Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


DAP parti yang membentuk kebencian dan perkauman

Posted: 15 Oct 2015 04:44 AM PDT



Semasa Perhimpunan Agung Parti MCA yang lepas, Presiden MCA menegaskan bahawa MCA sentiasa berpegang teguh dengan prinsip kesederhanaan, keharmonian serta perpaduan. Maknanya, MCA meneruskan apa yang mereka telah lakukan dari zaman sebelum merdeka lagi.

Cara ini amatlah berbeza dengan satu lagi parti cina yang selama ini menjadi duri dalam masyarakat kita.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya berkata, parti DAP telah lama menyemai benih kebencian antara kaum yang telah melahirkan sikap radikal dalam sebilangan rakyat di negara ini.

Cara DAP mengunakan sentimen rasis dan kebencian menjadi kekuatan mereka, berbanding MCA yang lebih kepada perpaduan dan kedamaian.

"Walaupun mereka sering melaungkan perjuangan yang meliputi semua kaum, namun begitu, DAP sebenarnya telah memperolok-olokkan dan membohongi rakyat dengan sering kali memainkan isu dan sentimen perkauman," katanya.

Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Tiong Lai adalah benar. DAP sering menegaskan kononnya mereka adalah parti berbilang kaum. Tapi jika kita lihat pada organisasi mereka, parti DAP sebenarnya dihuni oleh kaum cina lebih dari 80%.

Jawatan-jawatan utama parti DAP, pula hampir tiada kaum lain menjawatnya. Apakah ini yang boleh kita namakan parti berbilang kaum? Atau DAP hanya menyatakan demikian demi kepentingan politik semata-mata.

Perkara menipu ini sama juga dengan cara mereka pembangkang membuat pakatan. Dari Pakatan Rakyat, kini menjadi Pakatan Harapan Baru.

"Walaupun Pakatan Rakyat telah dibubarkan dan tidak wujud lagi, namun begitu, kerajaan pakatan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang masih lagi wujud. Janganlah terus menerus menipu rakyat lagi" sambung beliau.

Jika benar-benar Pakatan Rakyat sudah berpecah dan berkubur, kenapa negeri yang mereka kuasai bersama, masih kekal terbina?

Nampak sangat, pakatan pembangkang gagal untuk membentuk kesefahaman yang baik. Apakah kepada mereka ini harus kita sandarkan harapan untuk menjaga dan memerintah negara?

Boleh percaya ka?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...