Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Haji Hadi Cuma Tak Mahu Najib Terus Gunakan Khidmat APCO kot?

Posted: 01 Nov 2015 08:18 AM PST


Aku yakin bukan aku saja tapi ramai lagi rakyat Malaysia yang celik politik dan mengikuti perkembangan politik yang mutakhir ini nampak tak berkembang pening dengan kenyataan Haji Hadi ini..

Kalau dulu ada seorang pemimpin PAS yang kini rasanya dah kurang aktif dalam politik sering mengatakan "Kita bukan gila nak berkuasa tapi nak ambil kuasa dari orang gila"..

Tapi menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi

Nak mensihat bukannya nak rebut kuasa.. kalau sekadar nak menasihat saja baik tak payah bertanding dalam pilihanraya, tubuh firma perunding macam APCO tu lagi baik..

Antara isu yang nak dinasihati oleh PAS ialah 1MDB, GST, Perumahan, Kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya..

Persoalannya disini.. pernahkan PAS memerintah negara ini sedangkan UMNO/BN dah berpengalaman hampir 60 tahun memerintah negara..

Secara lojiknya tak ada sesiapapun yang terbukti berpengalaman mahu mendengar nasihat dari orang yang tak berpengalaman.. dan tak ada sesiapapun mahu mengajar itik berenang..

Najib tentu gelak berguling-guling bila membaca laporan tentang kenyataan Haji Hadi itu.. dalam hatinya tentu berkata "Dia ni nak nasihat atau nak melingkup aku ni?.. perintah Terengganu dan Kedah pun hanya sepenggal nak nasihat aku pulak..."

Nak nasihat tentang isu perumahan pula... semua rumah untuk mangsa banjir di Kelantan tahun lepas tu dah siap ke?

Cuba baca dan fikirkan semasak-masaknya apa kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah..

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.

"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS?

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap negara.

"Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.

"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa - The Malaysian Insider

Adakah PAS berpendapat pegaruh mereka lebih besar dari Raja-raja?..

Fikir-fikirkan...


Beras pun nak naik harga?

Posted: 01 Nov 2015 06:30 AM PST


Beras ST15% ialah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15% beras hancur, kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan yang biasa dibeli oleh majoriti pengguna, iaitu ST5% yang mempunyai kandungan 5% beras hancur.

Pengagihan beras ST15%, yang bermula pada 2008 ialah program sementara yang dibuat kerajaan bagi memastikan golongan termiskin mampu membeli beras pada harga yang paling rendah.

Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Samsudin Ismail berkata, pengagihan beras ST15 peratus yang bermula pada 2008 adalah program sementara yang dibuat kerajaan bagi memastikan golongan termiskin mampu membeli beras pada harga yang paling rendah.

Kata beliau, bagaimanapun beras ST15 peratus yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah didapati turut boleh dibeli oleh bukan warganegara.

"Laporan mendapati ada tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan.

"Walaupun beberapa tin­dakan sudah diambil termasuk menghentikan lesen pihak ter­babit, masalah berkenaan masih lagi berlaku," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini - Bernama



Selain dari dibeli oleh pendatang asing.. Kenyataan Akhbar Gooi Hsiao Leung dari PKR bertarikh 15.1.2015.. mendedahkan..

Kilang-kilang beras Kedah dan Perlis beras sedang menghadapi lambakan beras serius di kilang mereka yang mereka tidak dapat menjual, dengan anggaran lebih 100,000 m / t beras.

Menurut pengilang beras, bekalan lebihan beras adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh rasuah dan salah guna program subsidi beras negara.

Pada bulan Oktober tahun lalu, seorang kakitangan kanan bekas BERNAS, Mohd Roslan Bani Amin, secara terbuka mendedahkan bahawa penerima kuota atau pemborong dikehendaki membayar rasuah atau "toci" secara meluas kepada pegawai kementerian pertanian untuk mendapatkan "kuota khas" bagi membekalkan beras subsidi negara yang dipanggil Super Tempatan ST15% beras hancur, yang bertujuan untuk dijual kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Roslan Bani, penerima quota ST15 yang sepatutnya menjual beras ini sebagai beras ST15tidak berbuat demikian, tetapi akan menjual beras bersubsidi kepada pemborong lain pada keuntungan atau mencampur dan membungkus semula beras ST15 "tukar baju" dan akan dijual di pasaran sebagai beras hancur 5%, iaitu beras gred yang lebih tinggi, pada harga yang jauh lebih tinggi.

Pengilang beras mengadu bahawa kerana banjir beras ST15 dalam pasaran akibat daripada penyalahgunaan dan rasuah, pemborong tidak membeli daripada pengilang beras dan hasilnya mereka mengalami lambakan stok beras. Masalah ini adalah ditambah buruk oleh aktiviti penyeludupan beras meluas yang masuk dari negara-negara jiran.

Kenyataan media sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tambang komuter naik Disember ini

Posted: 01 Nov 2015 04:30 AM PST


KTM Berhad (KTM) akan menaikkan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Nawawi Ahmad, berkata pengumuman mengenai kenaikannya akan dibuat esok.

Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) akan mengumumkan kenaikan kadar tambang KTM Komuter dengan mengecualikan perkhidmatan KTMB Intercity.

Justeru, pengguna boleh menjangkakan harga setiap kilometer perjalanan akan bertambah daripada 11 sen kepada 15 sen.

Sebelum ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar membayangkan tambang monorel dan LRT akan naik.

Ini berikutan SPAD telah mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk menaikkan tambang komuter.

Sebelum ini, kumpulan pengguna menyuarakan kebimbangan berhubung kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup, yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pertengahan bulan lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya dan jalan utama termasuk di Lembah Klang yang dikendalikan beberapa syarikat konsesi naik antara 10 sen dan RM6.--MalaysiaGazette


PAS sedia hantar pasukan khas nasihat UMNO

Posted: 01 Nov 2015 02:02 AM PST


Pas mengambil pendekatan berkecuali daripada menyertai cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, saranan menolak usul bajet itu tidak akan disertai ahli parlimen dari Pas dan ia telah dipersetujui sebulat suara.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

"Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Dialog Rakyat Bersama Pas di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul Bajet 2016 sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.

Abdul Hadi berkata, Pas kini berpaksi kepada perjuangan bagi mengubah dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata-mata ingin berebut jawatan dan mahu memerintah negara.

"Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu 'ambil alih' pemerintahan.

"Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa," katanya.

Abdul Hadi berkata, terdapat beberapa kaedah lain bagi menjatuhkan Perdana Menteri sama ada melalui pilihan raya atau undi tidak percaya.

"Hari ini, daripada 220 kerusi yang ada, 89 adalah milik pembangkang. Persoalannya, adakah dengan jumlah itu ia bolehkah menjatuhkan beliau (Najib) dengan undi tidak percaya? Kecualilah, jika orang-orang Umno undi bersama," katanya.

Menurut Abdul Hadi, beliau secara dasarnya bersetuju dengan bantuan-bantuan yang diberi kerajaan terhadap rakyat, bagaimanapun cara pelaksanaan dan pengurusan bantuan itu tidak dipersetujui kerana berlaku banyak kepincangan.

"Setuju dengan Umno bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dengan mereka kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN, bukan di dalam BN malah kita tidak akan bergabung dengan Umno.

"Sebagai langkah untuk memperbetulkan kerajaan, Pas bersedia menghantar pasukan untuk berbincang dengan Umno baik mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan, kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya," katanya.

Mengenai kerjasama politik bersama DAP, Abdul Hadi berkata, DAP dilihat masih menyayangi Pas malah parti politik itu masih memerlukan Pas kerana ia tidak boleh berdiri sendiri lebih-lebih lagi untuk memerintah.

"Bila dah tiada kerjasama dengan DAP, kita boleh letak calon kita di mana-mana kawasan mereka, begitu juga di kawasan MCA atau MIC.

"Sama ada calon memang atau kalah, dari situ kita boleh nilai pengikut-pengikut kita untuk jangka masa panjang dan masa akan datang," katanya lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...