Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Institut VTAR Bakal Menyumbang Tenaga Buruh Berkemahiran Tinggi

Posted: 22 Oct 2015 04:50 PM PDT


Semalam Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai merasmikan pembukaan Institut VTAR yang dulunya dipanggil Kojadi. Pembukaan institut VTAR ini bagi melonjakan lagi MCA ke arah transformasi cabang pendidikan vokasional kami sejajar dengan keperluan transformasi Malaysia dan tuntutan ekonomi global.

Sebelum ini MCA sudah mempunyai beberapa institusi pendidikan yang lain seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kutar), Institut Zaman Kanak-kanak Pengajian Pendidikan dan Pendidikan Masyarakat (CECE) dan kini ditambah pula dengan pembukaan VTAR.

Pembukaan VTAR bertepatan dengan Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang dilancarkan pada tahun 2010, telah dirangka sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Negara dengan salah satu daripada berfokus menjadi pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang lengkap untuk menghadapi pasaran global yang kompetitif.

Malaysia kini mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 12 juta, di mana 77% dilengkapi dengan 11 tahun pendidikan dan hanya kira-kira 28% adalah berkemahiran tinggi.

Unit Perancang Ekonomi meramalkan bahawa pada tahun 2020, tenaga buruh, kerja mahir yang lebih tinggi hanya akan meningkat sebanyak 4%.

Walau bagaimanapun, matlamat Kerajaan adalah untuk mencapai 33% pada tahun 2015 dan 50% pada tahun 2020. ETP dijangka menciptaan 3.3 juta peluang pekerjaan baru pada tahun 2020.

Apa yang penting untuk diperhatikan ialah, sekurang-kurangnya 40% daripada jawatan-jawatan ini dijangka memerlukan pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (TVET).

Oleh yang demikian, TVET adalah penting dalam usaha kita untuk berubah daripada negara membangun kepada negara berpendapatan tinggi melalui penyediaan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu transformasi ekonomi negara.

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan ini, 50,000 tempat tambahan dalam pendidikan vokasional perlu diwujudkan setiap tahun.

Disinilah fungsi VTAR untuk menyediakan buruh tenaga mahir yang diperlukan.

Sebab itu MCA telah memberi tumpuan kepada sepuluh bidang teras dan salah satu daripadanya ialah TVET.

Bukan itu saja, VTAR juga menyediakan pembelajaran dalam bidang yang lain, selain TVET.

Diantaranya ialah,

41.1. Pertanian moden;
41.2. Industri berasaskan kayu;
41.3. Peniaga kecil;
41.4. Pelancongan;
41.5. Logistik;
41.6. Teknologi Maklumat;
41.7. Pembiayaan;
41.8. Neo-urbanisation,, dan;
41.9. Belt-and-Road Initiative

MCA menaruh harapan dengan penubuhan Institut VTAR ini, graduan VTAR akan dapat mengisi kekurangan tenaga buruh mahir dan mengubah model pengeluaran mereka dan percaya graduan VTAR akan dapat membantu sedikit sebanyak Malaysia untuk menuju menjadi negara maju berpendapatan tinggi.



Laporan Penuh Tentang Kes MH17

Posted: 22 Oct 2015 04:50 PM PDT


Seperti yang dijanjikan kerajaan Malaysia telah menerima laporan dari Majlis Keamanan Belanda atau Dutch Safety Board (DSB). Laporan yang dikeluarkan itu mengesahkan bahawa MH17 telah ditembak peluru berpandu BUK atau BUK surface-to-air missile.

Laporan muktamad ini jelas bercanggah dan menafikan terus teori Rusia bahawa pesawat MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine. Siasatan DSB juga mendapati teori alternatif yang lain, sekiranya pesawat ini menjunam akibat daripada letupan dalaman atau terkena tembakan mahupun serangan di udara.

Sehubungan itu, Malaysia melalui Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai telah menyeru untuk meneruskan pendakwaan walaupun sebelum ini telah digagalkan dengan kuasa veto Rusia ketika dibentangkan ke Majlis Keselamatan PBB untuk menetapkan satu tribunal antarabangsa.

Ketika perjumpaan ketua-ketua negara JIT bertemu di New York baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak telah bersetuju bahawa perjanjian untuk menubuhkan mahkamah bebas antarabangsa bagi mengadakan satu mekanisme pendakwaan yang lebih berkesan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Oleh itu, tidak perlu melengahkan lagi untuk dibicarakan penjenayah-penjenayah ini dan Malaysia bersama-sama dengan negara Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia sentiasa berusaha untuk mencari keadilan bagi waris para penumpang dan anak kapal MH17.

Ketika laporan yang telah dibentangkan di pangkalan tentera udara Gilze-Rijen di Belanda, Pengerusi Majlis Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra, berdiri di hadapan bahagian ketiga rangka kapal terbang yang dibina semula dari serpihan yang ditemui dari kawasan Timur Ukrain.

MH17 telah terhempas di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777.

Laporan DSB juga mendedahkan ketika MH17 terhempas, kedua-dua pilot telah terbunuh serta merta tetapi penumpangnya masih hidup dalam jangkamasa seminit setengah dan pada masa yang sama, mendapati peluru berpandu BUK buatan Rusia telah dilepaskan dari beberapa meter menuju ke arah kokpit kapalterbang tersebut. Selain itu, DSB mendapati apabila arah peluru berpandu tersebut dikajisemula, ianya datang dari kawasan sekitar 320 kilometer selatan-timur Grabovo, Ukrain di mana kebanyakan kawasan tersebut dikawal pihak pemisah.

Datuk Liow telah mencadangkan agar International Civil Aviation Organization (ICAO) perlu menguatkuasakan maklumat yang relevan mengenai risiko penerbangan dan mewujudkan protokol antarabangsa untuk menyebarkan maklumat-maklumat tersebut kepada negara-negara anggotanya serta syarikat-syarikat penerbangan di mana ia mampu menyelamatkan nyawa manusia.

Kerena, tragedi MH17 ini boleh terjadi kepada mana-mana syarikat penerbangan yang lain, jika semua itu tidak dinyatakan dan dunia tidak mengambil iktibar atas kejadian ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...