Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini..kata Mahathir

Posted: 03 Oct 2015 09:16 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja nilai ringgit akan kembali pulih selepas mata wang negara mengalami kejatuhan terburuk ketika ini.

Dr Mahathir berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

"Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini (Najib).

"Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat negara ketika ini sedang merosot daripada ekonomi hingga ke masalah sosial.

"Hakikatnya, negara kita merosot dari segi politik, ekonomi, sosial, perkauman, dan tahap korupsi, negara kita berada antara 10 paling korup dalam dunia," katanya.

Najib ketika ini bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang beliau adalah pengerusi lembaga penasihatnya dan berkaitan derma peribadi bernilai RM2.6 bilion.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini berkata ringgit hanya akan pulih sekiranya isu 1MDB diselesaikan.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula," kata Zeti semasa sesi pembentangan Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015.

1MDB yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dilihat memberikan impak kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur kepada negara lapor The Malaysian Insider


15,000 Kanak-kanak Malaysia kahwin sebelum umur 19 tahun 2014, Rosmah kata jarang berlaku?

Posted: 02 Oct 2015 08:33 PM PDT


Dalam hal ini kita tak patut salahkan Rosmah, sebab aku yakin dia hanya membaca apa yang pembantunya tulis dalam teks ucapannya itu..

Apa yang ditulis oleh pembantunya itulah yang dibaca oleh Rosmah dan yang ditulis itu langsung tidak tepat mengenai isu perkahwinan kanak-kanak di bawah usia 19 tahun di negara kita.

Malangnya oleh kerana Rosmah pun tak tahu apa yang dibacanya.. dia main baca sajalah.. macam Najib jugaklah..

Nasib baik jugaklah majoriti yang pakat melangut mendengar kat PBB tu bukannya tahu sangat pasal fakta jadi mereka mungkin kagum dengan apa yang Rosmah bacakan..

Bernama kelmarin melaporkan Rosmah berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah.

Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia.

Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.

Malangnya ucapan Rosmah itu dibidas oleh NGO Wanita di Malaysia..

Kumpulan-kumpulan wanita hari ini menolak kenyataan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku.

"Malangnya perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku lebih kerap daripada yang digambarkan," kata Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG).

"Perkahwinan kanak-kanak sudah pasti bukan jarang-jarang berlaku di Malaysia, seperti disebut Rosmah."

Memetik timbalan meneri wanita, keluarga dan masyarakat Heng Seai Kie pada 2010, JAG berkata kira-kira 16,000 wanita bawah 15 tahun berkahwin pada tahun itu.

Empat tahun selepas itu, kata JAG, keadaan di Malaysia mencetuskan kebimbangan antarabangsa, apabila laporan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) 2014 merekodkan lebih 15,000 kanak-kanak Malaysia berkahwin sebelum umur 19.

Di Malaysia Timur, kata JAG, perkahwinan masih berlaku ketika kemiskinan lebih tinggi dan pembangunan tidak sampai ke kawasan pedalaman.

Berhubung resolusi bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak oleh Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), JAG berkata Malaysia patut menggiatkan usaha menamatkannya.

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women's Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER). ~ Malaysiakini

Siapalah yang tulis teks ucapan Rosmah tu.. main bedal saja ke?.. kenapa tak buat research dulu?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...