Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


PETEKMA Sambut Baik Pengharaman Aplikasi Uber&GrabCar

Posted: 20 Oct 2015 10:48 PM PDT


Masalah aplikasi Uber&GrabCar ternyata menghantui pemandu teksi berlesen di Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang mencari rezeki, memandu di Lembah Kelang. Pelbagai laporan terhadap kegiatan haram ini telah dibuat oleh pemandu teksi, supaya penguatkuasaan bertindak keatas mereka yang tidak berlesen itu.

Berdasarkan laporan tersebut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula bertindak, dari satu operasi ke satu operasi demi untuk mencegah kegiatan Uber&GrabCar ni dari terus berlaku. Kegiatan Uber&GrabCar ini bukan hanya menganggu pemandu teksi, ianya juga berkaitan dengan soal keselamatan penguna.

Setakat ini sudah 470 kes direkodkan dari tahun 2011. Bagi tahun ini sahaja, sebanyak 240 kes dibuka. Sementara 144 kes daripadanya melibatkan beberapa aplikasi. Ia termasuklah aplikasi :

GRABCAR - 97 kes
UBER - 43 kes
Easy Taxi - 3 kes
Blacklane - 1 kes

Sementara status kes :

No Further Action (NFA) - 10 Kes.
Denda Mahkamah - 13 Kes.
Kompaun - 9 Kes.
Proses Makhamah - 49 Kes.
Proses Penyiasatan - 63 Kes
Status Mohon Lucut Hak untuk Kes Melibatkan Penggunaan Apps - 110 kenderaan.

Kesemua kes berkenaan dibawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APDA) 2010. Sememangnya SPAD acap kali melancarkan kempen kesedaran mengenai gejala teksi haram yang secara jelas melanggar undang-undang.

Atas sebab demikian,

Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA). Menyokong usaha SPAD berhubung pengharaman aplikasi atas talian, seperti Uber&GrabCar dan ianya ternyata disambut baik oleh persatuan teksi tersebut.

Dalam masa yang sama PETEKMA mendesak agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat menyekat terus aplikasi atas talian tersebut daripada terus digunakan oleh rakyat Malaysia

Tak guna kita asyik berubat penyakit, tapi kita tak cuba hapuskan terus punca penyakit.

"SPAD sudah memainkan peranan yang cukup baik setakat ini. Mereka (SPAD) sudah tangkap ramai pemandu UBER dan pemandu tak pakai meter. Tetapi kita kena faham kekangan SPAD.

Berapa ramai penguatkuasa SPAD yang ada, jika nak dibandingkan dengan 35 ribu jumlah pemandu teksi di Lembah Kelang.

"Sedia maklum, mereka (UBER) memberikan perkhidmatan mereka kepada orang ramai tanpa memiliki insurans. Maka ini mengundang risiko tinggi kepada pengguna, apatah lagi kenderaan UBER ini boleh dipandu oleh sesiapa sahaja.

"Secara global, kita dapt lihat macam-macam kes sudah berlaku antaranya rompakan, rogol dan kemalangan tetapi penumpang tidak boleh membuat sebarang tuntutan."

Kata-kata tersebut diluahkan oleh Pengerusi PETEKMA Mohd Syahrir Abdul Aziz selepas menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, tempohari.

Kedudukan Saham FGV Makin Naik!

Posted: 20 Oct 2015 08:04 PM PDT


Setelah sekian lama cerita buruk dan fitnah terhadap saham Felda Global Ventures tersebar hingga menjejaskan keyakinan pelabur terhadap syarikat perladangan itu.

Itu cerita dulu, makin lama, makin hilang cerita fitnah, kini saham FGV makin sedang meniti laluan untuk mengukuh bagi meyakinkan semula para pelabur.

Bermula pada 29 September yang lepas, saham FGV dilihat telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dimana peningkatan demi peningkatan dalam harga pasaran saham milik syarikat perladangan berkenaan dan ianya terus dilihat semakin mengukuh.

Kenaikan bermula pada 16 September harga saham FGV pada mulanya bernilai RM 1.43 sesaham dan pada 16 Oktober, saham milik syarikat berkenaan mula naik hingga menjadi harga RM 1.74 dan ini menunjukkan reaksi positif yang mana pada 19 Oktober 2015, harga saham meningkat lagi kepada RM 1.82 sesaham.



Walaupun kenaikan saham FGV terganggu sedikit, namun pada penganalisis pasaran saham dari Alliance DBS Research telah membuat analisa keatas saham tersebut dan merumuskan bahawa ianya mampu mencecah ke harga RM 2 sesaham.

Semalam saham berkenaan kembali stabil dan berada pada RM1.760 sesaham, kenaikan sebanyak (0.030).

Kenaikan saham FGV ini dijangka berterusan, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan harga pasaran minyak sawit mentah dunia yang melonjak naik dan ini sekaligus membawa kepada peningkatan harga saham FGV.

Pada penganalisis dan pelabur saham, menganggarkan pada waktu ini adalah masa paling terbaik bagi mereka yang berminat untuk memiliki saham FGV. Kemungkinan besar, jika ada membuat pembelian, anda mampu untuk memperolehi keuntungan dengan kenaikan harga saham syarikat berkenaan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...