Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Negara Berpendapatan Tinggi Tapi Ada Rakyat Masih Guna Air Perigi..

Posted: 28 Oct 2015 08:30 AM PDT


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak, Pejabat Daerah Manjung dan Lembaga Air Perak mengambil tindakan segera menyalurkan bekalan air paip bagi kegunaan harian sembilan keluarga di Kampung Kedah, Sungai Puyu dekat Teluk Senangin di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati penduduk-penduduk kampung tersebut terpaksa menggunakan air telaga yang kotor kerana ketiadaan bekalan air paip sejak mereka tinggal di kampung ini lebih 60 tahun yang lalu.

Air telaga yang dipam dari bawah tanah bukan saja berkelodak tetapi juga berwarna kuning dan hanya digunakan oleh penduduk-penduduk di sini untuk mandi. Jika penduduk di kampung ini menggunakan air telaga yang kotor itu untuk membasuh, pakaian mereka juga turut menjadi kuning.

Untuk minuman, memasak dan membasuh mereka terpaksa mengambil air bersih dari sebuah surau yang terletak lebih kurang 1km dari kampung berkenaan.

Masalah ini menjadi bertambah serius ketika musim kemarau kerana sumber air bawah tanah turut berkurangan dan telaga menjadi kering menyebabkan penduduk terbabit amat sukar untuk memperolehi keperluan itu walaupun untuk mandi.

Keadaan tersebut amat membebankan keluarga penduduk-penduduk di kampung itu terutama suri rumah yang terpaksa menjaga kebersihan dan kesihatan anak-anak, menyediakan makanan, membasuh pakaian dan sebagainya.

CAP berharap pihak berkuasa negeri ini memberi perhatian sewajarnya dan menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin. CAP kesal walaupun masalah keperluan asas ini sudah lama menimbulkan kesulitan kepada penduduk-penduduk kampung ini namun ia dibiarkan berlarutan hingga sekarang.

CAP bimbang jika masalah ini dibiarkan ia boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Justeru, CAP meminta kerajaan Perak menyediakan bekalan air paip kepada penduduk-penduduk kampung ini dengan segera.

* SM Mohamed Idris adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).


Menantu Hadi 'perang' dengan anak didik Nik Aziz pasal kes balak..

Posted: 28 Oct 2015 05:30 AM PDT


Bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa dan menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menjadikan laman sosial sebagai medan perang terbuka mereka berkenaan isu pembalakan di negeri itu.

Husam yang juga adalah ADUN Salor mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri hari ini yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.

"Demi Allah! saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.

"Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan," tulisnya.

Zaharuddin merujuk kepada kekalahan PAS yang kehilangan negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Sebelum kejatuhan itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang adalah Timbalahn Pesuruhjaya PAS Kedah membidas pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Zaharudin dalam posting di Facebook hari ini berkata, perkara yang sama boleh berlaku di Kelantan.

Ia berikutan bidasan sengit Husam berhubung tindakan kerajaan negeri yang memberikan permit pembalakkan di negeri itu.

'Robin Hood Kelantan'

Malah, Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Bagaimanapun, Zaharudin memulakan serangannya dengan memuat naik status 'Robin Hood Kelantan' yang didakwanya seronok mengganggu isi rumah miskin.

Selepas itu siri serangan daripada Zaharudin terhadap Husam menyentuh laporan rasuah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kewujudan aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan haram di negeri itu.

Husam yang juga bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun tidak duduk diam dengan serangan berterusan yang dibuat oleh Zaharudin.

Beliau seterusnya mengemukakan hujah mengapa PAS kalah di Kelantan.

"Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan PAS Terengganu? Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ini, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.

"Caranya dengan menyerang saya. Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa PAS kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.

"Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik PAS Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu," tulis Husam.

Husam turut mengancam Zaharudin bahawa beliau tidak teragak-agak mengheretnya ke mahkamah.

"Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan," kata Husam.

Zaharuddin bagaimanapun memuat status terbarunya dengan menjemput Husam ke Kuala Lumpur pada 21 November depan bagi membincangkan mengenai kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.

Malah beliau turut mengalukan sekiranya Husam ingin membawa peguam bersamanya.

"Insyallah, 21 november saya menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur, jam 10 pagi di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Kita dialog isu post mortem kekalahan Kedah dan Terengganu.

"Bersama saya ada peguam-peguam dan lebih penting kebenaran juga bersama-sama saya kalau Husam nak bawa ke Mahkamah." katanya lapor Malaysiakini


Najib!.. Ling Liong Sik Tanya Kenapa Tak Saman Dia Lagi Ni?

Posted: 28 Oct 2015 02:26 AM PDT


Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menganggap dirinya seorang yang penyabar tetapi hairan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak lambat dalam memfailkan saman terhadapnya.

"Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tidak perlu terburu-buru, saya menunggu," katanya yang dipetik oleh The Star Online.

"Saya juga hairan mengapa beliau mengambil masa yang sebegitu lama (untuk menyaman), tetapi saya akan terus bersabar," katanya.

Najib menghantar surat tuntutan kepada bekas menteri pengangkutan itu kerana menuduh dirinya mengambil wang rakyat.

Beliau memberi Ling tempoh tujuh hari untuk menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf.

Ling bagaimanapun berkata beliau bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Najib perlu berundur.

Bekas Presiden MCA itu juga enggan menarik balik kenyataan beliau atau meminta maaf dan memaklumkan beliau bersedia untuk berdepan dengan perdana menteri di mahkamah.

Tempoh tujuh hari untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf yang diberikan luput pada 12 Oktober lalu.

Sebelum ini, peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun berkata perdana menteri akan membuat keputusan sama ada untuk mengheret Ling ke mahkamah selepas membentangkan Bajet 2016, yang dilakukan pada Jumaat lalu.

Semalam, Hafarizam memberitahu wartawan bahawa Najib akan membuat keputusan dalam satu atau dua hari lagi lapor Malaysiakini


Jamal Yunos tu bukan orang penting pun, kata Nazri Aziz

Posted: 27 Oct 2015 11:00 PM PDT


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

"Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

"Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno," katanya.

Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.‎

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media. 

"Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti. "Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti," katanya lapor Sinar Harian

Jawab Nazri Aziz..

"Itu pandangan dialah. Dia pun bukan orang yang penting sangat. Tidak ada apa. Ini negara bebas. 
"Saya bukan pucuk pimpinan. Saya ketua bahagian Padang Rengas. Saya akan ikut keputusan mesyuarat," kata Nazri.

Oooo.. orang tak penting rupanya.. maknanya ada pun serupa tak adalah..


Ohh.. Muhyiddin rupanya punca guru sokong pembangkang..

Posted: 27 Oct 2015 08:26 PM PDT


Menurut portal MyKmu.net, sistem yang diperkenalkan oleh Muhyiddin yang juga adalah Menteri Pelajaran sebelum pemecatannya cukup membebankan guru di seluruh negara sehingga menyebabkan mereka beralih kepada pembangkang.

Guru-guru, katanya, bukan sahaja terpaksa mengendalikan pelajaran tetapi melakukan kerja-kerja perkeranian dengan memasukkan data pelajar ke dalam sistem komputer.

Baca nih..

SEPERTI yang umum tahu, antara pembaharuan yang diperkenal Muhyiddin Yassin bila mengambil alih jawatan Menteri Pendidikan pada 2009 ialah memperkenalkan sistem 1Bestari.Net ini. Perinciannya tidak perlulah diterangkan, boleh cari sendiri, cuma nak disebutkan sistem ini telah membebankan guru-guru di seluruh negara.

Mengajar pun kena buat, dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu membuat kerja kerani seperti memasukkan data pelajar ke dalam sistem tersebut.

Tujuan tu memang baik tapi masalahnya infrastruktur tidak lengkap lagi. Ramai guru mengeluh kerana sistem ini memakan masa mereka akibat talian yang sibuk bila terlalu ramai guru nak memasukkan data pada masa yang sama. Ironinya, penyedia perkhidmatan bagi sistem ini adalah kroni Mahathir, tuan baru Muhyiddin sekarang.

Lama-kelamaan, keadaan ini telah menyebabkan guru-guru membenci kerajaan kerana dilihat cuba menyusahkan mereka, dan seperti mana biasa bila rasa dah tak boleh nak minta tolong sesiapa, para guru-guru ini mengalihkan perhatian kepada pembangkang untuk mendesak kerajaan, bukan sebab sokong pembangkang sangat pun.

Maka itu, institusi perguruan yang dulu terkenal menghasilkan pemimpin hebat UMNO seperti Tan Sri Isa Samad dan lain-lain, akhirnya bertukar menjadi lubuk pembangkang. Lebih teruk lagi ada yang mengambil peluang memburukkan kerajaan dalam masa yang sama, terhasillah generasi kurang ajar yang ramai kita lihat hari ini.

Semuanya dipercayai ada kaitan dengan kemarahan para guru akibat sistem 1Bestari.Net yang Muhyiddin perkenalkan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan bahawa sistem ini gagal walaupun berbilion ringgit telah dihabiskan untuk tujuan tersebut.

Malangnya sehingga kini, kita tidak pernah mendengar Muhyiddin tampil ke hadapan PAC untuk memberikan penjelasan, sekalipun dialah antara yang begitu prihatin dalam isu 1MDB – yang juga sekarang berada di bawah siasatan PAC.

Nasib baik tindakan bijak Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan yang baru bagi menggantikan Muhyiddin telah mula menampakkan sinar untuk para guru-guru. Cadangan Mahadzir agar kerajaan memperkenalkan jawatan pembantu guru, dilihat baik dan jalan keluar kepada dilema yang dihadapi golongan pendidik.

Dalam masa yang sama, sistem yang menelan billion RM wang rakyat ini tidak perlu dibuang cuma perlu penambah baikan, terutama bahagian infrastruktur talian itu. Mungkin penyedia perkhidmatan sekarang perlu diganti dengan yang lebih berwibawa seperti TM dan sebagainya.

Kenapa Muhyiddin bagi pada syarikat kroni Mahathir ini dulu, sudah tak jadi tanda tanya lagi.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...