Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


1MDB: Bank Negara kantoikan Peguam Negara

Posted: 09 Oct 2015 03:39 AM PDT


Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.

Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.

Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.

Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah hanya terletak di tangan peguam negara.

Sebagai pihak berkuasa penyiasatan, katanya, bank berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya dengan penjagaan profesional dan ketekunan tertinggi.

Pihak bank itu, tambahnya, pada setiap masa menjangkakan pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.

Di pihaknya, kata kenyataan itu lagi, bank berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.

Katanya, bank pusat itu akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lapor Malaysiakini



2 Kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui selamat

Posted: 09 Oct 2015 12:07 AM PDT


Dua daripada 7 kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan di Kelantan ditemui selamat berhampiran Sungai Perias di Gua Musang, hari ini.

The Star melaporkan mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, yang merupakan kanak-kanak paling tua di antara mereka yang hilang dari SK Tohoi pada 23 Ogos.

Mereka didapati dalam keadaan kekurangan zat makanan dan dihantar ke hospital besar Gua Musang, kata laporan itu.

Berikut adalah laporan dari The Star

GUA MUSANG: In a miraculous twist, search parties scouring the long and windy Sungai Perias have found two missing orang asli children alive near here on Friday. 
However, search parties also found the body of another deceased child. 
Authorities have yet to confirm the find, but the command center here at SK Tohoi is a buzz of activity as search parties zero in a one square km area situated in the Balah forest reserve. 
It was learnt that the survivors have been identified as Norieen Yakob, 10 and Mirsudial Aluj, 11. 
Reporters on site at SK Tohoi reported that both survivors were malnourished and very weak. 
Medical staff stationed at the school rendered immediate health assistance to the two before they were transported to the Gua Musang general hospital at 2pm Friday. 
On Aug 23, seven orang asli children aged seven to 11, went missing from their school. 
They were believed to have lost their way in the Tohoi forest reserve after running away to evade punishment for going for a swim without permission. 
On Wednesday, the body of a child was found in Sungai Perias, which was later confirmed to be that of eight-year-old Sasa Sobrie. 
On Thursday, the skeletal remains of another child was found although the identity has yet to be determined ~ The Star


Setelah KITA tak dapat sambutan, Zamil tubuh parti baru

Posted: 08 Oct 2015 08:17 PM PDT


Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim mengakui dia antara yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu sebagai alternatif kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada FMT, dia mendedahkan 99 peratus ahli parti baharu itu akan disertai oleh bekas pemimpin dan ahli PKR.

Katanya, dia mengambil inisiatif untuk mengerakkan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga selepas mendapat sokongan akar umbi PKR yang kecewa dengan kepimpinan sedia ada.

"Kebanyakan yang akan menyertai adalah mereka yang kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

"Mereka percaya PKR telah rosak," katanya sambil mengaku terdapat Ahli Parlimen PKR yang menyatakan minat untuk menyertai parti baharu itu.

Katanya, Ahli Parlimen PKR itu kecewa kerana merasakan parti itu tidak ada masa depan.

"Bila mereka lihat parti baharu ini akan ok, mereka berkemungkinan akan menyertainya," katanya yang enggan mendedahkan nama parti baharu itu sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran.

Katanya, dia bersama bekas Setiausaha Kerja PKR, Hasrul Muhamin Hasbi telah menghantar borang permohonan pada 2 Oktober lalu.

Zamil menafikan pemimpin Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu lapor Free Malaysia Today

Najib tidak kaji implikasi TPPA, dasarnya adalah untuk berkawan dengan Amerika Mahathir kata..

Posted: 08 Oct 2015 05:30 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan kepentingan negara, demi mengekalkan persahabatan dengan Amerika Syarikat (AS), melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Bekas Perdana Menteri berkata, TPPA hanyalah "alat" untuk AS memasuki pasaran dan menimbulkan "masalah" di mana sahaja mereka pergi.

"Anda lihat ini di Timur Tengah dan tempat-tempat kain. Mereka mahu datang ke Malaysia juga, tetapi ketika pentadbiran saya, saya tolak pendekatan mereka.

"Ketika zaman saya, tumpuan dalam dasar luar adalah untuk mesra dengan semua negara. Tetapi secara khususnya, kami beri tumpuan kepada negara-negara kecil, negara-negara membangun," katanya dalam satu temu bual dengan The Diplomat, baru-baru ini.

Berhubung keputusan Malaysia untuk menandatangani TPPA, Dr Mahathir berkata, dasar Najib adalah untuk berkawan dengan AS.

"Beliau tidak mengkaji implikasi sepenuhnya. Jika ada sekalipun, dasarnya adalah untuk beramah dengan orang Amerika.

"Jadi, beliau sedia mengetepikan kepentingan negara, demi mahu berkawan dengan Amerika dan menurut idea-idea orang Amerika," kata Dr Mahathir.

Isnin lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, Malaysia telah merumuskan rundingan TPPA yang diadakan di AS, tetapi hanya akan menandatangani perjanjian itu, selepas mencapai keputusan kolektif.

Jelasnya, rundingan itu bersetuju untuk mempertimbangkan hampir semua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia, seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan Bumiputera.

Mustapa turut memberi jaminan kerajaan akan mengadakan rundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan serta orang awam.

Ada di kalangan pakar ekonomi yang menyambut baik perjanjian itu, namun berkata, masih banyak persoalan yang belum dijawab, sementara menunggu teks TPPA dimuktamadkan ~ RakyatNews


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...