Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


MP Klang Perguna Pemandu Teksi Untuk Promosi Diri!

Posted: 02 Oct 2015 12:27 AM PDT


Semalam lebih kurang 100 orang pemandu teksi bersama dengan Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Kelana Jaya kira-kira jam 10.15 pagi.

Kononnya MP Klang tersebut, mewakili pemandu teksi yang lain memperjuangkan nasib pemandu teksi yang katanya tertekan apabila sumber pendapatan mereka terganggu setelah wujudkan teksi sapu (Uber&Grab car).


Charles Santiago juga membuat sidang media dihadapan Pejabat dan memberi memorandum kepada SPAD, memorandum yang dikatakan hasil rungutan pemandu teksi sekarang.

Antaranya ialah,

1. Kenaikan harga NGV.

2. Kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi.

3. Teksi-teksi haram menyebabkan mereka kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan).

4. Kebajikan sosial pemandu teksi (insurans untuk kenderaan dan liputan PERKESO).

Penulis faham akan kesusahan pemandu teksi ketika ini dan alasan dan rungutan yang mereka berikan itu. Tetapi adakah MP Klang itu tahu, bahawa kenaikan NGV dan kos GST bukan dibawah kawalan SPAD?

Suka penulis ingatkan bahawa kenaikan harga NGV sebenarnya melibatkan pihak Petronas dan SPAD tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kenaikan atau penurunan harga bahan mentah tersebut. Begitu juga dengan isu GST. GST dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, ia merupakan isu negara yang melangkaui bidang kuasa pihak SPAD.

Adakah Charles Santiago tidak tahu bahawa SPAD sentiasa menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi. Walaupun ada ketikanya SPAD diserang hebat oleh penguna perkhidmatan awam ini, namun SPAD sentiasa cuba menjaga kepentingan pemandu teksi dan perkhidmatan awam yang lain.

Buktinya, SPAD menaikan tambang teksi dan kereta sewa, antara 20% hingga 67% berkuatkuasa serta merta sejak Mac 2015 manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6%. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh SPAD berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Semua kenaikan penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi sudahpun diambil kira di dalam semakan kenaikan tambang ini.

Untuk kebajikan sosial pemandu-pemandu teksi yang lain seperti insurans dan PERKESO, penglibatan semua pihak diperlukan dan bukan hanya terhad kepada pihak SPAD sahaja. Penglibatan kesatuan-kesatuan teksi, pihak Kementerian Sumber Manusia, pihak Kementerian Pengangkutan harus duduk semeja untuk menyelesaikan perkara ini.



Berhubung dengan teksi-teksi haram seperti Uber, teksi sapu dan sebagainya, pihak SPAD telah, sedang dan akan memantau serta membuat operasi yang berterusan bagi memastikan kebajikan pemandu-pemandu teksi terbela dan keselamatan orang ramai terjamin dengan tiada teksi haram beroperasi.

Data rekod kesalahan pemandu pengangkutan awam dibawah Seksyen 16 APAD 2010. Ini merupakan jumlah kes yang telah tangani oleh SPAD sejak 2011 diatas kesalahan mengendalikan Sesuatu Perkhidmatan tanpa lesen Pengendali.

Jumlah Kes 2011 hingga sekarang – 470 kes
Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja – 240 kes
Jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula oktober 2014 hingga sekarang – 144 kes mengikut pecahan

UBER-43 Kes
BRABCAR – 97 Kes
Blacklane – 1 kes
Easy Teksi – 3 kes

Status yang menggunakan Apps
NFA – 10 kes
Denda Mahkamah – 13 kes
Kompaun – 9 kes
Proses Mahkamah – 49 kes
Proses Penyiasatan -63 kes
Status Mohon Lucut hak dan kes melibatkan penggunaan Apps – 110 kenderaan

Mohon MP Klang buat penyelidikan dan kajian terlebih dahulu, sebelum mendakwa SPAD tak buat kerja. Tapi kita tahu, dia bukan nak bantu sangat pemandu teksi, tapi hanya mempergunakan mereka demi kepentingan politiknya saja.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...