Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ringgit Jatuh Baik Untuk Orang Kampung Kata Pengerusi PAC..

Posted: 27 Oct 2015 05:30 AM PDT


Dulu kita ada Hassan Malek, apa saja yang dia cakap boleh kata kebanyakkannya menjadi bahan tawa dan kutukan warga internet sebab lebih banyak kenyataan 'kurang cerdik' keluar dari mulut dia dari kenyataan 'cerdik'.. Hassan Malek tenggelam timbul pulak Hasan Arifin..

Ulasan Nazri Aziz tentang kejatuhan ringgit walaupun tak disukai ramai ada kebenarannya sebab kejatuhan nilai ringgit memang baik untuk negara dari sudut pelancongan..

Nilai matawang negara yang rendah menjadi satu tarikan buat pelancong dari luar untuk melawat negara kita..

Tapi ulasan Ahli Parlimen yang baru jadi Ahli Parlimen dan dilantik pula oleh Najib menjadi Pengerusi PAC ni... hadoiiii..

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.

Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.

Harga komoditi meningkat.. jadi orang-orang Kampung sukalah yaa..

Apa dia ingat orang-orang Kampung tu semuanya memiliki ladang-ladang yang besar-besar ke?.. setahu aku ladang-ladang yang besar ni dimiliki oleh Syarikat-syarikat yang besar-besar.. 

Orang-orang Kampung ni kebanyakkannya ada ladang, tapi hasilnya cukuplah untuk menyara diri dan keluarga..

Ringgit jatuh, orang-orang Kampung nak beli barang makan dan pakai yang elok sikit pun terpaksa berfikir berpuluh kali sebab kebanyakkannya dah naik harga..

Ringgit jatuh.. kalau nak pergi Haji.. tak perlu bawa wang yang lebih ke untuk makan minum di sana?

Bagaimana pula kalau ada antara mereka yang punya anak belajar di luar negara.. ringgit jatuh tapi nilai matawang asing tak turut jatuh.. maka kena tambahlah lagi duit poket untuk anak-anak tu..

Nak bodekpun agak-agaklaaa..

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar. 
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat. 
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas. 
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober. 
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur. 
CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.
Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit. 
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa - Malaysiakini

Patutlah Najib lantik dia jadi Pengerusi PAC... sesuai sangat..


ADUN mana didakwa terima rasuah kes balak di Kelantan ni?

Posted: 27 Oct 2015 01:13 AM PDT


Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.

Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang ADUN Kerajaan Negeri

· 'sumbangan' kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

· 'sumbangan' RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang ADUN kerajaan negeri

· 'sumbangan' 'tile' untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan

· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang ADUN Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih pelik lagi kegiatan ADUN Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.


Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, ADUN terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas ADUN ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.

Mohd Afiq Bin Ayob

Kos himpunan ‘baju merah’ hampir sekali ganda Bersih 4 - KDN

Posted: 26 Oct 2015 11:00 PM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menanggung hampir sekali ganda kos keseluruhan untuk Himpunan Rakyat Bersatu, atau lebih dikenali 'himpunan baju merah' berbanding himpunan Bersih 4, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri itu berkata, PDRM menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos manakala bagi himpunan baju merah pada 16 September, pasukan keselamatan itu menggerakkan seramai 263 pegawai dan 3,648 anggota mereka.

"Kos keseluruhan untuk himpunan Bersih 4 adalah RM2,737,440, manakala bagi kos keseluruhan himpunan Rakyat Bersatu adalah RM4,500,927.50," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP dari Seremban, Anthony Loke, yang bertanyakan jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut.

"Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.

"Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur," kata Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh lapor The Malaysian Insider


Kos RM40.8 juta pesawat, bukti Najib buat kerja kata Jamal

Posted: 26 Oct 2015 08:05 PM PDT


Beruntungnya Najib sebab dia ada manusia jenis ini yang mengampu dirinya.. apa saja yang Najib lakukan akan dipujinya hatta apa yang dilakukan itu jelas satu pembaziran..

Berkatalah si Jamal mengenai kos jet yang digunakan Najib bagi setengah tahun "Bagi saya kos pesawat sepanjang enam bulan sebanyak RM40.8 juta, itu menandakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang yang kuat bekerja.

Kuat bekerja katanya..

Soalnya disini berapa banyakkah pelaburan yang Najib dah bawa pulang ke Malaysia setelah RM40.8 Juta habis dalam masa setengah tahun untuk menyelenggara pesawat yang membawa dia dan Rosmah ke merata peusuk dunia itu?

Bertambahkah pelaburan asing ke dalam negara kita setelah Najib habiskan RM40.8 Juta itu?..

Terbang serata dunia yang jelasnya nilai Ringgit semakin jatuh.. hutang negara semakin meningkat.. rakyat semaikn tertekan dengan kenaikkan harga barang, kenaikkan harga minyak, kenaikkan tol dan berbagai kenaikkan lagi..

Kita tak payah nak bandingkan Najib dengan PM Britain tu.. kita bandingkan Najib dengan PM Singapura pun cukuplah..

PM Singapura menggunakan perkhidmatan SIA untuk urusan rasmi negara.. kenapa Najib tak boleh gunakan MAS saja?


KUALA LUMPUR - "Bagi saya kos pesawat sepanjang enam bulan sebanyak RM40.8 juta, itu menandakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang yang kuat bekerja.  
Demikian respons Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, ‎ketika mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di Parlimen hari ini, berhubung dakwaan Najib cuba menyembunyikan perbelanjaan jet ACJ320 yang diguna oleh Najib dianggarkan sebanyak RM40.8 juta.  
Mengulas lanjut, Jamal berkata lagi banyak kos lagi besar tanggungjawab Najib terhadap rakyat dan negara.  
"Beliau (Najib) bersungguh-sungguh bekerja untuk negara ini‎, tanggungjawab beliau besar," katanya kepada Sinar Online hari ini.  
Dalam pada itu, Jamal meminta Rafizi agar menampilkan bukti sekiranya wujud salahlaku Perdana Menteri ketika menggunakan pesawat tersebut.  
"Bawa sekali dokumen yang sah, jangan ia menjadi seperti dakwaan-dakwaan dahulu seperti kes cincin isteri Perdana Menteri yang dikatakan sebanyak RM 24 juta, tetapi akhirnya hanya fitnah kerana kata Rafizi dia hanya bergurau dalam isu itu.  
"Oleh itu, jangan hanya pandai bercakap kosong, bawa sekali bukti," katanya lapor Sinar Harian

Bawa bukti?.. ceh!! macai jenis ni bawa bukti pun buang masa saja..

Orang macam ni.. Najib kentut pun dia kata wangi..

Tapi.. aku tak pernah dengar pulak Rafizi kata cincin RM24Juta tu hanya bergurau.. lagipun isu ni bukannya dibawa oleh Rafizi tapi oleh CheguBard..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...