Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lagi beban untuk rakyat dari Kabinet Najib..

Posted: 08 Oct 2015 07:42 AM PDT


Sebeulm PRU13 lalu dengan menampilkan muka Najib terpampang ayat "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup..."


Tapi setelah kembali berkuasa.. "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup... tapi mampuih pi kat hangpa...

Lepas satu beban.. satu lagi beban yang lain dihentak ke kepala rakyat..

Dari GST yang kononnya akan menyebabkan harga barang turun.. harga minyak yang naik walaupun harga minya dunia terus menurun.. harga barangan yang juga turut naik kerana nilai ringgit jatuh walaupun ada Menteri kata kejatuhan nilai ringgit baik untuk negara.. hinga ke segala keperluan asas yang lain.

Dulu kalau kita bawa RM50 ke pasar banyak barangan basah yang kita boleh beli tapi sekarang ni RM50 tu dapatlah beli ikan dua tiga jenis..

Mana taknya.. sebelum nilai ringgit jatuh ikan Temenung berharga antara RM4 hingga RM8 sekilo.. tapi sejak kebelakangan ni harga ikan Temenung tu paling murah pun RM10 dan boleh mencecah RM18 setiap kilo..

Alasannya menurut peniaga ialah nilai ringgit jatuh, ikan-ikan banyak yang dibawa masuk dari Thailand..

Bak kata seorang peniaga " Harga ikan tak naik cuma nilai ringgit saja yang jatuh..."

Ditambah pula dengan jerebu, bot-bot kecil yang tak ada GPS takut hendak ke laut sebab takut tak boleh balik kerana tak nampak darat..

Ini pulak lagi beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorel..

Penyelarasan tambang baharu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel akan diumumkan pada hujung bulan ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet meluluskan kertas cadangan berhubung penyelarasan tambang baharu baru-baru ini dan SPAD sedang mengadakan perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebelum membuat pengumuman berkenaan menjelang 31 Oktober ini.

"Orang ramai berminat untuk mendapatkan khidmat terbaik, jadi bagi kita sentiasa wujud elemen kos dalam usaha untuk menawarkan khidmat terbaik dalam pengangkutan awam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke atas projek penyambungan LRT jajaran Ampang dari Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Kinrara BK5 di Kuala Lumpur, hari ini.

Syed Hamid berkata SPAD dan Prasarana dalam masa sama akan berusaha memastikan penyelarasan tambang baharu yang akan dilaksanakan kelak tidak akan membebankan rakyat.

Turut hadir Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Sementara itu, Azmi berkata fasa pertama penyambungan LRT jajaran Ampang siap hampir 99.4% dan mula beroperasi hujung bulan ini.

"Fasa pertama penyambungan ini merangkumi 4 stesen baharu yang bersambung selepas stesen Sri Petaling iaitu stesen Awan Besar, stesen Muhibbah, stesen Alam Sutera dan stesen Kinrara BK5," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid berkata petisyen yang dilakukan bagi menyokong perkhidmatan syarikat pengangkutan, Uber hanya menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian sebagai teksi yang tidak berlesen.

"Ini bermakna orang ramai mahu teksi (Uber) yang tidak mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang dan mereka tidak kisah jika berlaku kemalangan," katanya.

Semalam satu petisyen dalam talian dibuka oleh sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka 'Uber Supporter Malaysia' bagi mendesak kerajaan mengawal perkhidmatan yang ditawarkan Uber sebagai satu alternatif kepada perkhidmatan teksi dalam negara. – Bernama


Menarik bukan?.. kenaikkan tambang diluluskan oleh kabinet yang kononnya mendengar masalah anda mengenai kenaikan kos sara hidup..

Bagaimanapun kenaikkan tambang LRT dan Monorel ini dipercayai tidak tertakluk kepada macai-macai sebab macai-macai dikecualikan dengan menunjukkan kad keahlian UMNO..

1MDB: Bekas setpol Dr Mahathir yang ditahan mogok lapar

Posted: 08 Oct 2015 05:18 AM PDT


Peguam yang ditahan Matthias Chang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan para sekutunya sebagai 'bacul'.

"Penangkapan dan penahanan saya adalah cerminan kepada sifat pengecut perdana menteri dan kroninya, kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno, yang 'setia tapi tak cerdik'," kata Chang dalam satu kenyataan.

Chang, bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad, ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Seperti anak guamnya, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara, Chang juga ditahan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.

Peguam itu turut membangkitkan semula cabarannya kepada Najib dan pemimpin Umno pada 25 September lalu yang, meminta mereka menyatakan kesediaan untuk mati demi maruah Melayu ekorn perhimpunan Baju Merah yang diadakan sembilan hari sebelum itu.

Selain perdana menteri, Chang mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, pemimpin Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Datuk Seri Azalina Othman Said supaya mogok lapar.

"Saya mencabar kamu semua untuk mogok lapar dengan saya demi menyatakan bahawa kita bersedia untuk mati kerana perjuangan masing-masing," katanya.

Pada 2010, Chang juga telah mengadakan mogok lapar semasa dipenjara selama sebulan di Penjara Kajang selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Beliau mengakhiri mogok sembilan hari kemudian selepas dipujuk oleh Dr Mahathir lapor Malaysiakini

Bekas setiausaha politik Dr Mahathir ditahan di bawah Sosma

Posted: 08 Oct 2015 03:24 AM PDT


Peguam kepada bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan polis atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012, kata isterinya.

Menurut Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida, beliau mendapat tahu mengenai penahanan itu melalui mesej pesanan ringkas dihantar bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"(Matthias Chang) Baru ditangkap di bawah Akta Sosma di Balai Polis Dang Wangi, Mathhias beritahu saya melalui sms," kata Umie.

Umie yang bimbang dengan penangkapan peguam suaminya kini pasrah dengan tindakan pihak berkuasa dan hanya berserah kepada Tuhan.

"Saya hanya mampu berdoa, saya tidak tahu apa nasib abang pada 13 Oktober ini," katanya.

Penahanan Chang turut disahkan peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad yang datang bersamanya untuk melawat Khairuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang tadi. 

"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi, sejurus habis melawat kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin," katanya.

Akmal berkata, Chang akan ditahan 24 jam bermula hari ini dan penahanan 28 hari hanya dapat dibuat selepas polis mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya pegawai polis berpangkat superintenden.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan menentang penahanan Sosma di mahkamah secepat mungkin lapor The Malaysian Insider

1MDB: Raja hilang kepercayan pada Najib dakwa Penganalisis

Posted: 07 Oct 2015 11:50 PM PDT


Kenyataan Majlis Raja-raja berkaitan 1MDB menunjukkan bahawa sultan-sultan tidak yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis.

John Pang, felo kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura, membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan mereka.

Najib juga telah hilang keyakinan sektor masyarakat yang lain, kata Pang, seperti dilaporkan The New York Times.

Sementara itu, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Redzuan Othman pula berkongsi pandangan sama susulan kenyataan raja-raja yang tidak pernah berlaku itu.

"Isu ini (1MDB) amat serius, jika tidak sultan-sultan tidak akan campur tangan. 

"Biasanya sultan-sultan hanya ulas isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dan tidak campur isu berkaitan pentadbiran," kata Redzuan kepada Malaysiakini.

Raja-raja Melayu kelmarin mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan".

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang dihantui dakwaan skandal 1MDB, syarikat pelaburan negara yang kini menanggung hutang besar.br />

Ling Liong Sik tak akan minta maaf, Selasa bila pulak Najib nak saman dia?

Posted: 07 Oct 2015 05:30 PM PDT


Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam Datuk Seri Najib Razak, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Ling berkata, beliau amat terkejut menerima surat daripada peguam Najib yang menuduhnya memfitnah perdana menteri.

Beliau juga amat terkejut apabila kandungan surat itu tersebar di kalangan media.

"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda.

"Saya berharap untuk melihat perdana menteri berdiri di kandang saksi, kerana beliau pasti akan terpaksa berbuat demikian jika beliau mendakwa reputasinya menjadi taruhan.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf," katanya dalam satu kenyataan media.

Pada Sabtu, portal berita Malaysiakini memetik Dr Ling berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".

"Saya setuju dengan (Dr) Mahathir. Kerana, beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya," Dr Ling dipetik sebagai berkata pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Bekas menteri pengangkutan antara tahun 1986 dan 2001 itu berkata demikian ketika berucap di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.

Susulan kenyataan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat tuntutan bagi pihak Najib kepada Dr Ling di kediamannya.

Surat itu meminta beliau mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan pampasan dalam masa tujuh hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.

Najib terlibat dalam siasatan rasuah dalam kes 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai, kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau dua bulan sebelum pilihan raya umum 2013.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mengumumkan wang itu merupakan sumbangan penderma dari Timur Tengah.

Perdana menteri juga menafikan menggunakan wang rakyat, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun soalan timbul berhubung sumber dan tujuan derma itu dihulurkan.

Dr Mahathir berulang kali menuntut Najib berundur daripada jawatannya, manakala pemimpin Umno yang dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan terhadap 1MDB di Hong Kong, Switzerland dan United Kingdom berhubung kes dakwaan pengubahan wang haram.

Pihak pembangkang juga mempertimbangkan mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang dilanda masalah itu apabila Parlimen bersidang semula 19 Oktober ini.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...