Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir jadikan "Majlis Bicara Negarawan" di Sabah sebagai "Majlis Mengutuk Najib" (Video Inside)

Posted: 05 Oct 2015 08:06 AM PDT


Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah petang ini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu terus menerus menyerang Najib.

Beliau mendakwa Najib tidak boleh meyakinkan rakyat supaya menyertai perhimpunan menyokong beliau jika tidak melibatkan wang.

"Di Tawau ni pun berlaku. 50,000 rakyat Tawau datang katanya. Tapi ini angka ciptaan, mereka datang kerana diupah untuk datang," katanya.

Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada 'Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri', di Tawau pada 10 Mei, di mana Najib membaca falsafah Bugis dan berkata beliau tidak akan tunduk dengan tuntutan supaya melepas jawatannya.

Laporan menyebut kononnya seramai 40,000 hadirin hadir dalam perhimpunan itu.


Mengulas mengenai 'Derma RM2.6 Billion' yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib pula..

Tun berkata "Penyumbang derma Arab akan mahu publisiti jika mereka menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas presiden Umno itu juga berkata mereka tidak akan menyumbang jumlah sebesar itu secara senyap-senyap.

"Mereka bukan saja bagi, tapi bagi senyap-senyap, mereka tak beritahu dekat orang," katanya dalam satu majlis di Tawau, Sabah hari ini.

"Saya fikir orang Arab kalau dia nak bagi duit begitu banyak, dia nak panggil media, 'tengok kami bagi duit banyak dekat Najib'. Inilah namanya ego orang yang nak bagi duit," katanya lagi.

Tengok video ni..



Sebahagian lagi video lihatlah di Blog Din Turtle kat ( SINI )

Bila pemimpin sibuk berpolitik.. Inilah jadinya..

Posted: 04 Oct 2015 11:00 PM PDT


Selepas hilang tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda Kelantan, sebahagian besarnya pedalaman pada penghujung Disember lalu, penduduk Kampung Limau Kasturi di Gua Musang tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sedang membina rakit sebagai persedian menghadapi hujan lebat susulan angin monsun timur laut yang dijangka membadai negeri itu hujung tahun ini.

Mereka mula mengumpul tong plastik, kayu dan bahan lain untuk dijadikan rakit yang boleh digunakan jika banjir besar melanda negeri itu sekali lagi tahun ini.

"Kami sudah mula mengumpul barang-barang ini untuk membina rakit," kata penduduk kampung Fatimah Mat sambil menunjukkan tong berwarna biru yang disusun di satu kawasan di kediamannya.

Banjir tahun lepas adalah yang paling teruk dalam sejarah hingga menyebabkan lebih 100,000 orang di Kelantan terjejas. Ini termasuk 1,821 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dihanyutkan air banjir.

Fatimah, 47, dan beberapa jirannya ketika ditemui The Malaysian Insider di kampung mereka yang terletak kira-kira 40km dari Gua Musang berkata, mereka tidak menyangka akan mengalami banjir sebegitu teruk seperti itu.

"Memang pernah berlaku banjir sebelum ini tetapi masa itu air hanya berada pada paras lutut kami saja.


"Kejadian banjir besar pada Disember lepas adalah kali pertama sehingga menenggelamkan kampung kami serta menghanyutkan rumah penduduk kampung," kata Alias Mohamad, 64.

"Jiran kami, juga sudah mula membina rakit untuk mengangkut barang-barang dan penduduk ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku lagi tahun ini.

"Jika kita hanya bergantung kepada polis, kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain, matilah kita."

Katanya, tahun lepas penduduk kampung yang membantu menyelamatkan satu sama lain, berpindah ke kawasan lebih tinggi, apabila air semakin naik di kawasan itu.

"Kampung kami berada terlalu dalam. Bantuan luar hanya akan sampai beberapa hari kemudian."

Fatimah berkata, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri apabila kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang langkah persiapan menghadapi banjir akhir tahun ini.

"Tiada siapa yang memberitahu kami apa yang perlu dilakukan jika ia (banjir) datang lagi dan tiada siapa datang menerangkan mengenai langkah kontingensi yang perlu diambil bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di sini," katanya.

Seperti kebanyakan keluarga lain di kampung itu, Fatimah kini menetap di rumah sementara, selepas lebih 4 bulan tinggal di dalam khemah selepas banjir itu.

Tetapi tidak seperti orang yang lain, Fatimah dan suaminya membina rumah mereka sendiri, menggunakan bahan-bahan daripada rumah lama mereka, selepas beberapa bulan tinggal berkhemah itu.

"Kami penat hidup dalam khemah. Kami tinggal dalam khemah sampai ia koyak rabak akibat hujan dan angin," katanya.

Mereka dijanjikan rumah baharu oleh kerajaan persekutuan dan negeri namun tiada sebarang usaha digerakkan setakat ini.

"Mereka (kerajaan negeri) kerap datang ke sini dan memberitahu kami rumah akan siap. Yang terbaru adalah pada sebelum bulan puasa. Mereka kata, kami akan dapat rumah baharu sebelum Hari Raya.

"Kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama saja," kata Fatimah yang sudah berputus harap dengan janji yang ditaburkan kerjaaan.

"Sudah hampir setahun tetapi apa yang boleh kami buat?"

Alias kini tinggal di rumah sementara yang dibina April lalu oleh Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Akademi Sukarelawan Briged Bakti Malaysia.

Strukturnya diperbuat daripada papan lapis nipis dan terletak hanya 50 meter dari rumah lama yang mana hanya tinggal tangga simennya sahaja.

"Kami tidak menyangka akan tinggal lama dalam khemah itu dan rumah sementara ini. Mereka sering menabur janji tetapi tiada apa-apa pun setakat ini," kata isteri Alias, Cik Som Cik Ali, 58.

Cik Som berkata beliau bersyukur dapat tinggal di dalam khemah dan rumah sementara itu.

"Saya bersyukur dengan rumah ini tetapi apabila hujan, kita agak takut."


Ibu Alias, Jahari Sulaiman tinggal di rumah sementara lain yang terletak tidak berapa jauh dari rumah anaknya.

Balu berusia 85 tahun itu menitiskan air mata ketika menceritakan pengalaman tinggal dalam khemah untuk beberapa bulan.

"Saya tidak pernah melihat perkara ini berlaku. Rumah saya hanyut dan saya masih belum melihat rumah baru yang dijanjikan kepada kami," kata Jahari yang tinggal bersendirian.

"Apa pun, saya bersyukur kerana kumpulan ini sudah mendirikan rumah sebagai tempat saya berlindung. Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika saya masih tinggal di dalam kemah."

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Kampung Limau Kasturi Mohamad Sokani Mat berkata beliau tidak menjangkakan rumah baharu akan dibina pada bila-bila masa tidak lama lagi kerana terdapat pertikaian berhubung tapaknya.

"Tanah yang pada mulanya mereka dapat, didapati tenggelam. Oleh itu, mereka kini sedang mencari tapak yang baharu," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung terbabit.

"Saya fikir ia akan mengambil masa lebih setahun sebelum kita dapat menyiapkan rumah baharu."



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, kerajaan negeri sudah berjanji untuk memberikan rumah baharu kepada 113 keluarga di Limau Kasturi.

"Tetapi sehingga kini, mereka masih belum menunjukkan sebarang usaha untuk melakukan sesuatu.

"Kerajaan persekutuan berkata, mereka boleh membinanya, tetapi kerajaan negeri tidak membenarkan mereka berbuat demikian," kata ahli Umno itu.

"Inilah masalahnya. Jadi, kalau pun Putrajaya mahu (membina rumah baharu), ia tidak dibenarkan berbuat demikian oleh kerajaan negeri Kelantan."

Nozula berkata beliau mengesyaki kelewatan dalam membina rumah baru kerana kerajaan negeri sudah kehabisan dana untuk berbuat demikian.

"Saya katakan kepada mereka (kerajaan negeri), benarkan kerajaan persekutuan melakukannya. Berulang kali. Tetapi mereka kata, jabatan agama negeri bertanggungjawab ke atas perkara ini.

"Kami rasa mereka tidak ada duit, tetapi mereka masih berkeras untuk melakukannya sendiri," katanya lapor The Malaysian Insider

Wartawan veteran cadang Najib diberi laluan selamat sebelum negara jadi seperti Zimbabwe

Posted: 04 Oct 2015 09:15 PM PDT


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan apa-apa yang baru apabila menyebut Najib tidak akan berundur kerana beliau takut ditangkap dan didakwa.

Beliau memberi contoh di Zimbabwe, yang presiden Robert Mugabe berkuasa selama 35 tahun – tetapi memyebabkan ekonominya runtuh dan dolar Zimbabwe menjadi mata wang sampah.

Kadir bertanya adakah kita mahu Najib melakukan seperti apa yang dibuat Mugabe dengan terus kekal berkuasa tanpa mengira akibatnya dan membiarkan ekonomi merudum.

"Atau kita berikan beliau laluan yang selamat?" tanya Kadir sambil berkata semakin lama keadaan semasa berterusan, ia akan menjadi lebih teruk.

Kadir berkata, semua orang tahu bahawa Najib akan melakukan apa saja yang beliau mampu untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Ini termasuk memaparkan wajah berani dalam dan luar negara.

"Tetapi jauh di dalam hatinya beliau tahu sebaik sahaja beliau meletakkan jawatan atau hilang kawalan ke atas Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara, beliau akan ditangkap dan didakwa.

"Kita semua akan terkutuk oleh generasi akan datang jika kita tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan perkara buruk ini. Kita harus bersungguh-sungguh mengambil berat tentang masa kita dan tentang masa depan anak cucu kita," tegas Kadir.

Sambil merujuk kepada Filipina, Kadir berkata negara jiran itu pernah menjadi lebih baik daripada Malaysia.


"Hanya dengan seorang pemimpin yang tidak baik dan isterinya yang merosakkannya. (Ferdinand) Marcos telah lama pergi tetapi Filipina tidak pernah benar-benar pulih daripada apa yang dia dan isterinya lakukan. Mereka musnahkan Filipina.

"Marcos dan isterinya yang boros berbelanja, Imelda tidak akan berlalu pergi pada malam 25 Februari 1986 sekiranya Amerika Syarikat tidak menjamin keselamatan mereka dan Presiden Corazon Aquino tidak memberikan mereka laluan selamat," kata Kadir lagi.

Najib kini berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, terutamanya selepas perhimpunan BERSIH pada Ogos lalu.

Ia menyaksikan ratusan ribu orang turut ke jalanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran semasa.

Namun begitu, Najib dilihat mahu terus kekal sebagai perdana menteri ~ Malaysiakini


Tulisan A. Kadir Jasin tu bacalah kat ( SINI )

"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu" kata Najib

Posted: 04 Oct 2015 05:30 PM PDT


Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana menteri berkata beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama 3 hari mulai Jumaat. Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan wakil tetap Malaysia di PBB," katanya.

Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

 "Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. – Bernama


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...