudah ditangan pihak asing (sudah tentunya Amerika Syarikat rakan baik kepada negara teroris Israel) namun kerajaan langsung tidak memberi peruntukan untuk usaha2 meningkatkan sistem radar negara.

5. Ini disebalik perbelanjaan ratusan juta untuk membeli pesawat VVIP kedua untuk PM dan baru2 ini peruntukan setengah bilion ringgit untuk pembelian 2 buah helikopter bagi kegunaan Kementerian Dalam Negeri (sudah tentu keutamaan untuk kegunaan VVIP).

6. Sudah jelas di mata rakyat sekarang bahwa kerajaan umno bn langsung TIDAK PEDULI tentang keselamatan negara tetapi lebih mementingkan keselesaan dan kemewahan diri dan keluarga. Tindakan mendedahkan kemampuan pertahanan negara kepada pihak luar sepatutnya boleh didakwa di mahkamah dibawah Akta Rahsia negara namun apabila ianya dilakukan oleh pak menteri semuanya halal belaka.

7. Pihak ATM melalui TUDM telah sekian lama mengusulkan pembelian pesawat sistem radar amaran awal dan kawalan(AEWACS) sebagai "top priority" TUDM disamping pembelian pesawat pejuang generasi ke 4 bagi meningkatkan kemampuan pertahanan udara negara agar setanding dengan tuntutan semasa terutama sejak kehilangan pesawat MH370 dan peningkatan ketegangan dengan tentera China berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

8. Sehubungan dengan itu kami dari Ngo PERWIRA NEGARA yang mewakili bekas2 anggota keselamatan dan penguatkuasa negara seperti ATM, PDRM, KDN, KASTAM, SPRM dan berbagai lagi dengan ini menyeru rakyat Malaysia agar MENOLAK Umno dan BN dalam PRU akan datang diatas kegagalan mereka untuk memastikan Malaysia memiliki Angkatan Tentera yang canggih dan kuat untuk menangkis sebarang cubaan untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negara tercinta ini.

Sekian. Terima kasih

"SELAMATKAN MALAYSIA, TOLAK UMNO/BN (dan sekutu2nya) PRU 14, UNDILAH PAKATAN HARAPAN"

Hj Zaidi bin Ahmad (bekas Mejar TUDM)
Presiden Pertubuhan Kebajikan Perwira Negara (PERWIRA NEGARA)

017 4164728 (Hubungi utk menjadi ahli)


MIC turut persoal Skandal 1MDB?.. Betul ke ni?

Posted: 25 Oct 2015 08:15 PM PDT


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mendedahkan hari ini, beliau ada menyuarakan bantahan mengenai isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau yang juga presiden MIC berkata, meskipun menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, beliau berpendapat perdana menteri itu harus meneruskan usaha menjelaskan skandalnya.

"Penjelasan harus dibuat secara berterusan. Dan kita dalam jemaah menteri ada suarakan bantahan (1MDB). Saya berpendapat kita kena selesaikan isu ini dan kena beri penjelasan baik.

"Tetapi kadang-kadang, ada kumpulan rakyat tidak terima atau menyoal. Bagaimanapun, perkara ini (penjelasan) kita kena teruskan," katanya kepada media selepas menghadiri proses penamaan calon naib presiden dan ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, beliau mengulas mengenai usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib di Dewan Rakyat yang dicadangkan ahli Parlimen Pakatan Harapan, menyifatkan langkah itu akan gagal.

Membidas parti pembangkang dalam hal itu, Subramaniam berkata, isu mengenai usul tersebut, yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sengaja dimainkan mereka. 

"Kita akan sokong Najib dalam proses ini (usul). Ini merupakan satu isu politik yang dimainkan pihak pembangkang, mereka tidak akan berjaya," katanya.

Dr Wan Azizah memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Najib Khamis lalu di pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul itu mencetuskan kontroversi kerana pihak pembangkang sepatutnya menghantar notis usul tersebut 14 hari sebelum sidang bermula.

Pandikar sebelum ini menyarankan pakatan pembangkang yang baharu itu menyerahkan senarai sokongan ahli Parlimen sebagai cara meluluskan usul tersebut.

Sebelum sidang Dewan bermula Isnin lalu, ahli Parlimen PKR Hee Loy Sian mengemukakan usul yang sama, namun dibidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyatakan ia harus dilakukan ketua pembangkang sebagai tanda keseriusan mereka lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...