Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Soalan tambahan MP Temerloh jadi bahan sindiran dilaman sosial.. (Video Inside)

Posted: 30 Oct 2015 08:30 AM PDT


Memang melucukan apabila seorang ahli parlimen PAS dari Temerloh, YB Nasruddin bin Hassan yang bangun untuk mengutarakan soalan tambahan selepas Kementerian Kewangan menjelaskan berkenaan dengan isu permohonan institusi kewangan asing untuk menjalankan perniagaan perbankan di negara ini yang akan dinilai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013/Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013...

Sebelum ahli parlimen PAS itu bangun, Timbalan Menteri Datuk Johari Abdul Ghani berkata antara yang dinilai termasuk kriteria kehematan dan kriteria kepentingan terbaik bagi Malaysia.

"Secara amnya, faktor-faktor ini memastikan kestabilan kewangan dan kepentingan terbaik Malaysia sentiasa terpelihara," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai garis panduan dan pertimbangan kerajaan dalam meluluskan institusi kewangan asing di negara ini.

Johari berkata kriteria kehematan, secara keseluruhannya, merangkumi kekukuhan kewangan, rekod perniagaan, pengalaman, ciri-ciri dan integriti pemohon.

Turut dinilai dalam kriteria berkenaan ialah ketelusan dan tahap kompleksiti struktur korporat serta tahap sistem penyeliaan di negara asal pemohon seandainya pemohon merupakan pelabur asing, katanya.

Sehingga kini, katanya bilangan institusi kewangan asing beroperasi di negara ini adalah 19 institusi perbankan, enam institusi Islam, tiga institusi Islam antarabangsa, 20 institusi insurans konvensional, empat institusi insurans semula, dua institusi takaful dan tiga institusi takaful semula.

Tiba-tiba YB Temerloh bangun dan bercakap mengenai pergantungan negara kepada buruh asing yang tiada kaitan lansung mengenai institusi kewangan asing.

TEMERLOH: Bismillahirohmanirohim. Err, Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ini ialah berdasarkan kepada err, dasar liberalisasi kewangan, err, secara agresif dilakukan oleh Kerajaan sejak 2009 yang lalu.

Err, ini adalah impak daripada globalisasi ekonomi yang err, memang kita lihat ada pro kontra lah terhadap sosio ekonomi dan juga 'political economy' negara, err, yang mana ini adalah kesan ekoran daripada pengurangan tarif err, sehingga menjejaskan barangan tempatan.

Malah dalam err, sesetengah sektor, contohnya dalam sektor pembinaan lah, err, NEGARA KITA NI MASIH LAGI BERGANTUNG KEPADA BURUH ASING. KALAU BERDASARKAN KEPADA REKOD YANG DIKELUARKAN OLEH BERNAMA, 2.2 JUTA PEKERJA ASING YANG BERDAFTAR DAN YANG TIDAK BERDAFTAR, 2.5 JUTA.

Jadi, ini menyebabkan kebergantungan negara terhadap aktor-aktor global yang membahayakan ekonomi negara kita lah, pada pandangan saya. Jadi apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk err, menangani perkara-perkara seperti ini. Terima kasih.

Speaker terus menyatakan bahawa pihak kementerian kewangan tak perlu jawab soalan YB Temerloh itu kerana ia tidak berkaitan.

YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Menteri juga TIDAK ADA KAITAN JADI TIDAK MENJAWABNYA.

TITIWANGSA: Ni foreign workers, tak ada kaitan.

Hal tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menyerlahkan tentang tahap mentaliti ahli parlimen PAS yang ada kini di parlimen sehinggakan nak bertanya soalan pun tak berapa reti, inikan pula nak berbahas dan menjawab di parlimen.

Berikut adalah video perbahasan tersebut


Sumber transkrip dari Fb Zulimran Nasution Abdullah Omar ,  Dan juga Green Boc


Kelulusan 3 lebuh raya masih belum muktamad - MB Selangor

Posted: 30 Oct 2015 07:06 AM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kelulusan 3 lebuh raya yang menjadi kontroversi baru-baru ini masih belum muktamad.

Azmin bagaimanapun berkata, kelulusan 3 lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) pada ketika ini hanya secara prinsip.

Katanya, kelulusan 3 lebuh raya itu diputuskan ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menteri besar Selangor dan masih belum dimuktamadkan memandangkan ia menerima bantahan penduduk.

"Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.

"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan mereka penuhi syarat dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, rundingan bersama penduduk selaras dengan Seksyen 20 A Akta Perancangan Bandar dan Desa mewajibkan Putrajaya berunding kerajaan negeri berkenaan semua prosedur pembangunan.

Katanya, sebagai contoh Lebuhraya Dash masih dibantah penduduk Damansara Perdana begitu juga dengan EKVE ditentang penduduk Ukay Perdana.

"Sebab itu saya minta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berbincang dengan penduduk terjejas.

"Kerajaan negeri hanya berkuasa ke atas tanah sebab itu kita mahu dirunding dengan penduduk sebelum pembinaannya bermula," katanya lapor The Malaysian Insider


Setelah Muhyiddin Gelar Mereka Sebagai 'Pengecut' 75% Ketua Bahagian UMNO Mahu Tindakan Diambil Terhadapnya..

Posted: 29 Oct 2015 11:00 PM PDT


Menurut Ketua Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah, bancian dijalankan tidak lama selepas Muhyiddin membidas sesetengah pemimpin sebagai pengecut kerana ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan. 

"Mereka kecewa kerana Muhyiddin menuduh kami sebagai pengecut hanya kerana tidak bersetuju dengannya dan memilih untuk menyokong presiden," 

Bancian dalaman tersebut mendapati sekurang-kurangnya 154 daripada 191 ketua bahagian mahu majlis tertinggi parti bertindak terhadap pemimpin parti yang didakwa 'menderhaka'.

Bagaiamanapun bancian yang dijalankan di kalangan 170 pemimpin bahagian menerusi aplikasi chat di Telegram tidak menyebut sebarang nama menurut The Star..

Bacalah!

PETALING JAYA: More than 75% of Umno division chiefs want the supreme council to act against party leaders whose statements and actions have damaged the party, accor­ding to an internal poll. 
Kapar Umno division chief Datuk Faizal Abdullah said the poll did not specify names but he did not deny that the names the division chiefs had in mind were deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin, vice-­president Datuk Seri Shafie Apdal and Tun Dr Mahathir Mohamad. 
The poll conducted via the Telegram chat group exclusive only to Umno division chiefs showed that 154 of the 170 leaders in the chat group are asking for action against the culprits regardless of their position or status in the party. 
"The overwhelming sentiment in the group was that, enough is enough," said Faizal. 
Temerloh division chief Datuk Sharkar Shamsudin, the administra­tor of the chat group, said the ball was now at the feet of the supreme council to take the appropriate action. 
Sharkar, a Pahang state executive councillor, said there was no need to make a formal request to the supreme council because the majo­rity of the supreme council members were also division chiefs. 
"They will know what needs to be done when the supreme council meets at the end of the month," said Sharkar. 
Muhyiddin's position as deputy president and Shafie's vice-president post may be in jeopardy while Dr Mahathir may find himself out of Umno for the third time in his life if the proposal is taken up by the supreme council. 
Faizal added that the survey was done shortly after Muhyiddin's no-holds barred talk at a political forum in Johor Baru last Saturday. 
The former deputy prime minister had also criticised Najib's handling of the 1MDB issue and said that the party was out to sideline him despite the sacrifices he had made. 
"There was heated discussion in our chat room. They were upset that Tan Sri Muh­yiddin had called us cowards just because we don't agree with him and chose to support the pre­sident," said Faizal. 
Those in the chat group were then asked to vote on the following motion: The division chiefs of Umno advocate that stern action be taken against those who are like scissors amid the folds (gunting dalam lipatan or internal saboteurs). 
Within 48 hours, 76% of those in the chat room had voted in favour of the motion. 
The first to do so was Penampang chief Datuk John Ambrose, whose division made waves when it passed a resolution to censure Muhyiddin for failing to uphold the party's re­putation and honour. 
"We are tired of the drama. They keep telling us they want to unite the party but their action is something else. 
"It is like a marriage gone wrong, quarrelling in front of the children and the neighbours. It is not on for us," said Faizal. 
Many thought that Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor was referring to Dr Mahathir, Muhyiddin and Shafie when he spoke of action against seven Umno members. 
It is understood that he was referring to the seven branch heads from Negri Sembilan who had asked Datuk Seri Najib Tun Razak to resign as president. 
The division chiefs' Telegram chat group has become an influential source of feedback for party leaders. 
The group comprises 170 out of the 191 Umno division chiefs. 
However, the Umno president and deputy president are not included in the group because members want to be able to discuss freely.

Betul rasanya apa yang Muhyiddin gelar mereka itu.. dah jelas.. kalau lawan nanti habis semua kepentingan hilang nak makan apa pulak?

Jadi biarlah jadi macam lembu yang dicucuk hidung.. asal perut kenyang..


Menantu Hadi hanya buat telahan sendiri kata Phahrolrazi

Posted: 29 Oct 2015 08:20 PM PDT


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.

"Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

"Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

"Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

"Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

"Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...