Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Lulus TPPA? Baik-Buruk, Tunggu Analisis dan Pembentangan Kerajaan

Posted: 10 Oct 2015 06:12 AM PDT


Sekarang ni kecoh dengan kisah TPPA. Kononnya Kerajaan Malaysia cuba mengadaikan negara bila menandatangani perjanjian tersebut. Atau kita rakyat Malaysia hanya mendengar khabar angin sahaja?

TPPA ialah Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, memang sebelum ini ada kajian dilakukan. Ada baik dan ada buruk. Tetapi sebelum Malaysia bersedia untuk menandatangani TPPA, sudah tentu kita akan memberikan syarat dan ketentuan untuk memelihara segala kepentingan rakyat Malaysia tidak terjejas dengan TPPA.

Mengikut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, soal hak kita tergadai ataupun tidak, belum lagi kita boleh ketahui selagi kita tidak mendengar sendiri analisis yang akan dibentangkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.

Kata beliau TPPA ini ada kebaikannya. Keterbukaan pasaran. Kalau kita nak berniaga, sudah tentu kita mahu meluaskan lagi pasaran yang ada.

"Kita kena buat satu senario sekiranya kita tak masuk (TPPA) adakah negara kita akan berkembang atau rigid dari segi pertumbuhan ataupun sebaliknya? Kita tak boleh sewenang-wenangnya buat andaian kalau kita tak masuk kita akan lebih baik," kata Dr Wee lagi.

Namun mungkin kah TPPA akan memberi kesan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?

 Ka Siong menegaskan sudah tentu ada senario menang-menang.

"Sudah tentu ada perkara yang perlu kita bagi dan sesuatu yang kita akan dapat keuntungan dan dalam kes seperti ini tak mungkin 'absolute victory' (sangat menguntungkan) bagi Malaysia. Saya sendiri nak dengar dari PKS apa peluang yang mereka boleh dapat daripada penyertaan Malaysia dalam TPPA," katanya lagi.

Sebab itu kita rakyat Malaysia kena dengar dari sumber yang betul dan tepat, supaya tak terpedaya dengan cerita yang bukan-bukan.

"Kalau kita tak buat perbandingan atau analisa secara rasional kita akan terbawa-bawa dan termakan hujah yang diluahkan oleh pihak-pihak yang memang ada agenda politiknya," sambung beliau.

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah Meriah!

Posted: 10 Oct 2015 12:42 AM PDT




Lebih 10.000 peserta menghadiri Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di UUM Sintok Kedah awal pagi tadi. Program yang dimulakan seawal 7.00 pagi turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelajar UUM sendiri yang juga terdiri dari pelbagai kaum serta warga asing turut serta di Hari Sukan ini.

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir yang hadir untuk merasmikan Hari Sukan Peringkat Negeri ini, tidak melepaskan peluang untuk turun padang bersukan bersama rakyat dan merasmikan program ini yang diadakan serentak di seluruh negeri Kedah dan juga diseluruh Malaysia.

Menurut Dato Seri Mukhriz, Hari Sukan Negara merupakan acara yang julung kali diadakan dinegara kita khususnya negeri Kedah ini, kita jayakan dengan cukup cemerlang dan mendapat sokongan rakyat walaupun keadaan cuaca dan kesuraman ekonomi semasa.

Ujarnya lagi, Hari Sukan Negara ini merupakan agenda besar dalam kalendar negara. Sambutan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan dimana ia adalah satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ' Sporting Nation'.

Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup sihat cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah pada kadar 40 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus kadar yang ditetapkan untuk Negara Maju.

Semestinya Hari Sukan Negara ini perlu diadakan setiap tahun, malah disyorkan kerap, kerana, ia membimbing kita menjalani hidup yang lebih sihat.

















sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/2015/10/lebih-10-ribu-sertai-harisukannegara.html
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...